FGV Annual Report 2013

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat Agung Tahunan Felda Global Ventures Holdings Berhad (‘FGV” atau “Syarikat”) yang ke-Enam (6) akan diadakan di Dewan Merdeka, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra, 41 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur pada hari Rabu, 25 Jun 2014, pada jam 11.00 pagi atau pada sebarang penangguhan, untuk menjalankan urusan berikut: AGENDA Sebagai Urusan Biasa 1. Untuk menerima Penyata Kewangan Diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 bersama dengan Laporan Para Pengarah dan Juruaudit. Sila rujuk Nota (1) dalam Nota Penjelasan Urusan Biasa 2. Untuk meluluskan pembayaran Dividen Akhir sebanyak 10 sen sesaham biasa, di bawah sistem satu peringkat, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. (Resolusi 1) 3. Untuk memilih semula para Pengarah berikut, yang bersara menurut Artikel 88 Tataurusan Pertubuhan Syarikat: i. Mohd Emir Mavani Abdullah (Resolusi 2) ii. Dato’ Yahaya Abd Jabar (Resolusi 3) 4. Untuk memilih semula para Pengarah berikut, yang bersara menurut Artikel 94 Tataurusan Pertubuhan Syarikat: i. YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (Resolusi 4) ii. Datuk Haji Faizoull Ahmad (Resolusi 5) iii. Datuk Dr. Salmiah Ahmad (Resolusi 6) iv. Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob (Resolusi 7) v. Fazlur Rahman Ebrahim (Resolusi 8) 5. Untuk meluluskan pembayaran yuran para Pengarah sebanyak RM2,039,218 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. (Resolusi 9) 6. Untukmelantik semula Tetuan PricewaterhouseCoopers sebagai juruaudit Syarikat dan untukmembenarkan para Pengarah untuk menetapkan imbuhan mereka. (Resolusi 10) Felda Global Ventures Holdings Berhad 473

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=