FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 363 5 ANGGARAN DAN PERTIMBANGAN PERAKAUNAN KRITIKAL (SAMB.) (ii) Muhibah Kumpulan menentukan sama ada muhibah dirosot nilai sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini memerlukan anggaran jumlah yang boleh diperoleh semula daripada unit penjanaan tunai (“CGU”) di mana muhibah diperuntukkan. Penganggaran jumlah yang boleh diperoleh semula memerlukan pihak pengurusan membuat anggaran jangkaan aliran tunai masa depan daripada CGU dan juga memilih kadar diskaun yang sesuai untuk mengira nilai semasa aliran tunai tersebut. Jumlah yang boleh diperoleh semula bagi CGU ditetapkan berdasarkan kepada pengiraan yang mana lebih tinggi antara nilai saksama ditolak kos untuk menjual atau nilai dalam penggunaan. Hasil daripada penilaian rosot nilai ini, Kumpulan tidak mengiktiraf mana-mana rosot nilai. Andaian penting dan analisis sensitiviti adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 21 kepada penyata kewangan. (iv) Aset tidak nyata (selain daripada muhibah), hartanah, loji dan peralatan, pelaburan hartanah dan aset biologi. Kumpulan menguji aset tidak nyata (selain daripada muhibah), hartanah, loji dan peralatan, pelaburan hartanah dan aset biologi untuk dirosot nilai jika terdapat sebarang bukti objektif rosot nilai. Pengurusan telah menilai bahawa beberapa aset tidak nyata selain daripada muhibah, hartanah, loji dan peralatan, hartanah pelaburan dan aset biologi mungkin berpotensi dirosot nilai atau rosot nilai sedia ada boleh dibalikkan. Jumlah boleh diperolehi semula daripada aset-aset ini telah ditetapkan berdasarkan kepada pengiraan yang mana lebih tinggi antara nilai saksama ditolak kos untuk menjual atau nilai dalam penggunaan. Hasil daripada penilaian tersebut, Kumpulan telah mengiktiraf rosot nilai sebanyak RM42,285,000 (2012: RM36,616,000) terhadap hartanah, loji dan peralatan, pelaburan hartanah dan aset biologi, susut nilai dipercepatkan sebanyak RM8,682,000 (2012: RM8,656,000) terhadap aset biologi dan pembalikan rosot nilai sebanyak RM tiada (2012: 39,375,000) terhadap aset tidak nyata (selain daripada muhibah) dan hartanah, loji dan peralatan. Andaian penting dan analisis sensitiviti adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 19, 20, 21 dan 29 kepada penyata kewangan. (v) Pelaburan dalam anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu dan syarikat usahasama Kumpulan dan Syarikat menguji pelaburan dalam anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu dan syarikat-syarikat usahasama bagi rosot nilai jika terdapat sebarang petunjuk rosot nilai. Pengurusan telah menilai bahawa pelaburan berikut mungkin mengalami rosot nilai disebabkan oleh kerugian yang ditanggung oleh anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat usahasama pada tahun kewangan semasa. Pelaburan dalam Felda Global Ventures Downstream Sdn. Bhd. (“FGVD”), sebuah anak syarikat Pada 31 Disember 2013, pelaburan Syarikat dalam FGVD telah diuji untuk rosot nilai disebabkan oleh kerugian yang ditanggung oleh sebuah anak syarikat pada tahun kewangan. Penilaian rosot nilai memerlukan anggaran jumlah boleh diperoleh semula daripada unit penjanaan tunai (“CGU”) di mana berkaitan dengan pelaburan tersebut. Jumlah yang boleh diperoleh semula itu ditetapkan berdasarkan kepada pengiraan nilai saksama ditolak kos untuk menjual atau nilai dalam penggunaan yang mana lebih tinggi. Hasil daripada penilian rosot nilai Syarikat telah mengiktiraf kerugian rosot nilai sebanyak RM12,391,000 (2012: RM115,356,000). Andaian penting dan analisis sensitiviti adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 22 kepada penyata kewangan. Pelaburan dalam Felda Iffco Sdn. Bhd. (“FISB”), sebuah syarikat usahasama Pada 31 Disember 2013, pelaburan Kumpulan dalam syarikat usahsama, FISB, telah diuji untuk rosot nilai disebabkan oleh kerugian berterusan yang ditanggung, yang merupakan penilaian semula ujian rosot nilai yang dijalankan pada tahun kewangan terdahulu. Penilaian rosot nilai memerlukan anggaran jumlah boleh diperoleh semula daripada unit penjanaan tunai (“CGU”) di mana berkaitan dengan pelaburan tersebut. Jumlah pelaburan yang boleh diperoleh semula dalam FISB ditetapkan berasaskan kepada pengiraan nilai saksama ditolak kos untuk menjual atau nilai dalam penggunaan yang mana lebih tinggi. Hasil daripada penilaian rosot nilai, Kumpulan telah mengiktiraf kerugian rosot nilai sebanyak RM43,657,000 (2012: RM10,300,000) Andaian penting yang digunakan bagi menentukan jumlah pelaburan yang boleh diperoleh semula dalam FISB dan analisis sensitiviti adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 24.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=