FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 353 4 PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (a) Dasar-dasar pengurusan risiko kewangan Kumpulan terdedah kepada risiko pasaran (termasuk risiko matawang asing, risiko harga ekuiti, risiko harga komoditi dan risiko kadar biaya), risiko kredit dan risiko kecairan yang timbul daripada aktiviti perniagaan. Keseluruhan strategi pengurusan risiko Kumpulan bermatlamat mengurangkan kesan buruk daripada ketidaktentuan pasaran kewangan ke atas prestasi kewangan Kumpulan. Kumpulan menggunakan instrumen kewangan derivatif untuk melindungi nilai risiko pendedahan komersil sedemikian. Instrumen kewangan derivatif tersebut biasanya tidak dipegang untuk tujuan perdagangan atau tujuan spekulatif. Lembaga Pengarah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengawasi pengurusan risiko kewangan termasuk mengenal pasti risiko, mengendali operasi atau merangka strategi untuk menangani risiko dan menyediakan pelan tindakan selanjutnya untuk menguruskan semua risiko ini. Pengurusan pula bertanggungjawab untuk mengenal pasti, memantau dan mengurus pendedahan risiko Kumpulan. Risiko pasaran (i) Risiko matawang asing Kumpulan beroperasi di peringkat antarabangsa dan terdedah kepada risiko pertukaran matawang asing yang wujud daripada pelbagai pendedahan matawang, terutamanya dengan Dolar Amerika Syarikat (“USD”) dan Dolar Kanada (“CAD”). Risiko pertukaran matawang asing wujud daripada urusniaga komersil masa hadapan, mengiktiraf aset dan liabiliti dan pelaburan bersih dalam operasi asing tetapi mengecualikan biaya daripada syarikat usahasama dan syarikat bersekutu asing. Kumpulan menguruskan pendedahan matawang melalui kontrak hadapan matawang asing. Pengukuhan/kelemahan USD dan CAD sebanyak 10% berbanding Ringgit Malaysia (“RM”) pada tarikh penyata kedudukan kewangan akan memberi kesan kepada keuntungan selepas cukai Kumpulan sebanyak kira-kira RM16,077,000 lebih tinggi/rendah (2012:RM17,076,000 lebih tinggi/lebih rendah), terutamanya disebabkan oleh keuntungan/kerugian daripada perdagangan belum terima dan belum bayar dalam matawang asing, aset-aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian dan keuntungan/kerugian tukaran asing berkaitan terjemahan pinjaman yang disebut dalammatawang asing. Analisis ini mengandaikan bahawa semua pembolehubah lain kekal tidak berubah. (ii) Risiko harga Risiko harga adalah risiko nilai saksama atau aliran tunai masa hadapan instrumen kewangan Kumpulan yang akan mengalami turun naik akibat perubahan pada harga pasaran (selain daripada kadar biaya atau pertukaran matawang asing). Risiko harga ekuiti Kumpulan terdedah kepada risiko harga ekuiti yang wujud daripada pelaburannya dalam instrumen ekuiti disebut harga dan tidak disebut harga. Pelaburan ekuiti disebut harga disenaraikan di Bursa Malaysia dan bursa saham asing serta diklasifikasikan sebagai aset kewangan tersedia untuk dijual atau aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian berasaskan kepada tujuan pelaburan ekuiti disebut harga tersebut diambilalih. Pelaburan tidak disebut harga pula dinilai menggunakan kaedah perbandingan Pendapatan Harga (“PE”)/Harga berbanding Buku( “PB”) dan diklasifikasikan sebagai aset kewangan tersedia untuk dijual. Analisis sensitiviti berkaitan risiko harga ekuiti adalah seperti berikut: Kumpulan 2013 Kesan kepada Kesan keuntungan kepada Aset kewangan Faktor sensitiviti selepas cukai ekuiti RM’000 RM’000 Tersedia untuk: - dijual - tidak disebut harga Perbandingan PE berbilang dan PB varian berbilang sebanyak - 9,014 - disebut harga Varian harga saham sebanyak 5% - 205 Nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian - disebut harga Varian harga saham sebanyak 5% 680 - Jumlah kesan 680 9,219 Tiada kesan perbandingan bagi tahun 2012.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=