FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 350 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (Samb.) Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun pembentangan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (Samb.) (x) Manfaat kakitangan (Samb.) (iii) Pelan manfaat bertakrif Pelan manfaat bertakrif adalah pelan persaraan yang mentakrif suatu jumlah manfaat persaraan perlu dibayar, lazimnya sebagai fungsi satu atau lebih faktor seperti usia, tahun perkhidmatan atau pampasan. Beberapa syarikat dalam Kumpulan mengendalikan pelan persaraan manfaat tertakrif yang tidak dibiayai. Di bawah pelan tersebut, manfaat persaraan boleh ditentukan dengan merujuk kepada pendapatan kakitangan, jawatan dan tempoh perkhidmatan dan dibayar apabila mencapai umur lazim persaraan. Liabiliti berhubung dengan pelanmanfaat tertakrif adalah nilai semasa tanggunganmanfaat bertakrif pada tarikh penyata kedudukan kewangan tolak nilai saksama aset pelan, berserta dengan pelarasan bagi keuntungan/kerugian aktuari dan kos perkhidmatanmasa lampau yang tidak diiktiraf. Kumpulan menentukan nilai semasa tanggungan manfaat tertakrif dengan kecekapan yang mencukupi supaya jumlah yang diiktiraf dalam penyata kewangan tidak jauh berbeza daripada jumlah yang akan ditentukan pada tarikh penyata kedudukan kewangan. Tanggungan manfaat tertakrif, dikira menggunakan kaedah kredit unit unjuran, yang ditentukan oleh aktuari bebas, dengan mengambilkira anggaran aliran tunai masa hadapan menggunakan hasil pasaran pada tarikh penyata kedudukan kewangan bagi sekuriti kerajaan yang denominasi dalammatawang yang mana manfaat akan dibayar dan mempunyai tempoh kematangan hampir sama dengan tempoh yang berkaitan dengan obligasi pencen. Keuntungan dan kerugian aktuari yang timbul daripada pelarasan pengalaman dan perubahan dalam andaian aktuari dicaj atau dikreditkan kepada ekuiti dalam lain-lain pendapatan komprehensif pada tempoh ia timbul. Kos perkhidmatan semasa, kos perkhidmatan lampau dan kos biaya diiktiraf dengan segera dalam keuntungan atau kerugian. (iv) Manfaat pemberhentian kerja Kumpulan membayar manfaat pemberhentian kerja dalam hal pemberhentian perkhidmatan yang berkaitan dengan rangka kerja penyusunan semula. Manfaat pemberhentian kerja diiktiraf sebagai liabiliti dan perbelanjaan apabila Kumpulan mempunyai pelan rasmi yang terperinci bagi pemberhentian kerja tersebut dan ia tidak mempunyai kemungkinan realisitik untuk menarik balik. (y) Liabiliti luar jangka Kumpulan tidak mengiktiraf liabiliti luar jangka tetapi mendedahkan kewujudannya dalam penyata kewangan. Liabiliti luar jangka adalah kemungkinan tanggungan yang timbul daripada peristiwa masa lampau yang mana kewujudan peristiwa disahkan boleh berlaku atau tidak berlakunya satu atau lebih daripada kejadian masa depan yang di luar kawalan Kumpulan atau tanggungan semasa yang tidak diiktiraf kerana aliran keluar sumber tidak mungkin akan diperlukan bagi menjelaskan obligasi tersebut. Liabiliti luar jangka juga timbul dalam keadaan yang jarang berlaku di mana terdapat liabiliti yang tidak boleh diiktiraf kerana ia tidak boleh diukur dengan pasti. Walau bagaimanapun, liabiliti luar jangka tidak meliputi kontrak jaminan kewangan. (z) Instrumen ekuiti Saham biasa dan saham istimewa diklasifikasi sebagai ekuiti. Saham-saham lain diklasifikasi sebagai ekuiti dan/atau liabiliti mengikut intipati ekonomi instrument tertentu. Kos urus niaga bagi urus niaga ekuiti diambil kira sebagai pengurangan daripada ekuiti, bersih cukai. Kos urus niaga ekuiti terdiri daripada kenaikan kos luaran tambahan yang berkaitan secara langsung dengan urus niaga ekuiti yang sebaliknya mungkin boleh dielakkan. (aa) Laporan segmen Maklumat segmen dibentangkan dalam bentuk yang konsisten dengan laporan dalaman yang disediakan kepada ketua pegawai pembuat keputusan operasi. Ketua pegawai pembuat keputusan operasi yang bertanggungjawab bagi memperuntukkan sumber dan menilai prestasi segmen operasi, telah dikenal pasti sebagai Jawatankuasa Eksekutif.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=