FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 452 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 54 KOMITMEN (Con’d.) (a) Urus janji pajakan operasi (Samb.) (ii) Kumpulan sebagai pemberi pajak: Penerimaan pajakan operasi mewakili sewa belum terima oleh Kumpulan bagi tangki minyak asli dan sistem saluran paip minyak yang disewakan. Agregat belum terima pajakan minimum di bawah pajakan operasi tidak boleh dibatal adalah seperti berikut: Kumpulan 2013 2012 RM’000 RM’000 Dalam tempoh 1 tahun 1,008 1,165 Antara 1 hingga 2 tahun 439 1,043 Antara 2 hingga 3 tahun - 498 1,447 2,706 Pendapatan sewa diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian pada tahun kewangan berjumlah RM309,000 (2012: RM1,312,000). (b) Komitmen Modal Kumpulan 2013 2012 RM’000 RM’000 Perbelanjaan modal dilulus dan dikontrakkan: - Hartanah, loji dan peralatan 444,787 92,507 - Aset biologi 10,639 - - Aset tidak nyata 1,367 - Perbelanjaan modal dilulus, tetapi tidak dikontrakkan: - Hartanah, loji dan peralatan 413,930 296,724 - Aset biologi 66,101 31,963 Pelaburan dalam anak-anak syarikat 85,629 - 1,022,453 421,194 55 LIABILITI LUAR JANGKA (i) Pada 3 September 2010, FPISB dan FELDA telah disaman oleh 514 peneroka Skim Felda Serting dan 252 peneroka Skim Felda Gugusan Raja Alias di Jempol, Negeri Sembilan atas dakwaan pemalsuan dan manipulasi kadar perahan minyak sawit. Tuntutan berjumlah RM15.4 juta itu adalah bagi tahun 2008 sahaja. Perkara ini masih dalam proses perbicaraan dan akan dibicarakan pada 5, 8 dan 9 Mei 2014. (ii) Pada 12 Julai 2011, FPISB dan FELDA telah disaman oleh 711 peneroka Felda Jengka 1 hingga 25 dan Felda Sg. Tekam di Temerloh, Pahang (Jengka A) atas dakwaan pemalsuan dan manipulasi kadar perahan minyak sawit. Tuntutan berjumlah RM22.9 juta itu bagi tahun 2008 sahaja. Kes ini telah dipanggil untuk sebutan pada 18 September 2013 dan Hakim telah memerintahkan Plaintif supaya menentukan siapakah sebenarnya yang mempunyai locus standi kepada saman ini dan menentukan Plaintif manakah yang telah menandatangani perjanjian dengan Felda. Perkara ini kini ditetapkan untuk perbicaraan pada 8 sehingga 11 Julai 2014. (iii) Pada 10 November 2011, FPISB dan FELDA telah disaman oleh 365 peneroka Felda Jengka 1 hingga 7, 10, 13 hingga 19, 23 hingga 24, Felda Ulu Jempol dan Felda Sg. Tekam Utara (Jengka B) atas dakwaan pemalsuan dan manipulasi kadar perahan minyak sawit. Tuntutan berjumlah RM11.7 juta itu adalah bagi tahun 2008 sahaja. Pada 19 April 2012, Mahkamah telah membenarkan permohonan oleh FELDA dan FPISB untuk membatalkan 20 Plaintif dengan kos. Perkara ini kini ditetapkan untuk perbicaraan pada 11 sehingga 15 Ogos 2014.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=