FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 337 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (Samb.) Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun yang dibentangkan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (Samb.) (a) Asas penyatuan dan pelaburan dalam anak-anak syarikat (Samb.) Perakaunan sebelumnya (Samb.) Keuntungan atau kerugian daripada pelupusan sebuah anak syarikat adalah perbezaan antara kutipan bersih pelupusan dan bahagian Kumpulan daripada aset bersihnya pada tarikh ia dilupuskan, termasuk jumlah terkumpul sebarang perbezaan pertukaran matawang atau, lain-lain rizab yang berkaitan dengan anak syarikat dan diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Semua pendapatan dan kerugian anak syarikat diagihkan kepada syarikat induk dan kepentingan pihak tidak mengawal, walaupun pembahagian kerugian kepada kepentingan pihak tidak mengawal itu menyebabkan baki debit dalam kepentingan pihak tidak mengawal. Dalam penyata kewangan Syarikat, pelaburan dalam anak-anak syarikat dinyatakan pada kos ditolak kerugian rosot nilai terkumpul. Apabila tanda-tanda rosot nilai wujud, nilai bawaan pelaburan ditaksir dan diturun nilai serta merta kepada jumlah yang boleh diperoleh semula (Nota 3 (h)). (b) Perubahan dalam kepentingan pemilikan dalam anak-anak syarikat tanpa perubahan kawalan Urusniaga dengan kepentingan pihak tidak mengawal yang tidak menyebabkan kehilangan kawalan diambilkira sebagai urusniaga ekuiti – iaitu, sebagai urusniaga dengan pemilik dalam kapasiti mereka sebagai pemilik. Perbezaan di antara nilai saksama sebarang pertimbangan yang dibayar dan bahagian saham yang diambilalih pada nilai bawaan aset bersih anak-anak syarikat yang diambilalih direkodkan dalam ekuiti. Keuntungan atau kerugian daripada penjualan kepada pihak tidak mengawal turut direkodkan dalam ekuiti. (c) Penjualan anak-anak syarikat Apabila kawalan Kumpulan tamat, sebarang kepentingan tersimpan dalam entiti berkenaan diukur semula kepada nilai saksamanya pada tarikh semasa kawalan tamat, dengan perubahan nilai bawaan diiktiraf dalamkeuntungan atau kerugian. Nilai saksama adalah nilai bawaan permulaan yang seterusnya untuk tujuan mengambil kira kepentingan tersimpan sebagai sebuah syarikat bersekutu, syarikat usahasama atau aset kewangan. Di samping itu, sebarang jumlah yang sebelum ini diiktiraf dalam lain-lain pendapatan komprehensif berhubung entiti berkenaan diambilkira seolah-olah Kumpulan telah menjual secara langsung aset atau liabiliti berkaitan. Ini mungkin bermakna bahawa jumlah yang diiktiraf dalam lain-lain pendapatan komprehensif sebelum ini diklasifikasikan semula kepada keuntungan atau kerugian. (d) Muhibah Muhibah mewakili lebihan kos pengambialihan anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu dan syarikat-syarikat usahasama ke atas bahagian Kumpulan dalamnilai saksama aset bersih yang dikenal pasti, termasuk liabiliti luar jangka pada tarikh pengambilalihan. Muhibah daripada pengambilalihan bagi sesebuah anak syarikat-syarikat dimasukkan ke dalam penyata kedudukan kewangan disatukan sebagai aset tidak nyata, atau jika terhasil bagi syarikat-syarikat bersekutu atau syarikat usahasama, ia dimasukkan ke dalam pelaburan dalam syarikat-syarikat bersekutu atau syarikat-syarikat usahasama. Muhibah negatif mewakili jumlah pertimbangan dipindah, kepentingan piihak tidakmengawal diiktiraf dan kepentingan dimiliki sebelumnya diukur kurang berbanding nilai saksama aset bersih anak syarikat yang diambilalih; dalam kes belian murah, perbezaannya diiktiraf secara langsung dalam keuntungan atau kerugian. Bagi tujuan menguji rosot nilai, muhibah yang diambilalih dalam sesebuah gabungan perniagaan diagihkan kepada setiap unit penjanaan tunai (“CGU”) atau kumpulan CGU, yang dijangka akan mendapat manfaat daripada sinergi gabungan tersebut. Setiap unit atau kumpulan unit di mana muhibah tersebut diperuntukkan mewakili tahap paling rendah dalam entiti di mana muhibah tersebut dipantau bagi tujuan pengurusan dalaman. Semakan rosot nilai muhibah dilaksanakan setiap tahun atau lebih kerap jika peristiwa atau perubahan keadaan menunjukkan wujudnya potensi rosot nilai. Nilai bawaan muhibah dibandingkan dengan jumlah boleh diperoleh semula, di mana nilai yang lebih tinggi antara nilai digunakan dan nilai saksama, ditolak kosmenjual. Sebarang rosot nilai diiktiraf sebagai perbelanjaan sertamerta dan seterusnya tidak akan dibalikkan. (e) Syarikat-syarikat bersekutu Syarikat-syarikat bersekutu adalah syarikat, perkongsian atau entiti-entiti lain di mana Kumpulan mempunyai pengaruh penting, tetapi ia tidak mengawal, secara umumnya disertai dengan pegangan saham antara 20% hingga 50% hak mengundi. Pelaburan dalam syarikat- syarikat bersekutu diambilkira menggunakan kaedah perakaunan ekuiti. Di bawah kaedah ekuiti, pelaburan dipermulaan diiktiraf pada kos, dan nilai bawaan ditambah atau dikurangkan untuk mengiktiraf bahagian pelabur tersebut dalam keuntungan atau kerugian syarikat yang dilabur selepas tarikh pengambilalihan. Pelaburan Kumpulan dalam syarikat-syarikat bersekutu termasuk muhibah dikenal pasti semasa pengambilalihan. Jika kepentingan pemilikan dalam sesebuah syarikat bersekutu dikurangkan, tetapi pengaruh penting dikekalkan, hanya nisbah bahagian jumlah yang diiktiraf sebelumnya dalam pendapatan komprehensif dikelaskan semula kepada keuntungan atau kerugian apabila wajar.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=