FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 351 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (Samb.) Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun pembentangan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (Samb.) (ab) Kontrak jaminan kewangan Kontrak jaminan kewanan yang memerlukan Kumpulan membuat bayaran tertentu bagi membayar semula pemegang atas kerugian yang ditanggungnya kerana kegagalan penghutang tertentu untuk membuat bayaran mengikut masa, menurut terma-terma instrumen hutang. Kontrak jaminan kewangan diiktiraf sebagai liabiliti kewangan pada masa jaminan dikeluarkan. Liabiliti pada mulanya diukur pada nilai saksama dan seterusnya pada jumlah yang lebih tinggi antara yang ditentukan menurut FRS 137 “Peruntukan, Liabiliti Luar Jangka Dan Aset Luar Jangka” dan jumlah yang diiktiraf pada permulaan ditolak pelunasan terkumpul, mengikut kesesuaian. Nilai saksama jaminan kewangan ditentukan sebagai nilai semasa perbezaan dalam aliran tunai bersih antara bayaran berkontrak di bawah instrument hutang dan bayaran yang diperlukan tanpa jaminan, atau jumlah anggaran yang perlu dibayar kepada pihak ketiga bagi menanggung tanggungan tersebut. Jika kontrak jaminan kewangan berhubung dengan pinjaman dan akaun belum bayar diberi kepada anak-anak syarikat, syarikat usahasama dan bersekutu oleh Syarikat tanpa sebarang pampasan, nilai saksamanya diambil kira sebagai sumbangan modal dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada kos pelaburan dalam anak syarikat, syarikat usahasama dan bersekutu. (ac) Peruntukan Peruntukan diiktiraf apabila: • Kumpulan mempunyai perundangan semasa atau tanggungan konstruktif hasil peristiwa masa lalu; • terdapat kemungkinan Kumpulan aliran keluar sumber diperlukan untuk menjelaskan tanggungan tersebut; dan • satu anggaran yang pasti berhubung jumlahnya boleh dibuat. Apabila berkemungkinan, kos-kos tersebut melebihi jumlah perolehan kontrak, peruntukan bagi kontrak yang membebankan diiktiraf. Apabila Kumpulan menjangkakan peruntukan akan dibayar semula (contohnya, di bawah kontrak insurans), bayaran balik tersebut diiktiraf sebagai aset berasingan tetapi hanya apabila bayaran balik tersebut dapat dipastikan. Peruntukan tidak diiktiraf bagi kerugian operasi masa depan. Apabila terdapat beberapa tanggungan yang serupa, kemungkinan aliran keluar diperlukan untuk penyelesaian ditentukan dengan mempertimbangkan kelas tanggungan tersebut secara keseluruhannya. Satu peruntukan diiktiraf walaupun kemungkinan aliran keluar berhubung dengan salah satu daripada perkara yang dimasukkan dalam kelas tanggungan yang sama adalah kecil. Peruntukan diukur pada nilai semasa perbelanjaan yang dijangka diperlukan untuk menjelaskan tanggungan menggunakan kadar sebelum cukai yang menggambarkan penilaian pasaran semasa bagi nilai masa wang dan risiko-risiko khusus berkaitan tanggungan tersebut. Peningkatan dalam peruntukan disebabkan oleh peredaran masa diiktiraf sebagai kos kewangan. (ad) Aset bukan semasa (atau kumpulan pelupusan) dipegang untuk dijual Aset bukan semasa dan kumpulan pelupusan (sekumpulan aset yang akan dilupuskan dalam satu urus niaga dan liabiliti yang berkaitan secara langsung dengan aset tersebut) diklasifikasikan sebagai dipegang untuk dijual jika nilai bawaannya akan diperoleh semula melalui urus niaga jualan dan bukannya melalui penggunaan berterusan. Keadaan ini dianggap dipenuhi hanya apabila jualan sangat berkemungkinan dan aset (atau kumpulan pelupusan) tersedia untuk jualan dalam keadaannya pada masa itu. Pihak pengurusan perlu komited terhadap jualan, yang dijangka dalam tempoh setahun dari tarikh pengkelasan sebagai dipegang untuk jualan. Sebaik sahaja sebelum pengklasifikasikan dipegang untuk diual aset (atau komponen kumpulan pelupusan) diukur semula menurut dasar-dasar perakaunan Kumpulan. Selepas itu, aset (atau kumpulan pelupusan) diiktiraf pada yang lebih rendah antara nilai bawaan dan nilai saksama tolak kos untuk dijual. Aset yang diklasifikasikan sebagai dipegang untuk dijual, atau termasuk dalam kumpulan pelupusan yang dikelaskan sebagai dipegang untuk dijual, tidak disusut nilai. Kerugian rosot nilai daripada pengkelasan permulaan sebagai dipegang untuk dijual dan keuntungan atau kerugian berikutnya daripada pengukuran semula dimasukkan ke dalam penyata pendapatan. Keuntungan tidak diiktiraf melebihi sebarang kerugian rosot nilai terkumpul. Operasi yang diberhentikan adalah komponen perniagaan Kumpulan yang mewakili jenis perniagaan utama atau kawasan operasi geografi yang berasingan atau sebuah anak syarikat yang diambil alih dengan hasrat untuk dijual semula. Pengklasifikasikan sebagai operasi diberhentikan dibuat apabila berlaku pelupusan atau apabila operasi memenuhi kriteria sebagai dipegang untuk dijual, yang mana lebih awal. Kumpulan pelupusan yang akan ditinggalkan juga layak.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=