FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 343 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (Samb.) Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun pembentangan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (Samb.) (k) Pelaburan Hartanah Pelaburan hartanah dipegang untuk pulangan sewa jangka panjang atau peningkatan modal atau kedua-duanya dan tidak digunakan oleh Kumpulan. Pelaburan hartanah diukur pada permulaan pada kos, termasuk kos urusniaga berkaitan dan kos pinjaman. Jika hartanah pelaburan tersebut memenuhi pentakrifan aset yang layak. Selepas pengiktirafan permulaan, pelaburan hartanah dinyatakan pada kos dan menolak sebarang susut nilai terkumpul dan kerugian rosot nilai. Tanah milikan bebas tidak disusut nilai kerana ia mempunyai hayat yang tidak terhad. Semua pelaburan hartanah disusut nilai pada kaedah garis lurus untuk menghapus kira kos setiap aset kepada nilai sisanya sepanjang anggaran hayat bergunanya seperti berikut: Hartanah pelaburan Anggaran jangka hayat berguna (tahun) Tanah pegangan pajakan 90 Bangunan 30 hingga 50 Perbelanjaan selanjutnya dipermodalkan kepada nilai bawaan aset apabila terdapat kemungkinan manfaat ekonomi masa hadapan yang berkaitan dengan perbelanjaannya akan mengalir kepada Kumpulan dan kos perkara tersebut boleh diukur dengan pasti. Semua kos pembaikan dan penyenggaraan diiktiraf sebagai belanja apabila ianya ditanggung. Apabila bahagian hartanah pelaburan digantikan, jumlah bawa bahagian yang digantikan tidak lagi diiktiraf. Pelaburan hartanah tidak diiktiraf apabila sama ada ia dilupuskan atau apabila hartanah pelaburan dikeluarkan secara kekal daripada kegunaan dan tiada manfaat ekonomi dijangka daripada pelupusannya. Keuntungan dan kerugian daripada pelupusan ditentukan dengan membandingkan kutipan pelupusan bersih dengan nilai bawaan dan dimasukkan ke dalam “lain-lain pendapatan operasi” di keuntungan atau kerugian. Pada setiap tarikh penyata kedudukan kewangan, Kumpulan menilai sama ada terdapat sebarang petunjuk rosot nilai. Jika ada petunjuk sedemikian, nilai bawaan sesuatu aset diturunkan dengan serta-merta kepada jumlah boleh diperoleh semula jika jumlah bawa aset tersebut adalah lebih tinggi daripada jumlah anggaran boleh diperoleh semula. Sila lihat dasar-dasar perakaunan penting di Nota 3(o) mengenai rosot nilai aset bukan kewangan. (l) Aset tidak nyata Aset tidak nyata yang diperoleh secara berasingan diukur pada permulaan pengiktirafan pada awal kos. Kos aset tidak ketara yang diperoleh dalam gabungan perniagaan adalah nilai saksamanya pada tarikh pengambilalihan. Berikutan pengiktirafan awal, aset tidak nyata dibawa kepada kos ditolak sebarang pelunasan terkumpul dan sebarang kerugian rosot nilai terkumpul. Hayat berguna aset tidak nyata dinilai sama ada terhad atau tidak terhad. Aset tidak nyata dengan hayat terhad dilunaskan mengikut kaedah garisan lurus sepanjang anggaran hayat berguna ekonomi dan ditaksir bagi rosot nilai apabila terdapat petunjuk bahawa aset tidak ketara tersebut mungkin mengalami rosot nilai. Jika petunjuk tersebut wujud, nilai bawaan sesuatu aset diturunkan dengan segera kepada jumlah boleh diperoleh semulanya jika jumlah bawaan aset tersebut adalah lebih besar daripada anggaran jumlah boleh diperoleh semulanya. Lihat dasar-dasar perakaunan penting Nota 3 (o) mengenai rosot nilai aset bukan kewangan. Tempoh pelunasan dan kaedah pelunasan bagi aset tidak ketara dengan hayat berguna terhad disemak semula pada sekurang-kurangnya setiap tarikh penyata kedudukan kewangan. Aset tidak nyata dengan hayat berguna tidak terhad dan aset tidak ketara di bawah pembangunan tidak dilunaskan tetapi diuji untuk rosot nilai setiap tahun atau lebih kerap, jika terdapat peristiwa atau perubahan keadaan yang menunjukkan bahawa nilai bawanya mungkin merosot sama ada secara individu atau pada peringkat unit penjanaan tunai. Hayat berguna aset tidak ketara dengan hayat tidak terhad juga disemak setiap tahun untuk menentukan sama ada taksiran hayat berguna akan berterusan. Aset tidak ketara dilunaskan mengikut asas garis lurus sepanjang anggaran hayat berguna seperti berikut: Jenama 20 tahun Teknologi lengkap 9 tahun Perjanjian pajakan 18 tahun Perhubungan pelanggan 9 tahun Nama perdagangan 5 tahun Perisian 3 - 5 tahun Pelunasan aset tidak ketara di bawah pembangunan bermula apabila aset berkenaan sedia untuk kegunaan yang dikehendaki.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=