FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 341 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (Samb.) Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun pembentangan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (Samb.) (h) Rosot nilai aset kewangan (Samb.) Aset dibawa pada kos dilunaskan (Samb.) Jumlah kerugian, diukur sebagai perbezaan antara jumlah bawaan aset tersebut dan nilai semasa anggaran aliran tunai masa depan (tidak termasuk kerugian kredit masa depan yang belum ditanggung) didiskaun pada kadar faedah asal aset kewangan tersebut berkuatkuasa. Nilai bawaan aset tersebut dikurangkan dan jumlah kerugian diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Jika sesebuah pinjaman mempunyai kadar biaya yang berubah-ubah, kadar diskaun untuk mengukur sebarang kerugian rosot nilai adalah biaya efektif yang diretapkan di bawah kontrak tersebut. Sebagai kaedah praktikal,Kumpulan mengukur rosot nilai berdasarkan kepada pengiraan nilai saksama instrumen tersebut menggunakan harga pasaran boleh diperhatikan. Jika dalam tempoh selepasnya, jumlah kerugian rosot nilai berkurangan dan pengurangan tersebut boleh dikaitkan secara objektif kepada peristiwa berlaku selepas rosot nilai diiktiraf (seperti peningkatan penarafan kredit penghutang), pembalikan kerugian rosot nilai yang diiktiraf sebelumnya, diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Apabila sesebuah aset itu tidak boleh dikutip, ia dihapus kira dengan akaun elaun berkaitan. Aset sedemikian dihapus kira selepas semua prosedur diperlukan telah diselesaikan dan jumlah kerugian telah ditentukan. Aset dikelaskan sebagai aset-aset kewangan tersedia untuk dijual Kumpulan menaksir pada akhir tempoh laporan sama ada wujud bukti objektif bahawa sesebuah aset-aset kewangan atau kumpulan aset-aset kewangan telah rosot nilai. Kumpulan menggunakan kriteria dan ukuran kerugian rosot nilai yang berkenaan untuk aset dibawa pada kos dilunaskan di atas. Selain kriteria bagi ‘aset dibawa pada kos dilunaskan’ di atas, kemerosotan ketara atau berpanjangan dalam nilai saksama sekuriti di bawah kosnya juga dianggap sebagai satu petunjuk bahawa aset tersebut telah rosot nilai. Jika bukti sedemikian wujud bagi aset-aset kewangan tersedia untuk dijual, kerugian terkumpul yang telah diiktiraf secara langsung dalam rizab tersedia untuk dijual dikeluarkan dan diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Jumlah kerugian terkumpul yang diklasifikasikan semula kepada keuntungan atau kerugian adalah perbezaan antara kos pengambilalihan dan nilai saksama semasa, ditolak sebarang kerugian rosot nilai pada aset-aset kewangan yang sebelumnya diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Kerugian rosot nilai yang diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian pada instrumen ekuiti diklasifikasikan sebagai tersedia untuk dijual tidak dibalikkan semula melalui keuntungan atau kerugian. (i) Liabiliti kewangan Liabiliti kewangan diiktiraf pada penyata kedudukan kewangan hanya apabila, Kumpulan menjadi satu pihak kepada peruntukan kontrak dalam instrumen kewangan. Liabiliti kewangan diiktiraf pada mulanya pada nilai saksama, dan dalam kes liabiliti kewangan selain daripada derivatif, ia diagihkan kepada kos urusniaga langsung. Selepas pengiktirafan awal , semua liabiliti kewangan diukur pada kos dilunaskan menggunakan kaedah biaya efektif kecuali liabiliti LLA dan derivatif dalam kedudukan kerugian yang diukur pada nilai saksama melalui keuntungan dan kerugian. Bagi liabiliti kewangan selain daripada liabiliti LLA dan derivatif, keuntungan dan kerugian diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian apabila liabiliti tersebut ditarik balik pengiktirafannya dan melalui proses pelunasan. Keuntungan atau kerugian timbul daripada perubahan dalam nilai saksama liabiliti LLA dan derivatif diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dalam keuntungan/kerugian lain, bersih. Keuntungan atau kerugian bersih daripada derivatif adalah termasuk perbezaan tukaran matawang asing. Pinjaman dikelaskan sebagai liabiliti semasa kecuali Kumpulan mempunyai hak tanpa syarat untuk menunda penjelasan liabiliti berkenaan bagi sekurang-kurangnya 12 bulan selepas tarikh kedudukan penyata kewangan. Kos pinjaman dibahagikan secara langsung kepada pengambilalihan, pembinaan atau pengeluaran aset yang layak, iaitu aset yang memerlukan tempoh masa yang lama untuk disediakan bagi tujuan penggunaannya atau untuk dijual, dimasukkan ke dalam kos aset tersebut, sehingga sampai masa aset tersebut tersedia untuk digunakan atau untuk dijual.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=