FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 352 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (Samb.) Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun pembentangan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (Samb.) (ad) Aset bukan semasa (atau kumpulan pelupusan) dipegang untuk dijual (Samb.) Keputusan daripada operasi yang layak sebagai operasi diberhentikan dibentangkan secara berasingan sebagai jumlah tunggal dalam penyata pendapatan. Keputusan daripada operasi yang layak sebagai operasi diberhentikan pada tarikh kunci kira-kira bagi tempoh terkini yang dibentangkan, yang telah dibentangkan sebelumnya sebagai keputusan operasi berterusan, dibentangkan semula sebagai keputusan daripada operasi diberhentikan bagi semua tempoh yang dibentangkan. Dalam keadaan bagi pengkelasan aset bukan semasa dan kumpulan pelupusan sebagai dipegang untuk dijual tidak lagi dipenuhi, pengkelasan sebagai dipegang untuk dijual tamat. Sehubungan itu, keputusan operasi, yang sebelumnya dibentangkan dalam operasi diberhentikan, dikelaskan semula dan dimasukkan dalam keputusan daripada operasi berterusan bagi semua tempoh yang dibentangkan. Aset bukan semasa tidak lagi dikelaskan sebagai dipegang untuk dijual diukur pada yang lebih rendah daripada jumlah bawa sebelum pengkelasan sebagai dipegang untuk dijual, dilaraskan bagi sebarang susut nilai, pelunasan atau penilaian semula yang mungin diiktiraf jika aset atau kumpulan pelupusan tidak dikelaskan sebagai dipegang untuk dijual, dan jumlah boleh diperoleh semula pada tarikh selepas keputusan untuk dijual dibuat. (ae) Pendapatan sesaham Kumpulan membentangkan data pendapatan sesaham asas dan dicairkan (“EPS”) untuk saham anak syarikatnya. EPS asas dikira berdasarkan kepada keuntungan selepas cukai digabungkan yang boleh diagihkan kepada pemegang saham ekuiti Syarikat dan dibahagikan dengan bilangan berwajaran saham biasa dalam terbitan. EPS dicairkan dikira berasaskan kepada keuntungan selepas cukai digabungkan boleh diagihkan kepada pemegang saham ekuiti Syarikat dan dibahagikan dengan bilangan saham biasa berwajaran dalam terbitan, mengandaikan penukaran RCPS dan RCCPS tertunggak kepada saham biasa berharga RM1 setiap satu. (af) Kontrak pembinaan Kos kontrak diiktiraf apabila ditanggung. Apabila hasil sesuatu kontrak pembinaan boleh dianggarkan dengan pasti, hasil kontrak dan kos kontrak diiktiraf sepanjang tempoh kontrak masing-masing sebagai perolehan dan perbelanjaan. Kumpulan menggunakan kaedah peratus penyiapan untuk menentukan jumlah perolehan dan kos yang sesuai untuk diiktiraf dalam tempoh tertentu. Peringkat penyiapan diukur dengan merujuk kepada nisbah kos kontrak yang ditanggung bagi kerja yang dijalankan sehingga kini berbanding anggaran jumlah kos bagi kontrak tersebut. Kos yang ditanggung pada tahun berkaitan dengan aktiviti pada masa hadapan sesuatu kontrak dikecualikan daripada kos kontrak dalam menentukan peringkat penyiapan. Ia dibentangkan sebagai inventori, prabayaran atau aset lain, bergantung kepada ciri-cirinya. Apabila hasil kontrak pembinaan tidak boleh dianggarkan dengan pasti, perolehan kontrak diiktiraf hanya setakat mana kos kontrak ditanggung yang mungkin boleh diperolehi semula, kos kontrak diiktiraf apabila ditanggung. Apabila kos kontrak berkemungkinan melebihi jumlah perolehan kontrak, kerugian yang dijangka akan diiktiraf sebagai perbelanjaan dengan segera. Variasi dalam kerja kontrak, tuntutan-tuntutan dan bayaran-bayaran insentif dimasukkan dalam perolehan kontrak setakat mana ia dipersetujui oleh pelanggan dan boleh diukur dengan pasti. Kos agregat yang ditanggung dan keuntungan/kerugian yang diiktiraf daripada setiap kontrak dibandingkan dengan pengebilan berperingkat sehingga ke akhir tempoh. Jika kos yang ditanggung dan keuntungan yang diiktiraf (tolak kerugian diiktiraf) melebihi pengebilan berperingkat, baki ditunjukkan sebagai jumlah belum terima daripada pelanggan ke atas kontrak pembinaan di bawah perdagangan belum terima. Jika pengebilan berperingkat melebihi kos yang ditanggung ditambah keuntungan diiktiraf (tolak kerugian diiktiraf), baki ditunjukkan sebagai jumlah belum terima daripada pelanggan ke atas kontrak pembinaan di bawah akaun belum bayar. (ag) Pengukuran nilai saksama Bermula 1 Januari 2013, Kumpulan telah menerima pakai FRS 13, Pengukuran Nilai Saksama yang menetapkan bahawa nilai saksama sesuatu aset atau liabiliti, kecuali bagi bayaran berasaskan saham dan urus niaga pajakan, ditentukan sebagai harga yang diterima untuk menjual aset atau dibayar bagi memindahkan liabiliti dalam urus niaga yang lancar antara peserta pasaran pada tarikh pengukuran. Pengukuran mengandaikan bahawa urus niaga untuk menjual aset atau memindahkan liabiliti berlaku samada di pasaran utama atau sekiranya tiada pasaran utama, dalam pasaran yang paling memberi kelebihan. Bagi aset bukan kewangan, pengukuran nilai saksama mengambil kira kemampuan peserta pasaran untuk menjana manfaat ekonomi dengan menggunakan aset dalam kegunaan tertinggi dan terbaik atau dengan menjualnya kepada peserta pasaran yang lain yang mungkin akan menggunakan aset tersebut untuk kegunaan yang terbaik. Menurut peruntukan peralihan FRS 13, Kumpulan telahmenggunakan garis panduan pengukuran nilai saksama baharu secara prospektif, dan tidak menyediakan sebarang perbandingan maklumat nilai saksama bagi pendedahan baharu. Penggunaan FRS 13 tidak memberi kesan ketara kepada pengukuran aset atau liabiliti Kumpulan selain daripada pendedahan tambahan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=