FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 347 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (Samb.) Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun pembentangan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (Samb.) (r) Matawang asing (Samb.) Perbezaan pertukaran aset-aset dan liabiliti-liabiliti bukan kewangan seperti ekuiti yang dipegang pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian sebagai sebahagian keuntungan atau kerugian nilai saksama. Perbezaan pertukaran aset kewangan bukan kewangan, seperti ekuiti dikelaskan sebagai tersedia untuk dijual, dimasukkan dalam pendapatan komprehensif lain. Syarikat-syarikat kumpulan Keputusan dan kedudukan kewangan entiti-entiti dalam Kumpulan (yang mana tiada diantaranya memiliki matawang ekonomi hiper- inflasi) yang mempunyai matawang fungsi entiti yang berbeza daripada matawang pembentangan ditukarkan kepada matawang pembentangan seperti berikut: (i) Aset dan liabiliti bagi setiap penyata kedudukan kewangan yang dibentangkan ditukarkan pada kadar penutup pada tarikh penyata kedudukan kewangan; (ii) Pendapatan dan perbelanjaan bagi setiap penyata pendapatan komprehensif ditukar pada kadar purata (kecuali jika purata ini bukan merupakan anggaran yang munasabah daripada kesan terkumpul kadar yang lazim pada tarikh urus niaga, di mana pendapatan dan perbelanjaan ditukar pada tarikh urus niaga); dan (iii) Semua perbezaan pertukaran yang terhasil dalam rizab pertukaran asing sebagai komponen ekuiti yang berasingan. Pelarasan muhibah dan nilai saksama yang timbul daripada pengambilalihan entiti asing dianggap sebagai aset dan liabiliti entiti asing dan ditukar pada kadar penutup. Perbezaan pertukaran yang timbul diiktiraf dalam pendapatan komprehensif lain. Semasa penyatuan, perbezaan pertukaran yang timbul daripada pertukaran pelaburan bersih dalam entiti asing dan pendahuluan jangka panjang dibawa kepada rizab pertukaran asing, dalam ekuiti. Apabila operasi asing dijual, perbezaan pertukaran tersebut diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian sebagai sebahagian daripada keuntungan atau kerugian pelupusan. (s) Geran-geran kerajaan Geran-geran daripada kerajaan diiktiraf pada nilai saksama di mana terdapat jaminan munasabah bahawa geran tersebut akan diterima dan Kumpulan akan mematuhi semua syarat-syarat berkaitan. Geran-geran kerajaan berkaitan dengan kos diiktiraf dalam untung atau rugi sepanjang tempoh supaya berpadanan dengan kos berkaitan di mana geran tersebut ingin diberi pampasan. Geran-geran kerajaan berkaitan dengan pembelian aset dibentangkan sebagai pengurangan nilai bawa aset berkaitan. Geran-geran kerajaan diiktiraf dalam untung rugi bagi tempoh hayat hartanah, loji dan peralatan berkaitan sebagai perbelanjaan susut nilai yang dikurangkan. (t) Pengiktirafan perolehan Perolehan meliputi nilai saksama pertimbangan yang diterima atau akan diterima daripada jualan barangan dan perkhidmatan dalam urusan lazim kegiatan Kumpulan. Perolehan dibentangkan selepas ditolak cukai barangan dan perkhidmatan, pulangan, rebat dan diskaun dan selepas menghapuskan jualan di dalam Kumpulan. Hasil diiktiraf apabila terdapat kemungkinan bahawamanfaat ekonomi yang berkaitan dengan urus niaga akanmengalir kepada Kumpulan dan jumlah hasil boleh diukur dengan pasti. Kriteria pengiktirafan khusus berikut juga perlu dipenuhi sebelum hasil diiktiraf: (i) Hasil daripada jualan buah tandan segar (“BTS”), minyak sawit mentah (“MSM”), biodiesel, isirung sawit (“IS”) dan getah beku. Hasil biasanya diiktiraf semasa penghantaran barangan, apabila sebahagian besar risiko dan ganjaran daripada pemilikian barangan dipindahkan kepada pembeli. (ii) Hasil daripada pengeluaran dan pengedaran asid lelemak, minyak sayuran, makanan protin, gula halus dan gula merah. Hasil biasanya diiktiraf semasa penghantaran barangan, apabila risiko dan ganjaran pemilikan barangan dipindahkan kepada pembeli.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=