FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 453 55 LIABILITI LUAR JANGKA (Samb.) (iv) Pada 20 September 2011, FPISB dan FELDA telah disaman oleh 550 peneroka Gugusan Bera atas dakwaan pemalsuan dan manipulasi kadar perahan minyak sawit. Plaintif menuntut bahagian daripada jualan isi rung, sabut kering dan enapan minyak yang terhasil daripada BTS mereka yang dijual kepada kilang-kilang FPISB. Tuntutan berjumlah RM19.2 juta itu adalah bagi tahun 2008 sahaja. FPISB telah memfailkan Memorandum Kehadiran di mahkamah Tinggi pada 15 November, SOD pada 3 Januari 2012 dan juga memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan tersebut atas Asas tuntutan Plaintif pada 25 Januari 2012. Perkara tersebut kini ditetapkan untuk perbicaraan pada 28 hingga 30 April 2014. (v) Pada 10 Mei 2012, FPISB dan FELDA telah disaman oleh 770 peneroka Rancangan Felda Chini 1 hingga 5 dan Rancangan Felda Chini Timur 1 hingga 3 di Pahang atas dakwaan pemalsuan dan manipulasi kadar perahan minyak sawit. Tuntutan berjumlah RM24.8 juta itu adalah bagi tahun 2008 sahaja. FPISB telah memfailkan Memorandum Kehadiran di Mahkamah Tinggi pada 16 Mei 2012 dan mahkamah telah menetapkan 2 hingga 13 Jun 2014 untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh perbicaraan. (vi) Pada 5 Jun 2012, FPISB dan FELDA telah disaman oleh 956 peneroka Rancangan Felda Keratong 1 hingga 10 atas dakwaan pemalsuan dan manipulasi kadar perahan minyak sawit. Tuntutan berjumlah RM30.9 juta itu adalah bagi tahun 2008 sahaja. FPISB telah memfailkan Memorandum Kehadiran di Mahkamah Tinggi pada 26 Jun 2012 dan perkara tersebut kini ditetapkan untuk perbicaraan pada 2 hingga 13 Jun 2014. (vii) Pada 25 Januari 2013, FPISB dan FELDA telah disaman oleh 351 peneroka Rancangan Felda Mempaga atas dakwaan pemalsuan dan manipulasi kadar perahan minyak sawit. Tuntutan berjumlah RM11.3 juta itu adalah bagi tahun 2008 sahaja. Mahkamah Tinggi Temerloh menetapkan perkara tersebut untuk perbicaraan pada 22 hingga 26 September 2014. Berasaskan kepada maklumat yang tersedia dan nasihat perundangan yang diterima, para Pengarah berpendapat bahawa terdapat peluang yang munasabah untuk membela semua tuntutan di atas dan oleh itu, tiada peruntukan dibuat di dalam penyata kewangan. 56 PERISTIWA PENTING PADA TAHUN KEWANGAN INI (a) Pada 29 Januari 2013, Syarikat mengumumkan persetujuannya terhadap Tawaran Umum Sukarela (“VGO”) bagi Tradewinds (M) Berhad (“Tradewinds”) pada harga tawaran tunai sebanyak RM9.30 bagi setiap tawaran saham. Pada 28 Februari 2013, pelupusan sebanyak 20% kepentingan ekuiti dalam Tradewinds telah diselesaikan dengan bayaran berjumlah RM551.43 juta, yang menghasilkan keuntungan atas pelupusan sebanyak RM26.67 juta bagi Kumpulan dan RM343.82 juta bagi Syarikat. (b) Pada 17 April 2013, Felda Global Ventures Downstream Sdn. Bhd. (“FGVD”), sebuah anak syarikat milik penuh Syarikat, memeterai Perjanjian Pembelian Aset dengan Mission Biotechnologies Sdn. Bhd. untuk mengambilalih asetnya; termasuk sebuah penapis biodiesel di Pelabuhan Kuantan pada harga USD11.5 juta (RM36.9 juta). Pengambilalihan ini telah diselesaikan pada 9 Oktober 2013. (c) Pada 28 Jun 2013, Twin Rivers Technologies Enterprises De Transformation De Graines Oleagineuses Due Quebec Inc. (“TRT ETGO”), sebuah anak syarikat milik penuh Twin Rivers Technologies Enterprises Holdings De Transformation De Graines Oleagineuses Du Quebec Inc. (“TRTH ETGO”), yang sebaliknya merupakan anak syarikat milik penuh Syarikat melalui FGVD dan Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (“FGVNA”) telah menamatkan usahasamanya dengan Bunge Ventures Canada L.P. (“Bunge”), yang merangkumi perniagaan usahasama tersebut dan membubar entiti usahasama berkenaan serta menamatkan beberapa perjanjian dan urus janji di kalangan pihak- pihak yang ada kaitan dengan usahasama tersebut; termasuk perjanjian pengetolan yang dimeterai antara Bunge ETGO L.P. dan TRT ETGO. Pihak-pihak tersebut telah memeterai Perjanjian Penamatan dengan menetapkan cara bagaimana usahasama dan perkongsian tersebut akan digulung dan dibubarkan. Perniagaan usahasama tersebut telah ditamatkan pada 31 Ogos 2013 dan entiti berkenaan dibubarkan pada 30 November 2013. (d) Pada 9 Julai 2013, Felda Global Ventures Kalimantan Sdn. Bhd. (“FGVK”), sebuah anak syarikat milik penuh Kumpulan telah memeterai Perjanjian Pembelian Saham untuk mengambilalih 1,187 saham berharga Rp1,000,000 sesaham dalammodal sahamPT Temila Agro Abadi (“PT TAA”), yang mewakili 95% daripada jumlah keseluruhan modal saham terbitan dan berbayar penuh PT TAA daripada para pemegang saham sedia ada PT TAA yang terdiri daripada Paul Sugandi, Janti Susanto, Evelyn Suwandi dan Yenny Suwandi, kesemuanya warga negara Indonesia, dengan jumlah bayaran sebanyak US$8,075,000 (RM25,916,713). Selepas pengambilalihan tersebut diselesaikan, PT TAA akan menjadi sebuah anak syarikat 95%milik FGVK. Paul Sugandi akan memegang 5% kepentingan ekuiti dalam PT TAA selepas cadangan pengambilalihan PT TAA selesai. Pada 31 Disember 2013, FGVK telah membayar deposit sebanyak RM9.06 juta. (e) Pada 9 Julai 2013, FGVK telah memeterai Perjanjian Jual Beli Saham Bersyarat untuk mengambilalih 285 saham berharga Rp1,000,000 sesaham dalammodal saham PT. Landak Bhakti Palma (“PT LBP”), mewakili 95% daripada jumlah keseluruhan modal saham terbitan dan berbayar penuh PT LBP, daripada para pemegang saham sedia ada PT LBP yang terdiri daripada Lidya, Timotius Sintrajaya dan Joko Sintra Jaya, kesemuanya warga negara Indonesia, dengan jumlah bayaran sebanyak RM18,302,700. Selepas cadangan pengambilalihan PT LBP diselesaikan, PT LBP akanmenjadi sebuah anak syarikat 95%milik FGVK. Joko Sintra Jaya akan memegang 5% kepentingan ekuiti dalam PT LBP selepas cadangan pengambilalihan PT LBP selesai. Pada 31 Disember 2013, FGVK telah membayar deposit sebanyak RM3.66 juta.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=