FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 340 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (Samb.) Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun pembentagan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (Samb.) (g) Aset kewangan (Samb.) Ukuran lanjutan - keuntungan dan kerugian Aset kewangan tersedia untuk dijual dan aset-aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian kemudiannya dibawa pada nilai saksama. Pinjaman dan belum terima kemudiannya dibawa pada kos yang dilunaskan menggunakan kaedah biaya efektif. Perubahan nilai saksama aset-aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian, termasuk kesan pertukaran matawang, pendapatan kewangan dan pendapatan dividen diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dalam tempoh di mana perubahan tersebut terhasil. Perubahan nilai saksama aset-aset kewangan tersedia untuk dijual diiktiraf dalam pendapatan komprehensif lain, kecuali bagi kerugian rosot nilai (lihat dasar perakaunan Nota 3 (h)) dan keuntungan dan kerugian ke atas aset monetari tukaran matawang asing. Perbezaan pertukaran matawang asing ke atas aset monetari diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian, manakala perbezaan pertukaran matawang asing ke atas aset bukan monetari diiktiraf dalam pendapatan komprehensif lain sebagai sebahagian daripada perubahan nilai saksama. Pendapatan kewangan dan dividen daripada aset kewangan tersedia untuk dijual diiktiraf secara berasingan dalam keuntungan atau kerugian. Pendapatan dividen daripada aset-aset kewangan tersedia untuk dijual diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian apabila hak Kumpulan untuk menerima bayaran ditetapkan. Penarikan pengiktirafan Aset kewangan ditarik pengiktirafannya apabila hak untuk menerima aliran tunai daripada pelaburan telah tamat tempoh atau telah dipindahkan dan Kumpulan telah memindahkan secara ketara semua risiko dan ganjaran pemilikan. Belum terima yang difaktor kepada bank dan institusi kewangan lain dengan rekursa kepada Kumpulan tidak ditarik semula pengiktirafannya sehingga tempoh rekursa telah tamat tempoh dan risiko serta ganjaran belum terima itu telah dipindahkan sepenuhnya. Tunai yang diterima sewajarnya daripada institusi kewangan direkodkan sebagai pinjaman. Apabila aset kewangan tersedia untuk dijual telah dijual, pelarasan nilai saksama terkumpul yang diiktiraf dalampendapatan komprehensif lain dikelaskan semula kepada keuntungan atau kerugian. Pengimbangan Aset dan liabiliti kewangan diimbangi dan jumlah bersih dilaporkan dalam penyata kedudukan kewangan apabila wujud hak yang boleh dikuatkuasakanmenurut undang-undang untuk mengimbangi jumlah yang telah diiktiraf dan terdapat hasrat untuk menyelesaikan secara asas bersih, atau merealisasikan aset tersebut dan pada masa yang sama, menyelesaikan liabiliti tersebut. (h) Rosot nilai aset kewangan Aset dibawa pada kos dilunaskan Kumpulan menilai pada akhir setiap tempoh laporan sama ada terdapat bukti objektif bahawa nilai aset kewangan atau kumpulan aset kewangan rosot nilai. Aset kewangan atau kumpulan aset-aset kewangan dirosot nilai dan kerugian rosot nilai ditanggung hanya jika terdapat bukti objektif rosot nilai akibat daripada satu atau lebih peristiwa yang berlaku selepas pengiktirafan awal aset (“peristiwa kerugian”) dan bahawa peristiwa kerugian itu (“atau peristiwa-peristiwa”) mempunyai kesan ke atas anggaran aliran tunai masa depan aset-aset kewangan atau kumpulan aset-aset kewangan yang boleh dianggarkan dengan pasti. Kriteria yang digunakan oleh Kumpulan bagi menentukan terdapat bukti objektif kerugian rosot nilai meliputi: • Kesukaran kewangan yang ketara dihadapi oleh penerbit atau penanggung obligasi; • Perlanggaran kontrak seperti keingkaran atau ketidak patuhan dalam pembayaran pokok atau faedah; • Kumpulan atas sebab ekonomi atau perundangan berkaitan dengan kesukaran kewangan yang dihadapi oleh peminjam, memberi konsesi kepada peminjam tersebut, yang tidak pertimbangkan oleh pemberi pinjaman; • Ia berkemungkinan akan menyebabkan peminjammuflis atau menjalani penyusunan semula kewangan lain; • Kelenyapan sebuah pasaran aktif bagi aset kewangan tersebut akibat kesukaran kewangan yang dihadapi; atau • Data yang boleh diperhatikan menunjukkan bahawa terdapat pengurangan boleh diukur dalam anggaran aliran tunai masa daripada sebuah portfolio aset kewangan sejak pengiktirafan awal aset-aset tersebut, walaupun pengurangan tersebut tidak boleh dikenal pasti dengan aset kewangan individual tersebut, termasuk: (i) perubahan negatif dalam status pembayaran peminjam dalam portfolio; dan (ii) keadaan dalam negara atau ekonomi tempatan yang ada kaitan dengan keingkaran pada aset dalam portfolio tersebut.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=