FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 434 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 45 LIABILITI PERJANJIAN PAJAKAN TANAH (“LLA”) Liabiliti perjanjian pajakan tanah dikira berasaskan kepada terma yang dinyatakan dalam pelbagai perjanjian seperti berikut: (i) Perjanjian Pajakan Tanah (“LLA”) Syarikat telah memeterai perjanjian pajakan dengan FELDA pada 1 November 2011 untuk tempoh selama 99 tahun (i) tanah dengan hak milik tanah individu yang dikeluarkan kepada FELDA sebagai pemilik berdaftar (ii) tanah sedia ada yang diberi kepada FELDA untuk pembangunan tetapi di mana hak milik tanah belum dikeluarkan kepada FELDA dan (iii) tanah-tanah lain yang akan diberi milik atau akan dibeli oleh FELDA pada masa hadapan. FELDA mungkin akan menamatkan pajakan bagi tanah-tanah tertentu seperti berikut: (a) Tanah dengan mineral, kerana hak mineral tidak termasuk dalam pajakan; (b) Pengambilalihan atau hasrat pengambilalihan di bawah Akta Pengambilalihan Tanah, 1960 (“LAA”), notis tuntutan semula oleh pihak berkuasa berkaitan atau notis seumpama yang dikeluarkan berhubung sebarang perundangan Malaysia. Sekiranya berlaku penamatan, FELDA akan menyediakan tempoh notis daripada 10 hari – 18 bulan, bergantung kepada saiz tanah dan keadaan tuntutan semula tersebut. Selepas dituntut semula, Kumpulan akan menerima pampasan daripada FELDA bagi jangkaan kerugian mendapat keuntungan masa depan dari tanah tersebut, dikira berasaskan kepada keuntungan purata setiap hektar dan profil usia aset biologi terlibat yang diserahkan. Bagi tanah dituntut oleh FELDA bagi pihak ketiga di bawah Perjanjian Sewaan bertarikh 21 Januari 2012, Syarikat tidak akan menerima pampasan. (ii) LLA Tambahan Pada 2 Januari 2012, Syarikat telah memeterai addendum kepada LLA (“LLA Tambahan”) untuk mengambilalih aset dan liabiliti tertentu selain daripada aset biologi estet perladangan yang dimiliki oleh FELDA dengan pertimbangan pembelian bersamaan dengan nilai bawaan aset dan liabiliti yang diambilalih pada 31 Disember 2011 berjumlah RM54,690,000, menghapuskan keperluan untuk mendapatkan persetujuan daripada Pihak Berkuasa Negeri sebelum bermulanya LLA dan pindaan takfiran kategori aset yang perlu dikekalkan oleh Syarikat. Hasilnya, LLA bermula pada 1 Januari 2012. (iii) Perjanjian Novasi Pada 6 Januari 2012, sebagai sebahagian daripada proses penstrukturan semula FELDA, Syarikat dan Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn. Bhd. (“FGVPM”), sebuah anak syarikat milik Syarikat telah memeterai perjanjian novasi di mana semua manfaat, hak, hak milik, kepentingan, tanggungjawab, akujanji, perjanjian dan liabiliti Syarikat di bawah LLA dan LLA Tambahan akan dipindahkan oleh Syarikat kepada FGVPM dari 1 Januari 2012 dan FELDA telah bersetuju untuk memindahkan semua manfaat, hak, hak milik, kepentingan, tanggungjawab, akujanji, perjanjian dan liabiliti kepada FGVPM tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian novasi tersebut. (iv) Perjanjian Sewa Pada 6 Januari 2012, FELDA dan FGVPM telah memeterai perjanjian sewaan berhubung dengan LLA yang mana sewaan ini adalah untuk tempoh permulaan selama tiga tahun dan selepas tamat tempoh tiga tahun tersebut, FGVPM mempunyai opsyen untuk memperbaharui bagi tempoh setiap tiga tahun sehingga berjumlah 99 tahun melainkan ia ditamatkan menurut peruntukan LLA. Opsyen untuk memperbaharui ini boleh dilaksanakan melalui notis bertulis, atau melalui tatacara pihak-pihak yang membenarkan lanjutan hak milik Tanah oleh FGVPM di bawah perjanjian tersebut. Jika Kelulusan bagi mana-mana bahagian Tanah diperoleh dari semasa ke semasa atau hak milik tanah individu dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri untuk mana-mana bahagian Tanah Tambahan Sedia Ada dan Kelulusan diperoleh, pihak-pihak ini akan mendaftar pajakan selaras dengan LLA, dan selepas itu Tanah Yang Diluluskan akan dikecualikan daripada perjanjian ini dan sewaan di dalamnya akan termasuk di bawah pajakan dalam LLA. Pada 21 Januari 2012, FELDA dan FGVPM telah memeterai perjanjian sewaan berhubung dengan tanah ladang yang diletak hak dalam FELDA. Penyewaan ini akan bermula pada 1 Januari 2012 dan akan berkuat kuasa untuk tempoh permulaan selama tiga tahun. Apabila tamat tempoh tiga tahun perjanjian sewaan ini, FGVPM ini akan mempunyai opsyen untuk memperbaharui sewaan untuk tempoh lanjutan tiga tahun sehingga mencapai tempoh 99 tahun melainkan ia ditamatkan menurut peruntukan dalam LLA dan pada pertimbangan yang dipersetujui yang menggambarkan Pertimbangan Pajakan menurut LLA tersebut. Jika FELDA kehilangan hak kepada tanah-tanah ini, tiada pampasan akan dibayar kepada FGVPM.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=