FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 344 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (Samb.) Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun pembentangan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (Samb.) (l) Aset tidak nyata (Samb.) Ciri-ciri aset tidak nyata adalah seperti berikut: (i) Jenama adalah berkaitan dengan jenama gula ‘Prai’ yang diperolehi sebagai sebahagian daripada pengambilalihan perniagaan gula. (ii) Teknologi lengkap adalah berkaitan dengan lesen bagi sebuah anak syarikat untukmenggunakan teknologi tertentu yangmelibatkan pengeluaran lelemak haiwan. (iii) Perjanjian pajakan adalah berkaitan dengan perjanjian pajakan bagi sebuah anak syarikat untuk memajak beberapa aset kepada pelanggan, yang diperoleh sebagai sebahagian daripada gabungan perniagaan. Twin Rivers Technologies Holdings, Inc. (“TRTH”), adalah pemberi pajak bagi sebahagian daripada kemudahan kepada penyewa di bawah pajakan operasi yang tidak boleh batalkan. Hartanah ini meliputi tangki minyak semulajadi dan sistem saluran paip minyak. (iv) Hubungan pelanggan adalah berkaitan dengan kontrak untuk sebuah anak syarikat menjual produknya kepada beberapa pelanggan. (v) Nama dagangan adalah berkaitan dengan nama dagangan ‘Twin Rivers Technologies’ yang diperoleh sebagai sebahagian daripada pengambilalihan operasi perniagaan asid lelemak di Amerika Syarikat. (vi) Perisian berkaitan dengan teknologi maklumat (IT) yang digunakan dalam Kumpulan. (vii) Aset tidak nyata di dalam pembangunan berkaitan dengan sistem IT dalam pembangunan dan hak penggunaan tanah bagi ladang kelapa sawit di Kalimantan, Indonesia, yang masih tertakluk kepada kelulusan berkaitan daripada pihak berkuasa. (m) Aset biologi Ladang kelapa sawit dan getah Aset biologi adalah kos pembangunan penanaman baharu yang diambil kira di bawah kaedah penyelenggaraan modal. Di bawah kaedah ini, kos pembangunan penanaman yang ditanggung (contohnya pembersihan tanah dan penjagaan pokok) sehingga ke tempoh matang dari sifar (0) hingga tiga (3) tahun bagi kelapa sawit dan sifar (0) hingga tujuh (7) tahun bagi getah dipermodalkan dan tidak dilunaskan, ditunjukkan sebagai aset bukan semasa ditolak kerugian rosot nilai terkumpul. Aset biologi akan tertakluk kepada susut nilai yang dipercepatkan jika kewujudan kawasan tanaman telah di kenal pasti oleh para Pengarah untuk penanaman semula dengan tanaman yang berbeza, selepas menurunkan nilai bawaan kepada jumlah yang boleh diperolehi semula. Perbelanjaan penanaman semula dicaj kepada keuntungan atau kerugian pada tahun ia ditanggung. Apabila kawasan tanaman ditanam semula dengan tanaman yang berbeza, nilai bawaan aset biologi sedia ada dibelanjakan dalam keuntungan atau kerugian, dan kos pembangunan penanaman berhubung tanaman baharu itu dipermodalkan. Bagi aset biologi yang diserahkan kepada FELDA menurut peruntukan LLA, nilai bawaan kos pembangunan penanaman tidak lagi diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian, pada yang mana lebih awal antara tempoh notis kontrak atau tarikh diiambil alih oleh FELDA. Tapak semaian Kos tapak semaian meliputi kos biji benih kelapa sawit dan getah dan kos pembangunan berkaitan yang ditanggung (contohnya pembajaan dan merumput) dalammenyediakan tapak semaian. Kos tapak semaian berkaitan dengan penanaman baharu dipindahkan kepada ladang kelapa sawit dan getah apabila mencapai tahap kematangan tertentu, iaitu antara sepuluh (10) hingga dua belas (12) bulan bagi kelapa sawit dan lima (5) hingga enam (6) bulan bagi getah, sementara jenis lain (dijual semula atau ditanam semula) dicaj kepada keuntungan atau kerugian. Jika ada petunjuk rosot nilai, jumlah bawa aset biologi ditaksir dan diturunkan nilainya kepada jumlah yang boleh diperoleh semula dengan segera. Lihat dasar-dasar perakaunan penting Nota 3(o) mengenai rosot nilai aset bukan kewangan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=