FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 361 4 PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (Samb.) (c) Anggaran nilai saksama (Samb.) Jadual berikut membentangkan aset dan liabiliti Kumpulan yang diukur pada nilai saksama pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2012: (Samb.) 2012 Tahap1 Tahap 2 Tahap 3 Jumlah RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 Aset Aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian: Derivatif - Kontrak hadapan tukaran asing - 969 - 969 - Kontrak hadapan komoditi 4,220 - - 4,220 - Pelaburan hartanah - 44,730 - 44,730 Jumlah aset 4,220 45,699 - 49,919 Liabiliti Liabiliti kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian: (i) Liabiliti LLA - - 5,644,769 5,664,769 (ii) Derivatif - Kontrak hadapan tukaran asing - 127 - 127 - Kontrak hadapan komoditi 1,541 - - 1,541 Jumlah liabiliti 1,541 127 5,664,769 5,666,437 Tiada pindahan antara tahap 1 dan 2 berlaku sepanjang tahun ini. (i) Instrumen kewangan dalam Tahap 1 Nilai saksama instrumen kewangan yang diniagakan di pasaran aktif adalah berasaskan kepada sebut harga pada tarikh penyata kedudukan kewangan. Harga pasaran disebut harga yang digunakan bagi aset-aset kewangan yang dipegang oleh Kumpulan ialah pada harga tawaran semasa. Instrumen ini dirangkumkan ke dalam Tahap 1. Instrumen Tahap 1 sebahagian besarnya meliputi pelaburan ekuiti disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad atau saham tukaran asing, diklasifikasikan sebagai sekuriti perdagangan atau tersedia untuk dijual dan derivatif komoditi disebut harga di Bursa Derivatif Malaysia (“MDEX”) bagi minyak sawit dan di komoditi tukaran asing. (ii) Instrumen kewangan dalam Tahap 2 Nilai saksama instrumen kewangan yang tidak diniagakan di pasaran aktif ditentukan dengan menggunakan teknik penilaian. Teknik penilaian ini memaksimumkan penggunaan data pasaran yang boleh diperhatikan di mana ia boleh didapati dan bergantung sekecil mungkin kepada anggaran entiti-entiti tertentu. Jika semua input penting yang diperlukan untuk mencapai nilai saksama sesebuah instrumen kewangan boleh diperhatikan, instrumen tersebut dirangkumkan ke dalam Tahap 2. Instrumen yang dimasukkan ke dalam Tahap 2 meliputi kontrak hadapan bursa asing. Jika satu atau lebih input penting adalah tidak berdasarkan kepada data pasaran boleh diperhatikan, instrumen tersebut dirangkumkan ke dalam Tahap 3.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=