FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 345 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (Samb.) Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun pembentangan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (Samb.) (m) Aset biologi (Samb.) Haiwan ternakan (i) Lembu Lembu dipelihara untuk tujuan meragut rumput, yang mana tidak ada pengurusan ke atas transformasi aset biologi tersebut. Lembu yang dibeli pada mulanya direkodkan pada nilai kos. Lembu dinyatakan pada kos tolak kerugian susut nilai dan rosot nilai terkumpul. Kos bagi perkara berkaitan lembu pada mulanya diiktiraf meliputi harga pembeliannya dan sebarang kos yang berkaitan secara langsung untuk membawa lembu tersebut ke lokasi dan keadaan yang perlu untuk membolehkannya beroperasi seperti yang dikehendaki oleh pihak pengurusan. Kos turut meliputi kos pinjaman yang berkaitan secara langsung dengan pengambilalihan atau pengeluaran aset yang layak. Anak lembu baru lahir dinyatakan pada kos standard berasaskan kepada nilai pasaran lembu berusia di bawah 3 bulan pada tarikh penilaian. Lembu disusut nilai mengikut asas garis lurus untuk menghapus kira kos sepanjang jangkaan hayat bergunanya selama 5 tahun. (ii) Anjing Anjing dibiak dan dilatih untuk tujuan kawalan keselamatan. Semua kos langsung bagi anjing dikumpul sehingga ia matang. Selepas itu, kos yang telah dipermodalkan dilunaskan mengikut asas garis lurus sepanjang jangkaan tempoh hayat produktif bergunanya. Tempoh kematangan anggaran bagi anjing adalah 2 tahun, denganmenyelesaikan semua latihan yang diperlukan danmenggunakan 8 tahun sebagai tempoh pelunasan. Jika ada petunjuk rosot nilai, jumlah bawa aset biologi ditaksir dan diturunkan nilainya kepada jumlah yang boleh diperoleh semula dengan segera. Lihat dasar-dasar perakaunan penting Nota 3(o) mengenai rosot nilai aset bukan kewangan. Tebu Tebu meliputi kos pembangunan penanaman baharu yang diambil kira di bawah kaedah penyelenggaraan modal. Di bawah kaedah ini, kos pembangunan tanaman baharu yang ditanggung (contohnya pembersihan tanah, penanaman dan penjagaan pokok) sehingga kematangannya dipermodalkan dan tidak dilunaskan dan ditunjukkan sebagai kos sejarah tolak kerugian rosot nilai terkumpul. Walau bagaimanapun, kos yang dipermodalkan akan dilunaskan kepada penyata pendapatan komprehensif mengikut asas garis lurus atas baki tempoh pajakan jika tebu ditanam di atas tanah pegangan pajakan dan baki tempoh pajakan adalah lebih pendek daripada hayat ekonomi berguna tebu tersebut. Jika ada petunjuk rosot nilai, nilai bawaan aset biologi ditaksir dan diturunkan nilainya dengan segera kepada jumlah yang boleh diperoleh semula. Lihat dasar-dasar perakaunan penting Nota 3(o) mengenai rosot nilai aset bukan kewangan. (n) Inventori Inventori yang meliputi komoditi berdasarkan produk dan derivatif yang berkaitan dengannya dinyatakan pada yang lebih rendah antara kos dan nilai bersih boleh di realisasi. Kos ditentukan mengikut asas purata berwajaran dan masuk dahulu keluar dahulu. Kos bahan mentah meliputi kos langsung pembelian. Kos barangan siap dan kerja dalam pelaksanaan meliputi kos bahan mentah, buruh langsung, kos langsung lain dan bahagian overhed perkilangan yang sesuai berdasarkan kapasiti operasi biasa. Ia tidak termasuk kos pinjaman. Nilai boleh direalisasi bersih adalah anggaran harga jualan dalamperjalanan biasa perniagaan, ditolak kos penyiapan dan perbelanjaan jualan. (o) Rosot nilai aset bukan kewangan Aset yangmempunyai hayat berguna tidak terhad, contohnyamuhibah atau aset tidak nyata yang belum sedia untuk digunakan, tidak tertakluk kepada pelunasan dan diuji setiap tahun bagi rosot nilai, dan apabila kejadian atau keadaan berlaku menunjukkan bahawa rosot nilai mungkin wujud. Hartanah, loji dan peralatan dan aset bukan kewangan lain, termasuk aset bukan kewangan bukan semasa termasuk aset tidak nyata dengan hayat berguna terhad, disemak semula untuk rosot nilai apabila peristiwa atau perubahan keadaanmenunjukkan bahawa nilai bawaan mungkin tidak boleh diperoleh semula. Kerugian rosot nilai diiktiraf bagi jumlah nilai bawaan aset melebihi jumlah boleh diperoleh semula. Kerugian rosot nilai dicaj kepada keuntungan atau kerugian. Jumlah boleh diperoleh semula adalah nilai lebih tinggi daripada nilai saksama aset ditolak kos untuk dijual dan nilai dalam penggunaan. Bagi tujuan penaksiran rosot nilai, aset dikumpulkan pada tahap terendah di mana ia boleh dikenal pasti mengikut aliran tunai (unit penjanaan tunai). Aset yang merosot nilai, kecuali muhibah, disemak semula untuk kemungkinan pembalikan rosot nilai pada setiap tarikh laporan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=