FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 362 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 4 PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (Samb.) (c) Anggaran nilai saksama (Samb.) (iii) Instrumen kewangan dalam Tahap 3 Instrumen termasuk dalam tahap 3 merangkumi liabiliti LLA dan sekuriti ekuiti tidak disebut harga. Jadual berikut membentangkan perubahan instrumen Tahap 3 semasa tahun kewangan: 2013 2012 RM’000 RM’000 Liabiliti LLA 1 Januari 5,664,769 - Nilai saksama pada permulaan LLA (Nota 45) - 5,842,694 Perubahan nilai saksama (dikredit)/dikenakan kepada keuntungan atau kerugian (494,485) 210,178 Bayaran balik semasa tahun (325,894) (388,103) 31 Disember 4,844,390 5,664,769 Aset kewangan tersedia untuk dijual - Sekuriti ekuiti 1 Januari - - Pengambilalihan sebuah syarikat subsidiari 187,302 - 31 Disember 187,302 - (d) Pengimbangan aset kewangan dan liabiliti kewangan Tiada pengimbangan aset kewangan dan liabiliti kewangan berlaku semasa tahun ini bagi Kumpulan dan Syarikat. 5 ANGGARAN DAN PERTIMBANGAN PERAKAUNAN KRITIKAL Anggaran dan pertimbangan dinilai secara berterusan oleh para Pengarah dan pengurusan adalah berdasarkan pengalaman sejarah dan faktor- faktor lain, termasuk jangkaan peristiwa masa hadapan yang dipecayai munasabah mengikut keadaan. Anggaran dan andaian yang mempunyai risiko besar menyebabkan pelarasan ketara kepada nilai bawaan aset dan liabiliti dalam tahun kewangan akan datang dibincangkan di bawah: (i) Liabiliti LLA Nilai saksama liabiliti LLA diukur menggunakan pengiraan aliran tunai yang didiskaunkan dengan menggunakan unjuran aliran tunai berdasarkan belanjawan kewangan yang diluluskan oleh para Pengarah meliputi tempoh 97 tahun. Hasil daripada penilaian nilai saksama, Kumpulan telah mengiktiraf liabiliti LLA sebanyak RM4,844,390,000 (2012: RM5,664,769,000). Andaian penting dan analisis sensitiviti adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 45 kepada penyata kewangan. (ii) Pampasan daripada tanah dituntut semula (bersih) Pampasan belum terima dianggar berasaskan kepada kawasan dituntut oleh FELDA, tertakluk kepada perubahan berasaskan kepada kawasan akhir dikenal pasti oleh FELDA. Kumpulan juga menganggar kesan yang sama kepada aset biologi, hartanah, loji dan peralatan, bayaran pajakan terdahulu dan liabiliti LLA. Pada 2013, Kumpulan telah mengiktiraf pampasan belum terima berjumlah RM82,938,000, aset biologi hapus kira berjumlah RM25,625,000 dan pembalikan berkaitan liabilliti LLA berjumlah RM65,500,000.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=