FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 454 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 56 PERISTIWA PENTING PADA TAHUN KEWANGAN INI (SAMB.) (f) Pada 18 Julai 2013, AmInvestment Bank, bagi pihak Syarikat, telah mengemukakan Notis Tawaran Mengambilalih Bersyarat Secara Sukarela (“Tawaran”) untuk mengambilalih 100% kepentingan ekuiti berharga RM1.00 sesaham dalam Pontian United Plantations Berhad (“PUP”) dengan bayaran tunai sebanyak RM140.00 sesaham tawaran. Cadangan pengambilalihan PUP melalui Tawaran ini adalah sejajar dengan rancangan Kumpulan untuk meluaskan perniagaan perladangan kelapa sawitnya. Pada 20 September 2013, Syarikat menerima persetujuan sah sebanyak 8,648,280 saham Pontian, mewakili 100% daripada modal saham terbitan dan berbayar PUP dengan bayaran tunai sebanyak RM1,203.84 juta atau RM139.20 sesaham. Pengambilalihan PUP telah diselesaikan pada 1 Oktober 2013 dan semua Saham PUP telah didaftarkan atas nama Syarikat. (g) Pada 18 Oktober 2013, Syarikat dan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (“KPF”) telah melaksanakan Perjanjian Pembelian Saham Bersyarat untuk mengambilalih 112,199,999 saham dalam Felda Holdings Berhad (“FHB”), sebuah syarikat bersekutu Syarikat yang mewakili baki 51% kepentingan ekuiti dalam FHB, daripada KPF dengan bayaran sebanyak RM2.20 bilion atau RM19.61 sesaham FHB. Pengambilalihan ini telah diselesaikan pada 27 Disember 2013. (h) Pada 30 Oktober 2013, FGVDmenandatangani Memorandum Persefahaman (“MOU”) tidak terikat dengan Cambridge Nanosytems Limited (“CNL”), sebuah syarikat yang diperbadankan di Fullborn, Cambridge, United Kingdom bagi meneroka kemungkinan menjalin hubungan permuafakatan berkaitan sebuah cadangan usahasama. Ia akan dilaksanakan melalui cadangan pengambilalihan tujuh puluh peratus (70%) modal saham terbitan CNL oleh FGVD yang akan dipenuhi dengan bayaran sebanyak GBP10 juta (RM54.13 juta), bagi menjalankan pengeluaran, pengilangan, pemasaran, penjualan dan/atau perdagangan tiub nano karbon dan grafin bergred tinggi daripada minyak sawit mentah dan metana sebagai bahan suapan dengan menggunakan teknologi tertentu. MOU ini menetapkan persefahaman dan hasrat pihak-pihak berkenaan sepanjang tempoh penerokaan interim. MOU ini akan kekal sah selama enam (6) bulan atau pada tempoh yang dilanjutkan seperti dipersetujui secara bertulis oleh pihak-pihak berkenaan. Pada 31 Disember 2013, Kumpulan telah membayar GBP4 (RM22) dan mendapat kawalan ke atas CNL. (i) Pada 13 November 2013, FGVD telah memeterai sebuah usahasama dan perjanjian pemegang saham dengan Lipidventure Sdn. Bhd. untuk menubuhkan sebuah syarikat usahasama bagi menjalankan pembangunan, pembinaan, fabrikasi dan pengendalian sebuah loji di Kuantan, Pahang bagi mengeluarkan tokotrienol (vitamin E) daripada minyak sawit luntur bertapis. Syarikat usahasama, FGV Lipid Venture Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 23 November 2013. Perniagaan usahasama ini dijangka akan dimulakan pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. (j) Melalui pemberian pampasan yang dibuat secara bertulis bertarikh 31 Disember 2013, Kerajaan Negeri Perlis bersedia untuk membayar sebanyak RM43.04 juta sebagai pampasan pengambilalihan wajib tanah di Lot 194 Mukim Chuping, Perlis daripada sebuah anak syarikat milik Syarikat. Kesannya, keuntungan daripada pelupusan sebanyak RM4,508,000 telah diiktiraf. 57 PERISTIWA PENTING SELEPAS TEMPOH LAPORAN (a) Pada 14 Januari 2014, sebuah anak syarikat FGVD, CNL, telah menandatangani Perjanjian Pembelian Saham bagi mengambilalih GasPlas AS (GP), pada harga belian GBP5.9 juta (RM31.9 juta). GP ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Norway dan melalui anak syarikat milik penuhnya, EnPlas Ltd yang diperbadankan di United Kingdom dan berpangkalan di Norwich, secara kolektif memegang paten dan memiliki reaktor Micro-Wave Plasma yang akan digunakan untuk mengeluar tiub nano karbon dan grafin bergred tinggi menggunakan minyak sawit mentah dan metana sebagai bahan suapan melalui penggunaan teknologi tertentu. Pengambilalihan GP oleh CNL telah diselesaikan pada 16 Januari 2014. (b) Pada 8 Mac 2014, FGV Myanmar (L) Pte Ltd, sebuah anak syarikat milik penuh Syarikat telah memeterai perjanjian usahasama dengan Pho La Min Trading Company Limited (“PLM”) untuk menubuhkan syarikat usahasama di Republik Kesatuan Myanmar bagi menjalankan perniagaan perladangan getah, pemprosesan, penjualan dan pemasaran getah serta aktiviti iringan dan sampingan lain yang berkaitan dengannya serta pengubahsuaian dan/atau pengembangan daripadanya; sepertimana dipersetujui oleh pihak-pihak berkenaan (“usahasama yang dicadangkan”). Jika tidak berlaku sebarang keadaan di luar jangkaan, usahasama yang dicadangkan ini dijangka akan diselesaikan pada suku keempat tahun kewangan berakhir 2014. 58 KELULUSAN PENYATA KEWANGAN Penyata kewangan ini telah dilulus untuk diterbitkan menurut resolusi Lembaga Pengarah pada 29 April 2014.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=