FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 342 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (Samb.) Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun pembentangan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (Samb.) (i) Liabiliti kewangan (Samb.) Perbezaan daripada tukaran matawang asing dipermodalkan sehingga ke tahap kos pinjaman yang berkaitan yang telah dipermodalkan. Semua kos pinjaman lain diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dalam tempoh di mana ia ditanggung. Yuran dibayar bagi penubuhan kemudahan pinjaman diiktiraf sebagai kos urusniaga pinjaman tersebut sehingga ke tahap berkemungkinan sebahagian atau seluruh kemudahan tersebut akan dikeluarkan. Dalam hal ini, yuran ditunda sehingga berlakunya pengeluaran. Sehingga ke tahap tiada bukti bahawa berkemungkinan sebahagian atau seluruh kemudahan tersebut akan dikeluarkan, yuran tersebut dipermodalkan sebagai prabayar bagi perkhidmatan kecairan dan dilunaskan sepanjang tempoh kemudahan tersebut yang mana berkaitan. Sesebuah liabiliti kewangan ditarik balik pengiktirafannya apabila obligasi di bawah liabiliti tersebut dihapuskan. Apabila sesebuah liabiliti kewangan sedia ada digantikan dengan liabiliti kewangan lain daripada pemberi pinjaman yang sama berasaskan kepada syarat yang ketara berbeza atau syarat sesebuah liabiliti sedia ada diubahsuai secara ketara, perubahan atau pengubahsuaian sedemikian dianggap sebagai penarikan semula pengiktirafan daripada liabiliti asal dan pengiktirafan liabiliti baharu serta perbezaan dalam nilai bawaan masing-masing diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. (j) Hartanah, loji dan peralatan Hartanah, loji dan peralatan pada mulanya dinyatakan pada kos. Semua hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos ditolak susut nilai terkumpul dan kerugian rosot nilai. Kos bagi sebuah item hartanah, loji dan peralatan yang diiktiraf pada peringkat permulaan termasuk harga belian dan sebarang kos yang berkaitan secara langsung untuk membawa aset berkenaan ke lokasi dan keadaan yang diperlukan bagi membolehkannya ia beroperasi mengikut cara yang dikehendaki oleh pengurusan. Kos juga meliputi kos pinjaman yang berkaitan secara langsung dengan pengambilalihan, pembinaan atau pengeluaran sesebuah aset yang layak. Kos berikutnya termasuk dalam nilai bawaan aset atau diiktiraf sebagai aset berasingan,mengikut kesesuaian, hanya apabila wujud kemungkinan bahawa manfaat ekonomi masa depan berkaitan dengan item tersebut akan mengalir kepada Kumpulan dan kos tersebut boleh diukur sewajarnya. Nilai bawaan alat ganti yang diganti ditarik balik pengiktirafan. Semua pembaikan dan penyelengaraan dicaj ke keuntungan atau kerugian pada tempoh kewangan di mana ia ditanggung. Alat ganti, peralatan siap sedia dan peralatan servis berbanding inventori apabila ia dijangka akan digunakan dalam lebih dari satu tempoh. Tanah pegangan bebas tidak disusut nilai kerana ia mempunyai jangka hayat tidak terhad. Alat ganti atau peralatan servis diiktiraf sebagai hartanah, loji dan peralatan akan disusut nilai sepanjang tempoh yang tidak melepasi jangka hayat berguna aset tersebut. Semua hartanah, loji dan peralatan disusut nilai berasaskan garis lurus bagi menghapus kira kos setiap aset hingga ke nilai sisa masing-masing sepanjang anggaran jangka hayat berguna adalah seperti berikut: Hartanah, loji dan peralatan Angggaran jangka hayat berguna (tahun) Tanah pegangan pajakan 50 hingga 933 Bangunan, struktur dan ubahsuai 3 hingga 58 Loji dan jentera 3 hingga 30 Kenderaan bermotor 3 hingga 50 peralatan pejabat, alat-alatan dan peralatan lain 2 hingga 33 Nilai sisa dan jangka hayat berguna aset berkenaan disemak semula dan dilaras jika wajar pada setiap tarikh penyata kedudukan kewangan. Susut nilai terhadap hartanah, loji dan peralatan tamat sama ada semasa penarikan semula pengiktirafan dan klasifikasi kepada dipegang untuk dijual antara dua yang awal. Susut nilai terhadap aset di bawah pembinaan bermula apabila aset tersebut telah tersedia untuk matlamat penggunaannya. Keuntungan dan kerugian daripada penjualan ditentukan dengan membandingkan kutipan dengan nilai bawaan aset dan dalam “pendapatan operasi lain” dalam keuntungan atau kerugian. Pada setiap tarikh kedudukan penyata kewangan, Kumpulan menaksir sama ada wujud sebarang petunjuk rosot nilai. Jika petunjuk sedemikian wujud, nilai bawaan sesebuah aset diturunkan nilai dengan serta merta ke jumlah yang boleh diperolehi semula jika nilai bawaan aset berkenaan lebih besar berbanding dengan anggaran jumlah boleh diperolehi semulanya. Lihat dasar-dasar perakaunan penting Nota 3(o) mengenai rosot nilai aset bukan kewangan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=