FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 348 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (Samb.) Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun pembentangan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (Samb.) (t) Pengiktirafan perolehan (Samb.) Kriteria pengiktirafan khusus berikut perlu dipenuhi sebelum perolehan diiktiraf: (Samb.) (iii) Subsidi daripada Kerajaan
Subsidi yang diterima daripada Kerajaan Malaysia bagi produk-produk tertentu yang dijual adalah berkaitan dengan perbezaan di antara anggaran harga pasaran dan harga kawalan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk jualan produk tersebut di pasaran domestik terhad kepada jumlah yang dipersetujui oleh Kerajaan secara tahunan. Subsidi ini dikreditkan kepada keuntungan atau kerugian dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada perolehan dalam tempoh perakaunan di mana jualan barangan tersebut diiktiraf. (iv) Perolehan daripada penyediaan perkhidmatan Perolehan daripada penyediaan perkhidmatan termasuk yuran pengurusan dan urus janji pengetolan, diiktiraf apabila perkhidmatan berkaitan dijalankan, dengan merujuk kepada penyiapan perkhidmatan tertentu. (v) Pendapatan keuntungan Pendapatan keuntungan diiktiraf menggunakan kaedah keuntungan efektif. Apabila pinjaman atau bayaran belum terima merosot, Kumpulan mengurangkan nilai bawaan kepada jumlah boleh dikutip semula, yang merupakan anggaran aliran tunai masa hadapan yang didiskaunkan pada kadar keuntungan efektif instrumen berkenaan dan terus mengurangkan diskaun tersebut sebagai pendapatan keuntungan. Pendapatan keuntungan ke atas pinjaman merosot dan bayaran belum terima diiktiraf menggunakan kadar keuntungan elektif asal. (vi) Pendapatan sewa Pendapatan sewa berkaitan dengan penyewaan hartanah dan loji diiktiraf bagi tempoh penyewaan atau penggunaan, mengikut kesesuaian. (vii) Pendapatan dividen Pendapatan dividen diiktiraf apabila hak untuk menerima wujud. Ini diguna pakai apabila ia dibayar daripada keuntungan pra- pengambilalihan. Walau bagaimanapun, pelaburan mungkin perlu diuji bagi kemerosotan nilai. (viii) Pampasan belum terima Pampasan belum terima adalah anggaran berasaskan kepada kawasan yang dituntut oleh FELDA, diiktiraf pada yang mana lebih awal di antara tempoh notis kontrak atau tarikh pengambilalihan oleh FELDA. (u) Pengagihan dividen Dividen pada saham biasa diiktiraf sebagai liabiliti apabila dicadangkan atau diisytiharkan sebelum tarikh penyata kedudukan kewangan. Dividen yang dicadangkan atau diisytiharkan selepas tarikh penyata kedudukan kewangan, tetapi sebelum penyata kewangan di tandatangani untuk dikeluarkan, tidak diiktiraf sebagai liabiliti pada tarikh penyata kedudukan kewangan. (v) Tunai dan kesetaraan tunai Tunai dan kesetaraan tunai meliputi tunai dalam tangan, deposit panggilan dengan bank, pelaburan jangka pendek berkecairan tinggi lain dengan kematangan asal tiga bulan atau kurang, dan overdraf bank. Overdraf bank dibentangkan dalam pinjaman dalam liabiliti semasa pada penyata kedudukan kewangan. (w) Pajakan (i) Klasifikasi Pajakan diiktiraf sebagai pajakan kewangan jika ia memindahkan sebahagian besar kepada Kumpulan semua risiko dan ganjaran yang berkaitan dengan pemilikan. Pajakan tanah dan bangunan diklasifikasikan sebagai pajakan operasi dan pajakan kewangan sama seperti pajakan aset lain dan elemen tanah dan bangunan pajakan dianggap berasingan bagi tujuan klasifikasi pajakan. Semua pajakan yang tidak dipindahkan kesemua risiko dan ganjaran diklasifikasikan sebagai pajakan operasi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=