FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 339 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (Samb.) Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun pembentangan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (Samb.) (f) Urus janji usahasama (sambungan) Apabila perlu, dalam mengguna pakai kaedah ekuiti, pelarasan sewajarnya dibuat kepada penyata kewangan urus janji usahasama bagi memastikan keselarasan dengan dasar-dasar perakaunan Kumpulan. Dalam penyata kewangan Syarikat, pelaburan dalam urus janji usahasama dinyatakan pada kos. Apabila wujud tanda rosot nilai, nilai bawaan pelaburan tersebut ditaksir dan diturun nilai serta merta kepada jumlah yang boleh diperolehi semula (Nota 3(h)). Bagi pelupusan urus janji usahama, perbezaan antara hasil kutipan bersih pelupusan penjualan dan jumlah bawaannya dicaj/dikreditkan kepada keuntungan atau kerugian. (g) Aset kewangan Klasifikasi Kumpulan mengklasifikasikan aset-aset kewangannya dalam kategori berikut: pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian, pinjaman dan belum terima dan aset kewangan tersedia untuk dijual. Klasifikasi ini bergantung kepada tujuan di mana aset kewangan tersebut diambilalih. Pengurusan menentukan klasifikasi aset-aset kewangannya pada peringkat permulaan pengiktirafan. (i) Aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian Aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian dipegang untuk dagangan. Aset kewangan diklasifikasikan dalam kategori ini jika ia diambilalih atau ditanggung secara umum bagi tujuan untuk menjual atau membelinya semula dalam jangka masa terdekat. Derivatif dikategorikan sebagai dipegang untuk dagangan kecuali ia ditetapkan sebagai instrumen lindung nilai. Aset dalam kategori ini diklasifikasikan sebagai aset semasa jika dijelaskan dalam tempoh 12 bulan; atau, sebaliknya diklasifikasikan sebagai bukan semasa. Derivatif pada peringkat permulaan diikitiraf pada nilai saksama pada tarikh kontrak derivatif dimeterai dan selepas itu diukur semula pada nilai saksama. Kaedah mengiktiraf keuntungan atau kerugian daripadanya bergantung kepada sama ada derivatif tersebut bertujuan untuk menjadi instrumen lindung nilai dan jika demikian, bentuk perkara yang dilindung nilai. Kumpulan tidak menggunakan perakaunan lindung nilai pada tahun kewangan ini. (ii) Pinjaman dan belum terima Pinjaman dan belum terima adalah aset-aset kewangan bukan derivatif dengan pembayaran tetap atau boleh dipastikan yang tidak disebut dalam sesebuah pasaran aktif. Ia termasuk dalam aset semasa, kecuali bagi tempoh matang lebih daripada 12 bulan selepas akhir tempoh laporan. Ia diklasifikasikan sebagai aset bukan semasa. Pinjaman dan belum terima Kumpulan dinyatakan dalamNota 52. (iii) Aset kewangan tersedia untuk dijual Aset kewangan tersedia untuk dijual adalah bukan derivatif yang sama ada dimasukkan ke dalam kategori ini atau tidak diklasifikasikan dalam sebarang kategori lain. Ia dimasukkan ke dalam aset bukan semasa kecuali jika pelaburan mencapai tempoh matang atau para Pengarah bercadang untuk menjualnya dalam tempoh 12 bulan selepas akhir tempoh laporan. Pengiktirafan dan ukuran permulaan Pembelian dan penjualan aset-aset kewangan yang lazim diiktiraf pada tarikh dagangan, iaitu tarikh di mana Kumpulan membuat komitmen untuk membeli atau menjual aset berkenaan. Aset kewangan diiktiraf pada peringkat permulaan pada nilai saksama berserta kos urusniaga bagi semua aset-aset kewangan yang tidak dibawa pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian. Aset kewangan yang dibawa pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian diiktiraf diperingkat permulaan pada nilai saksama, dan kos urusniaga diambilkira sebagai perbelanjaan dalam keuntungan atau kerugian.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=