FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 338 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (Samb.) Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun yang dibentangkan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (Samb.) (e) Syarikat-syarikat bersekutu (Samb.) Bahagian keuntungan atau kerugian Kumpulan selepas pengambilalihan diiktiraf dalam keruntungan atau kerugian dan bahagiannya dalam pergerakan lain-lain pendapatan komprehensif selepas pengambilalihan diiktiraf dalam lain-lain pendapatan komprehensif dengan pelarasan sewajarnya kepada nilai bawaan pelaburan tersebut. Apabila bahagian kerugian Kumpulan dalam sesebuah syarikat bersekutu bersamaan atau melebihi kepentingannya dalam syarikat bersekutu tersebut, termasuk sebarang lain-lain belum terima tidak bercagar, Kumpulan tidak mengiktiraf kerugian selanjutnya, kecuali ia telah menangggung obligasi perundangan atau konstruktif atau membuat bayaran bagi pihak syarikat bersekutu tersebut. Kumpulan menentukan pada setiap tarikh laporan, sama ada terdapat sebarang bukti objektif bahawa pelaburan dalam syarikat bersekutu tersebut telah rosot nilai. Jika ia berlaku, Kumpulan mengira jumlah rosot nilai sebagai perbezaan antara jumlah boleh diperoleh semula bagi syarikat bersekutu dan nilai bawaannya dan mengiktiraf jumlah tersebut seiring dengan ‘bahagian keuntungan/(kerugian) dalam syarikat bersekutu tersebut’ dalam keuntungan atau kerugian . Keuntungan dan kerugian yang terhasil daripada urusniaga huluan dan hiliran antara Kumpulan dan syarikat bersekutunya diiktiraf dalam penyata kewangan Kumpulan hanya ke tahap kepentingan pelabur tidak berkaitan dalam syarikat bersekutu tersebut. Kerugian tidak direalisasi dihapuskan kecuali urusniaga tersebut mempunyai bukti kewujudan rosot nilai kepada aset yang dipindahkan. Dasar-dasar perakaunan syarikat-syarikat bersekutu telah diubah di mana perlu untuk memastikan ianya selaras dengan dasar-dasar yang diterima pakai oleh Kumpulan. Keuntungan dan kerugian pencairan yang terhasil di dalam pelaburan dalam syarikat-syarikat bersekutu diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Apabila perlu, semasa mengguna pakai kaedah ekuiti, pelarasan sewajarnya dibuat kepada penyata kewangan syarikat-syarikat bersekutu tersebut bagi memastikan ianya selaras dengan dasar-dasar perakaunan Kumpulan. Dalampenyata kewangan Syarikat, pelaburan dalamsyarikat-syarikat bersekutu dinyatakan pada kos ditolak kerugian rosot nilai terkumpul. Apabila wujud tanda rosot nilai, nilai bawaan pelaburan dalam syarikat-syarikat bersekutu ditaksir dan diturun nilai ke jumlah boleh diperoleh semula (Nota 3(h)). Semasa penjualan syarikat-syarikat bersekutu tersebut, perbezaan antara hasil kutipan bersih penjualan dan nilai bawaan dicaj/dikreditkan dan ke keuntungan atau kerugian. (f) Urus janji usahasama Urus janji usahasama ialah urus janji yang dipersetujui secara kontrak untuk berkongsi kawalan oleh Syarikat dengan satu atau lebih pihak, di mana keputusan mengenai kegiatan berkaitan berhubung urus janji usahasama tersebut memerlukan kebenaran sebulat suara semua pihak yang berkongsi kawalan. Klasifikasi sesebuah urus janji sebagai urusniaga usahasama atau sebuah syarikat usahasama bergantung kepada hak dan obligasi pihak-pihak kepada urus janji tersebut. Sebuah syarikat usahasama adalah sebuah urus janji usahasama di mana pengusahasama tersebut mempunyai hak ke atas aset bersih urus janji tersebut. Urus niaga usahasama adalah urus janji usahasama di mana pengurusniaga usahasama tersebut mempunyai hak ke atas aset dan obligasi ke atas liabiliti berkaitan dengan urus janji tersebut. Syarikat-syarikat usahasama Kepentingan Kumpulan dalam syarikat-syarikat usahasama diambilkira dalam penyata kewangan melalui kaedah perakaunan ekuiti. Di bawah kaedah perakaunan ekuiti, kepentingan dalamsyarikat-syarikat usahasama diiktiraf di peringkat permulaan pada kos dan seterusnya dilaraskan bagi mengiktiraf bahagian keuntungan atau kerugian Kumpulan selepas pengambilalihan dan pergerakan dalam pendapatan komprehensif lain dengan pelarasan yang bersesuaian ke nilai bawaan pelaburan tersebut. Apabila bahagian kerugian Kumpulan dalam sesebuah syarikat usahasama bersamaan atau melebihi kepentingannya dalam syarikat-syarikat usahasama (yang meliputi sebarang kepentingan jangka panjang, yang secara umum, merupakan sebahagian daripada pelaburan bersih Kumpulan dalam syarikat-syarikat usahasama tersebut), Kumpulan tidak mengiktiraf kerugian selanjutnya, kecuali ia mempunyai tanggungan obligasi atau telah membuat bayaran bagi pihak syarikat-syarikat usahasama tersebut. Keuntungan tidak direalisasi daripada urusniaga antara Kumpulan dan syarikat-syarikat usahasamanya dihapuskan sehingga ke tahap kepentingan Kumpulan dalam syarikat-syarikat usahasama tersebut. Kerugian belum direalisasi juga dihapuskan kecuali urusniaga ini mempunyai bukti kewujudan rosot nilai kepada aset yang dipindahkan. Operasi bersama Berhubung kepentingan Kumpulan dalam operasi bersama, Kumpulan mengiktiraf aset-asetnya (termasuk bahagian dalam sebarang aset yang dipegang bersama), liabiliti (termasuk bahagian dalam sebarang liabiliti dilangsung bersama), perolehan daripada penjualan bahagian dalam hasil pengeluaran daripada operasi bersama (termasuk bahagian dalam perolehan daripada penjualan hasil pengeluaran oleh operasi bersama) dan perbelanjaan (termasuk bahagian dalam sebarang perbelanjaan ditanggung bersama).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=