FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 364 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 5 ANGGARAN DAN PERTIMBANGAN PERAKAUNAN KRITIKAL (SAMB.) (v) Pelaburan dalam anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu dan syarikat usahasama (Samb.) Pelaburan dalam Trurich Resources Sdn. Bhd. (“Trurich”), sebuah syrikat usahasama Pada 31 Disember 2013, pelaburan Kumpulan dalam sebuah syarikat usahasama, Trurich, telah diuji untuk rosot nilai disebabkan oleh kerugian yang ditanggung. Penilaian rosot nilai memerlukan anggaran jumlah boleh diperolehi semula daripada unit penjanaan tunai (“CGU”) di mana berkaitan dengan pelaburan tersebut. Jumlah yang boleh diperoleh semula ditetapkan berdasarkan kepada pengiraan nilai saksama ditolak kos untuk menjual atau nilai dalam penggunaan yang mana lebih tinggi. Hasil daripada penilaian rosot nilai, tiada rosot nilai telah diiktiraf kerana jumlah CGU yang boleh diperoleh semula adalah melebihi nilai bawaan. Andaian penting yang digunakan bagi menentukan jumlah pelaburan yang boleh diperoleh semula dalam Trurich adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 24. (vi) Aset cukai tertunda Aset cukai tertunda diiktiraf pada tahap dimana wujud kemungkinan keuntungan dikenakan cukai masa hadapan akan tersedia yang membolehkan perbezaan sementara digunakan. Ini melibatkan pertimbangan berhubung prestasi kewangan masa hadapan bagi entiti- entiti tertentu di mana aset cukai tertunda telah diiktiraf. Jumlah aset cukai tertunda yang wujud daripada kerugian cukai tidak diiktiraf adalah sebanyak RM120,802,000 (2012: RM80,137,000) bagi Kumpulan dan RM18,919,000 (2012: RM5,138,000) bagi Syarikat. 6 PEROLEHAN 2013 2012 RM’000 RM’000 Kumpulan Perolehan daripada jualan minyak sawit mentah (“MSM”) 6,973,533 7,104,202 Perolehan daripada jualan buah tandan segar (“BTS”) 2,265,150 2,414,325 Perolehan daripada jualan gula halus dan gula merah 2,056,221 2,026,843 Perolehan daripada jualan asid lelemak 647,597 740,499 Perolehan daripada jualan minyak sayuran dan makanan protein 304,190 - Subsidi gula 146,203 274,475 Perolehan daripada jualan produk biodiesel 46,687 - Perolehan daripada jualan isirung sawit 6,613 121,455 Perolehan daripada jualan getah beku 38,263 54,464 Perolehan daripada perkhidmatan urus janji pengetolan 21,782 59,575 Yuran pengurusan 60,034 90,238 Lain-lain 1,735 423 12,568,008 12,886,499 Syarikat Dividen daripada syarikat-syarikat bersekutu: - disebut harga - 23,718 - tidak disebut harga 76,863 173,279 Dividen daripada anak-anak syarikat: - disebut harga 16,202 14,659 - tidak disebut harga 257,617 515,236 Yuran pengurusan 75,882 127,368 Pendapatan keuntungan daripada institusi kewangan 123,796 67,475 550,360 921,735
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=