FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 346 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (Samb.) Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun pembentangan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (Samb.) (p) Zakat Kumpulan mengiktiraf obligasinya terhadap pembayaran zakat perniagaan. Zakat bagi tempoh semasa diiktiraf apabila Kumpulan mempunyai obligasi zakat hasil penaksiran zakat. Jumlah perbelanjaan zakat akan ditaksir apabila sebuah syarikat dalam Kumpulan yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan, iaitu tempoh yang dikenali sebagai “haul” “(tempoh layak)” Kadar zakat yang berkuatkuasa atau sebahagian besarnya berkuatkuasa pada tarikh penyata kedudukan kewangan digunakan untuk menentukan perbelanjaan zakat. Kadar zakat perniagaan, ditentukan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bagi 2013 adalah 2.5% daripada asas zakat entiti yang berkenaan. Asas zakat Kumpulan ditentu berasaskan kepada keuntungan selepas cukai syarikat-syarikat yang layak dalam Kumpulan selepas menolak pendapatan dividen dan pendapatan serta perbelanjaan bukan operasi tertentu. Zakat daripada perniagaan dikira dengan mendarabkan kadar zakat dengan asas zakat. Jumlah zakat yang ditaksir diiktiraf sebagai perbelanjaan pada tahun kewangan ia ditanggung. (q) Cukai pendapatan semasa dan tertunda Perbelanjaan cukai bagi tahun ini meliputi cukai semasa dan tertunda. Cukai diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian, kecuali setakat mana ia berkaitan dengan perkara yang diiktiraf dalam pendapatan komprehensif atau secara langsung dalam ekuiti. Dalam hal ini, cukai juga diiktiraf masing-masing dalam pendapatan komprehensif lain atau secara langsung dalam ekuiti. Cukai semasa dan tertunda diukur menggunakan kadar cukai yang berkuatkuasa atau sebahagian besarnya berkuatkuasa pada tarikh penyata kedudukan kewangan di negara di mana operasi anak-anak syarikat, usahasama dan syarikat bersekutu Kumpulan menjana pendapatan yang boleh dicukai. Cukai tertunda diperuntukkan bagi perbezaan sementara yang timbul antara asas cukai aset dan liabiliti dan nilai bawaan dalam penyata kewangan. Aset cukai tertunda diiktiraf setakat mana keuntungan boleh dicukai masa hadapan mungkin tersedia daripada perbezaan sementara yang boleh dikurangkan dan kerugian cukai belum digunakan boleh digunakan. Cukai tertunda tidak diambil kira jika ia timbul daripada pengiktirafan permulaan aset atau liabiliti dalam urus niaga selain daripada gabungan perniagaan yang mana pada masa urus niaga tidak memberi kesan sama ada kepada perakaunan mahupun keuntungan atau kerugian perakaunan atau yang boleh dicukai. Cukai pendapatan tertunda diperuntukkan atas perbezaan sementara yang timbul daripada pelaburan dalam anak-anak syarikat, usahasama dan syarikat bersekutu, kecuali bagi liabiliti cukai pendapatan tertunda di mana faktor masa pembalikan perbezaan sementara dikawal oleh Kumpulan dan berkemungkinan bahawa perbezaan sementara tidak akan berbalik dalammasa depan yang boleh diramalkan. Aset dan liabiliti cukai pendapatan dan tertunda dikurangkan apabila terdapat hak sah untuk mengurangkan aset cukai semasa daripada liabiliti cukai semasa dan apabila aset dan liabiliti cukai pendapatan tertunda berkaitan dengan cukai dilevi oleh pihak berkuasa cukai yang sama ke atas sama ada entiti yang boleh dicukai atau entiti boleh dicukai yang berbeza di mana terdapat hasrat untuk menjelaskan baki pada asas bersih. Manfaat cukai yang timbul daripada elaun pelaburan semula dan elaun cukai pelaburan diiktiraf apabila kredit cukai digunakan. (r) Matawang asing Matawang fungsi dan pembentangan Perkara yang diliputi dalam penyata kewangan bagi setiap entiti Kumpulan diukur menggunakan matawang persekitaran ekonomi utama di mana entiti beroperasi (“matawang fungsian”). Penyata kewangan dibentangkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang merupakan matawang fungsian dan pembentangan Syarikat dan matawang pembentangan Kumpulan. Urus niaga dan baki Urus niaga matawang asing diterjemahkan kepada matawang fungsi menggunakan kadar pertukaran yang berkuatkuasa pada tarikh urus niaga atau penilaian di mana perkara diukur semula. Keuntungan dan kerugian pertukaran asing yang terhasil daripada penjelasan urus niaga sedemikian dan daripada urus niaga pada kadar pertukaran akhir tahun aset dan liabiliti kewangan denominasi dalam matawang asing diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian, kecuali apabila tertunda dalam ekuiti sebagai pelindung nilai aliran tunai berkelayakan dan pelindung nilai pelaburan bersih berkelayakan. Keuntungan dan kerugian tukaran asing yang berkaitan dengan pinjaman dan tunai dan bersamaan tunai dibentangkan dalam keuntungan atau kerugian. Perubahan dalam nilai saksama sekuriti kewangan dalam matawang asing dikelaskan sebagai tersedia untuk dijual dianalisis antara perbezaan pertukaran yang terhasil daripada perubahan dalam kos sekuriti yang dilunaskan dan perubahan lain dalam nilai bawaan sekuriti berkenaan. Perbezaan pertukaran berkaitan dengan perubahan dalam kos dilunaskan diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dan perubahan lain dalam jumlah bawa diiktiraf dalam ekuiti.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=