FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 349 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (Samb.) Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun pembentangan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (Samb.) (w) Pajakan (Samb.) (ii) Pajakan operasi – Kumpulan sebagai pemajak Bayaran pajakan operasi diiktiraf sebagai perbelanjaan mengikut asas garis lurus sepanjang tempoh pajakan berkaitan. Manfaat agregat insentif yang disediakan oleh pemberi pajakan diiktiraf sebagai pengurangan perbelanjaan sewa sepanjang tempoh pajakan mengikut asas garis lurus. Apabila pajakan operasi ditamatkan sebelum tempoh pajakan berakhir, sebarang bayaran yang perlu dibuat kepada pemberi pajakan melalui penalti diiktiraf sebagai perbelanjaan pada tempoh penamatan tersebut berlaku. Kos langsung permulaan yang ditanggung oleh Syarikat dalammerunding danmengatur pajakan operasi diiktiraf dalamkeuntungan dan kerugian apabila berlaku. Bayaran bagi hak untuk menggunakan tanah dan bangunan sepanjang tempoh yang telah ditetapkan dikelaskan sebagai pra bayaran bagi bayaran pajakan dan dinyatakan pada kos tolak pelunasan terkumpul dan kerugian rosot nilai terkumpul. Pra bayaran kepada bayaran pajakan dilunaskan mengikut garis lurus sepanjang tempoh 49 tahun. (iii) Pajakan operasi – Kumpulan sebagai pemberi pajakan Aset yang dipajakkan di bawah pajakan operasi dibentangkan dalam penyata kedudukan kewangan menurut ciri-ciri aset. Pendapatan sewa daripada pajakan operasi diiktiraf mengikut asas garis lurus sepanjang tempoh pajakan berkenaan (Nota 3(t)(vii)). Kos langsung permulaan yang ditanggung untuk merunding dan mengatur pajakan operasi ditambah kepada jumlah bawa aset dipajak dan diiktiraf mengikut asas garis lurus sepanjang tempoh pajakan. (iv) Pajakan kewangan – Kumpulan sebagai pemajak Pajakan hartanah, loji dan peralatan di mana Kumpulan memegang sebahagian besar semua risiko dan ganjaran pemilikan dikelaskan sebagai pajakan kewangan. Pajakan kewangan dipermodalkan pada permulaan pajakan antara nilai saksama hartanah yang dipajak dan nilai semasa bayaran pajakan minimum yang lebih rendah. Setiap bayaran pajakan diperuntukkan antara liabiliti dan caj kewangan untuk mencapai kadar faedah yang tetap daripada baki liabiliti yang selebihnya. Obligasi sewaan berkaitan, selepas ditolak caj kewangan, dimasukkan dalam akaun akan dibayar jangka panjang. Elemen biaya kos kewangan dicaj kepada keuntungan atau kerugian sepanjang tempoh pajakan untuk menghasilkan kadar berkala yang tetap bagi baki liabiliti untuk setiap tempoh. Hartanah, loji dan peralatan yang diambil alih di bawah pajakan kewangan disusut nilai mengikut tempoh yang lebih pendek antara hayat berguna aset dan tempoh pajakan. Kos langsung permulaan yang ditanggung oleh Kumpulan dalammerunding danmengatur pajakan kewangan ditambah kepada nilai bawaan aset yang dipajak dan diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam keuntungan atau kerugian sepanjang tempoh pajakan mengikut asas yang sama dengan perbelanjaan pajakan. (x) Manfaat kakitangan (i) Manfaat kakitangan jangka pendek Upah, gaji, bonus dan caruman keselamatan sosial diiktiraf sebagai perbelanjaan pada tahun di mana perkhidmatan berkaitan diberi oleh kakitangan. Ketidakhadiran berbayar terkumpul jangka pendek seperti cuti tahunan berbayar diiktiraf apabila perkhidmatan diberi oleh kakitangan yang meningkatkan kelayakan mereka untuk mendapat ketidakhadiran berbayar pada masa depan. Ketidakhadiran berbayar tidak terkumpul jangka pendek seperti cuti sakit diiktiraf apabila ketidakhadiran tersebut berlaku. (ii) Pelan caruman bertakrif Pelan caruman bertakrif adalah pelan manfaat selepas perkhidmatan yang mana Kumpulan membayar caruman tetap kepada entiti-entiti atau tabung yang berasingan dan tidak mempunyai obligasi perundangan atau konstruktif untuk membayar caruman selanjutnya jika mana-mana tabung tersebut tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk membayar semua manfaat kakitangan berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan pada tahun kewangan semasa dan terdahulu. Caruman ini diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam keuntungan atau kerugian apabila ia ditanggung.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=