FGV Annual Report 2013
PENYATA MENGIRINGI NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NOTA-NOTA : 1. Seorang ahli Syarikat yang berhak menghadiri dan mengundi di mesyuarat Syarikat, atau dalam mesyuarat mana-mana kelas ahli-ahli Syarikat, adalah berhak untuk melantik mana-mana individu sebagai proksi untuk menghadiri dan mengundi bagi pihak Ahli pada mesyuarat tersebut. Tidak akan ada sekatan tentang kelayakan proksi. 2. Seorang proksi yang dilantik untuk menghadiri dan mengundi pada mesyuarat Syarikat hendaklah mempunyai hak yang sama seperti Ahli untuk bersuara pada mesyuarat tersebut. 3. Seorang proksi tidak semestinya seorang Ahli dan peruntukan Seksyen 149(1) (b) Akta Syarikat, 1965 tidak akan terpakai kepada Syarikat. Ahli tidak boleh dihalang daripada menghadiri dan mengundi pada mana-mana mesyuarat agung selepas menyerahkan borang proksi. Walau bagaimanapun, kehadiran itu secara automatik akan membatalkan kuasa proksi. Tidak akan ada sekatan tentang kelayakan proksi. 4. Ahli boleh melantik sehingga dua orang proksi untuk menghadiri mesyuarat agung Syarikat. Jika seseorang Ahli melantik dua proksi, pelantikan proksi itu tidak boleh menjadi sah melainkan jika Ahli menyatakan bahagian pegangan saham beliau yang akan diwakili oleh setiap satu proksi tersebut. Instrumen pelantikan proksi hendaklah dibuat secara bertulis oleh orang yang melantik atau peguam beliau yang diberi kuasa secara bertulis atau sekiranya orang yang melantik adalah sebuah perbadanan sama ada di bawah meterai syarikat atau ditandatangani oleh pegawai atau peguam yang telah diberi kuasa. Instrumen pelantikan proksi untuk mengundi dalam mesyuarat termasuk kuasa untuk meminta atau menyertai dalam permintaan pengundian bagi pihak yang melantik. 5. Dimana Ahli adalah Penama Sah yang dikecualikan yang memegang saham- saham biasa dalam Syarikat untuk beberapa pemilik bermanfaat dalam satu akaun sekuriti (“akaun omnibus”) tidak ada had kepada bilangan proksi yang boleh dilantik oleh Penama Sah yang dikecualikan bagi setiap akaun omnibus yang dipegang untuk mengundi di tempatnya, dan bahawa proksi juga tidak perlu menjadi ahli dan dimana seorang ahli melantik lebih daripada seorang proksi, pelantikan tersebut adalah tidak sah kecuali ia menyatakan nisbah pegangan yang akan diwakili oleh setiap proksi. Seorang Penama Sah yang dikecualikan merujuk kepada penama yang diberi kuasa yang ditakrifkan di bawah Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (“SICDA”) yang dikecualikan daripada mematuhi peruntukan subseksyen 25A (1) SICDA. 6. Instrumen pelantikan proksi hendaklah diserahkan ke pejabat Pendaftar Saham Syarikat, Symphony Share Registrars Sdn Bhd, Level 6, Symphony House, Pusat Dagangan Dana 1, Jalan PJU 1A/46, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan tidak kurang daripada empat puluh lapan (48) jam sebelum mesyuarat diadakan atau ditangguhkan dimana individu yang dinamakan dalam instrumen itu bercadang untuk mengundi dan dalam kes pengundian, tidak kurang daripada dua puluh empat (24) jam sebelum masa yang ditetapkan untuk membuat pengundian, dan jika gagal, instrumen pelantikan proksi akan dianggap tidah sah. 7. Ahli yang layak hadir Bagi tujuan menentukan ahli yang berhak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang ke-Enam (6), Syarikat akan memohon daripada Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, selaras dengan Artikel 54 Tataurusan Pertubuhan Syarikat dan Seksyen 34 (1) Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991, untuk mengeluarkan Rekod Pendeposit Mesyuarat Agung pada 17 Jun 2014. Hanya pendeposit yang namanya tertera dalam Rekod Pendeposit Mesyuarat Agung pada 17 Jun 2014 akan berhak untuk menghadiri mesyuarat tersebut atau melantik seorang proksi (proksi-proksi) untuk hadir dan/atau mengundi bagi pihak pendeposit tersebut. NOTA PENJELASAN BAGI URUSAN BIASA : 1. Butiran Agenda no. 1 hanya untuk tujuan pembentangan dan perbincangan sahaja kerana di bawah peruntukan Seksyen 169(1) Akta Syarikat, 1965 (“Akta”) dan Artikel 125 Tataurusan Pertubuhan Syarikat, Penyata Kewangan Diaudit tidak memerlukan kelulusan rasmi Pemegang Saham dan oleh itu, ianya tidak akan diusulkan untuk pengundian. 2. Resolusi Biasa 3 dan 4 – Penilaian Kebebasan para Pengarah Bebas Penilaian kebebasan Dato’ Yahaya Abd Jabar dan YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid yang telah berkhidmat sebagai para Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Syarikat telah dinilai oleh Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan dan disahkan oleh Lembaga Pengarah. 3. Pengecualian daripada Mengundi (i) Semua Pengarah Bukan Eksekutif yang merupakan pemegang saham Syarikat akan mengecualikan diri daripada mengundi berhubung Resolusi Biasa 9 berkenaan Yuran Pengarah pada MAT Ke-6 ini. (ii) Para Pengarah yang dirujuk dalam Resolusi Biasa 2, 4, 5 dan 7 yang merupakan pemegang saham Syarikat akan mengecualikan diri daripada mengundi berhubung Resolusi berkaitan pemilihan semula masing- masing di MAT Ke-6 ini. NOTA PENJELASAN BAGI URUSAN KHAS: 1. Resolusi Biasa 11 – Cadangan Ratifikasi Pemegang Saham dan Cadangan Mandat Pemegang Saham. Resolusi Biasa 11 yang dicadangkan, jika diluluskan, akan membolehkan Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya untuk memeterai urusniaga berulang yang melibatkan kepentingan Pihak Berkaitan yang berbentuk hasil atau dagangan dan diperlukan untuk operasi harian Kumpulan, tertakluk kepada syarat bahawa urusniaga tersebut dijalankan dalam perjalanan lazim perniagaan mengikut terma-terma yang bukan lebih memihak kepada Pihak Berkaitan berbanding yang biasanya ditawarkan kepada umum serta tidak menjejaskan kepentingan pemegang sahamminoriti Syarikat. Disediakan menurut Perenggan 8.27(2) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. Maklumat terperinci mengenai para Pengarah yang menawarkan diri untuk pemilihan semula menurut Artikel 88 dan Artikel 94 Tataurusan Pertubuhan Syarikat dibentangkan dari muka surat 473 hingga 475 dalam Laporan Tahunan ini. Butiran pegangan saham para Pengarah tersebut dalam Syarikat disediakan di muka surat 317 dalam Laporan Tahunan ini. Felda Global Ventures Holdings Berhad 475
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=