FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 435 45 LIABILITI PERJANJIAN PAJAKAN TANAH (“LLA”) (Samb.) Liabiliti perjanjian pajakan tanah dikira berasaskan kepada terma yang dinyatakan dalam pelbagai perjanjian seperti berikut: (Samb.) (v) Perjanjian Pengurusan Pada 21 Mei 2012, Perjanjian Sewa bertarikh 6 Januari 2012 telah ditambah oleh satu perjanjian tambahan, di mana kedua-dua FELDA dan FGVPMmemperakui bahawa pada 1 Januari 2012, FGVPMmasih belumdianggap atau diiktiraf sebagai tanah pribumi di Sarawakmengikut Kanun Tanah Sarawak. Kedua-dua FELDA dan FGVPM bersetuju untuk mengecualikan semua Tanah-Tanah Sarawak daripada Perjanjian Sewa dan LLA. Kedua-dua FELDA dan FGVPM bersetuju bahawa tiada pertimbangan pajakan yang dianggap perlu dibayar berhubung sewaan Tanah-tanah Sarawak bagi tempoh bermula dari 1 Januari 2012 sehingga FGVPM memperoleh status pribumi menurut Kanun Tanah Sarawak. Apabila syarat-syarat yang dinyatakan dipenuhi, Tanah-tanah Sarawak akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada Baki Tanah Sedia Ada dan terma Perjanjian Pajakan Tanah akan diterima pakai dan amalan perakaunan akan kekal sama seperti LLA. Jika tanah atau mana-mana bahagian daripadanya pada bila-bila masa menjadi rosot nilai oleh sebarang notis melalui pengambilalihan di bawah Akta Pengambilan Tanah, 1960, pemajak tidak akan dibayar pampasan bagi kos penamatan. (vi) Surat Penjelasan Pada 17 Julai 2013, FELDA dan FGVPM bersetuju selepas penjelasan beberapa terma dalam LLA dan perjanjian sampingannya, seperti berikut: - Kos penyenggaraan utiliti di atas tanah yang diuruskan oleh FELDA di Sahabat akan dicaj kepada FGVPM; - Pembayaran semula deposit jaminan yang dibayar oleh syarikat berhubung dengan LLA (Nota 27) akan dilakukan melalui pengurangan sebarang bayaran jumlah pajakan sebelum tamat tempoh atau lebih awal penentuan LLA; dan - Formula yang dipersetujui untuk mengira Perolehan Tersirat berhubung dengan pengiraan harga buah tandan segar (“BTS”) yang digunakan oleh FGVPM dalam penyediaan penyata keuntungan operasi perladangan kini dijelaskan melalui formula terperinci dan andaian yang disertakan. Pajakan tanah meliputi tanah yang ditanam dengan kelapa sawit dan getah. Berasaskan kepada kawasan pajakan yang dipersetujui, jumlah pajakan tetap tahunan yang perlu dibayar dianggarkan berjumlah RM248,481,322 (2012: RM248,481,322) setahun berserta dengan 15% (2012: 15%) daripada keuntungan operasi perladangan daripada tanah tersebut setiap tahun. 2013 2012 RM’000 RM’000 Bukan semasa 4,458,623 5,167,831
 Semasa 385,767 496,938 4,844,390 5,664,769 Pergerakan dalam liabiliti LLA adalah seperti berikut: Pada 1 Januari 5,664,769 - Pengambilalihan estet perladangan (Nota 22(e)) - 5,842,694 Perubahan nilai saksama (dikreditkan)/dicaj kepada keuntungan atau kerugian (Nota 9) (494,485) 210,178 Pembayaran balik pada tahun kewangan semasa (325,894) (388,103) Pada 31 Disember 4,844,390 5,664,769 Perubahan nilai saksama kepada keuntungan dan kerugian termasuk pembalikan berkaitan dengan liabiliti LLA yang timbul daripada tanah yang ditebus guna oleh FELDA berjumlah RM65,500,000.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=