FGV Annual Report 2013
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Sebagai Urusan Khas Untuk mempertimbang dan jika difikirkan wajar, meluluskan perkara berikut sebagai Resolusi Biasa: 7. CADANGAN RATIFIKASI PEMEGANG SAHAM BAGI URUSNIAGA berulang dengan PIHAK BERKAITAN YANG BERBENTUK HASIL ATAU DAGANGAN (“CADANGAN RATIFIKASI”) DAN CADANGAN MANDAT PEMEGANG SAHAM BAGI URUSNIAGA berulang dengan PIHAK BERKAITAN YANG BERBENTUK HASIL ATAU DAGANGAN (“CADANGAN MANDAT”) “ BAHAWA , semua Urusniaga Berulang Dengan Pihak Berkaitan yang berbentuk hasil atau dagangan yang dimeterai oleh Syarikat, anak-anak syarikatnya atau mana-mana syarikat tersebut dengan Pihak Berkaitan dari 27 Disember 2013 sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (“MAT”) Keenam (Ke-6) telah dilaksanakan dalam urusan lazim perniagaan pada asas transaksi setaraf, atas terma komersial biasa yang tidak lebih memihak kepada pihak berkaitan berbanding yang secara umum tersedia kepada orang awam dan tidak merugikan para pemegang saham minoriti Syarikat, yang mana butiran mengenainya dibentangkan dalam Seksyen 2 dan Lampiran 1 Pekeliling kepada Pemegang Sahambertarikh 3 Jun 2014 (“Pekeliling”), adalah dan dengan ini diluluskan, disahkan dan diratifikasi; BAHAWA kuasa adalah dan dengan ini diberi selaras dengan Peraturan 10.09 dalam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, kepada Syarikat, anak-anak syarikatnya atau mana-mana syarikat tersebut untuk memeterai sebarang urusniaga yang termasuk dalam jenis Urusniaga Berulang Dengan PihakBerkaitan, yangmana butiranmengenainya dibentangkan dalamSeksyen 2 danLampiran 1Pekeliling, dengan Pihak berkaitan seperti yang dinyatakan dalamPekeliling, dengan syarat urusniaga tersebut adalah berbentuk hasil dan/atau perdagangan, yang diperlukan untuk operasi harian Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya, dalam perjalanan perniagaan biasa Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya, yang dilaksanakan pada asas transaksi setaraf dan atas terma komersial biasa yang tidak lebih memihak kepada pihak berkaitan berbanding yang secara umumnya tersedia kepada orang awam dan tidak merugikan para pemegang sahamminoriti Syarikat; DAN BAHAWA kuasa tersebut hendaklah berkuatkuasa serta-merta selepas resolusi ini diluluskan dan terus berkuatkuasa sehingga : a) tamat MAT Syarikat yang akan datang yang diadakan selepas MAT ini dimana resolusi biasa Cadangan Mandat untuk Urusniaga Berulang Dengan Pihak Berkaitan tersebut diluluskan, dimana pada masa itu ia akan luput, kecuali kuasa tersebut diperbaharui oleh satu resolusi yang diluluskan pada MAT akan datang; atau b) tamat tempoh dimana MAT akan datang selepas tarikh tersebut dikehendaki oleh undang-undang untuk diadakan; atau c) dibatal atau diubah oleh resolusi yang diluluskan oleh pemegang saham Syarikat dalam sebuah mesyuarat agung Syarikat, mana yang lebih awal; DAN JUGA BAHAWA kuasa adalah dan dengan ini diberikan kepada para Pengarah Syarikat dan anak-anak syarikatnya untuk menyempurnakan dan melaksanakan segala tindakan dan perkara (termasuk melaksanakan semua dokumen seperti yang diperlukan) yang mereka fikirkan sesuai atau perlu bagi menguatkuasakan urusniaga yang dibenarkan oleh resolusi ini.” (Resolusi 11) 8. Untuk menjalankan sebarang urusan lain Syarikat yang mana notis yang sewajarnya akan diberikan menurut Tataurusan Pertubuhan Syarikat dan Akta Syarikat, 1965. NOTIS KELAYAKAN DAN PEMBAYARAN DIVIDEN NOTIS DENGAN INI DIBERIKAN BAHAWA tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang ke-Enam (6) yang akan diadakan pada 25 Jun 2014, satu dividen akhir sebanyak 10 sen sesaham biasa, di bawah sistem satu peringkat, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 akan dibayar pada 11 Julai 2014 kepada pemegang saham. Tarikh kelayakan untuk dividen tersebut ialah pada 30 Jun 2014. NOTIS JUGA DIBERIKAN BAHAWA pendeposit akan layak untuk menerima kelayakan dividen tersebut hanya bagi: i. Saham yang dipindahkan ke dalam akaun sekuriti Pendeposit sebelum jam 4.00 petang pada 30 Jun 2014 bagi pemindahan biasa; dan ii. Saham yang dibeli dari Bursa Malaysia Securities Berhad atas asas kelayakan menurut Peraturan Bursa Malaysia Securities Berhad. ATAS PERINTAH LEMBAGA PENGARAH SHAHNIZA ANOM ELIAS (LS 0006472) Setiausaha Syarikat Kuala Lumpur 3 Jun 2014 Felda Global Ventures Holdings Berhad 474
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=