FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 336 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING Dasar-dasar perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan penyata kewangan dibentangkan di bawah. Dasar-dasar ini telah diguna pakai secara konsisten pada semua tahun yang dibentangkan, kecuali dinyatakan sebaliknya. (a) Asas penyatuan dan pelaburan dalam anak-anak syarikat Penyata kewangan disatukan termasuk penyata kewangan Syarikat dan semua anak-anak syarikatnya yang disediakan sehingga akhir tahun kewangan. Anak-anak syarikat merupakan semua entiti (termasuk entiti berstruktur) di mana Kumpulan mempunyai kawalan ke atasnya. Kumpulan mengawal sesebuah entiti apabila Kumpulan terdedah kepada, atau mempunyai hak ke atas pulangan boleh ubah daripada penglibatannya dengan entiti tersebut dan mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi pulangan tersebut melalui kuasanya ke atas entiti tersebut. Anak-anak syarikat disatukan sepenuhnya dari tarikh kawalan dipindahkan kepada Kumpulan. Anak-anak syarikatnya diasingkan daripada Kumpulan dari tarikh kawalan ke atasnya ditamatkan. Perakaunan pengambilalihan Perakaunan kaedah pengambilalihan digunakan untuk mengambilkira pengambilalihan anak-anak syarikat oleh Kumpulan. Bayaran yang dipindahkan bagi pengambilalihan sesebuah anak syarikat adalah nilai saksama aset yang dipindahkan, liabiliti ditanggung oleh bekas pemilik yang diambilalih dan kepentingan ekuiti yang diterbitkan oleh Kumpulan. Bayaran yang dipindahkan meliputi nilai saksama sebarang aset atau liabiliti yang terhasil daripada urus janji bayaran luar jangka. Kos berkaitan pengambilalihan dianggap sebagai perbelanjaan apabila ditanggung. Aset yang diambilalih dan liabiliti dan liabiliti luar jangka yang diambilalih dalam penggabungan sesebuah perniagaan diukur pada peringkat permulaan pada nilai saksama masing-masing pada tarikh pengambilalihan, tanpa mengambil kira sejauh mana tahap kepentingan pihak tidak mengawal. Kumpulan mengiktiraf sebarang kepentingan pihak tidak mengawal bukan semasa yang diambilalih berasaskan dari satu pengambilalihan ke satu pengambilalihan, sama ada pada nilai saksama atau bahagian nisbah kepentingan pihak tidak mengawal dalam jumlah aset bersih yang diambilalih yang dikenal pasti. Pada akhir tempoh laporan, kepentingan pihak tidak mengawal meliputi jumlah yang dikira pada tarikh gabungan dan bahagiannya dalam perubahan ekuiti anak syarikat berkenaan sejak tarikh gabungan. Jika gabungan perniagaan dicapai secara berperingkat, nilai bawaan kepentingan ekuiti yang dipegang sebelumnya oleh syarikat pengambilalih pada tarikh pengambilalihan diukur semula kepada nilai saksama pada tarikh pengambilalihan melalui keuntungan atau kerugian. Sebarang pertimbangan luar jangka yang akan dipindahkan oleh Kumpulan diiktiraf pada nilai saksama pada tarikh pengambilalihan. Perubahan berikutnya kepada nilai saksama pertimbangan luar jangka tersebut dianggap sebagai aset atau liabiliti diiktiraf menurut FRS 139 sama ada dalam keuntungan atau kerugian atau sebagai sesuatu perubahan kepada lain-lain pendapatan komprehensif. Pertimbangan luar jangka yang diklasifikasi sebagai ekuiti tidak diukur semula, dan penyelesaian berikutnya akan diambilkira dalam ekuiti. Lebihan pertimbangan yang dipindahkan, jumlah sebarang kepentingan pihak tidak mengawal dalam syarikat yang diambilalih dan nilai saksama, sebarang kepentingan ekuiti sebelumnya dalam syarikat yang diambilalih pada tarikh pengambilalihan ke atas nilai saksama aset bersih yang diambilalih yang dikenal pasti diiktiraf sebagai muhibah. Jika jumlah pertimbangan yang dipindahkan, kepentingan pihak tidak mengawal yang diiktiraf dan kepentingan dimiliki sebelumnya yang diukur adalah kurang daripada nilai saksama aset bersih anak syarikat yang diambilalih dalam kes pembelianmurah, perbezaan tersebut diiktiraf secara langsung ke dalam keuntungan atau kerugian (Nota 3(d)). Perakaunan sebelumnya Pengambilalihan anak-anak syarikat dan perniagaan di bawah kawalan lazim yang memenuhi syarat-syarat gabungan diambilkira menggunakan asas perakaunan sebelumnya. Pengambilalihan Felda Global Ventures Indonesia Sdn. Bhd. (“FGVI”), Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (“FGVNA”) dan estet perladangan yang dimiliki oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (“FELDA”) (Nota 22) pada tahun sebelumnya yang memenuhi syarat-syarat gabungan, diambilkira menggunakan asas tersebut. Di bawah asas perakaunan sebelumnya, keputusan anak-anak syarikat dan perniagaan di bawah kawalan lazim dibentangkan seolah-olah gabungan perniagaan telah dikuatkuasakan sepanjang tahun semasa dan tahun-tahun sebelumnya. Aset dan liabiliti yang digabungkan diambilkira berdasarkan nilai bawaan daripada perspekstif pemegang saham kawalan lazim pada tarikh pemindahan. Apabila disatukan, kos gabungan perniagaan dibatalkan dengan nilai saham yang diterima. Sebarang perbezaan kredit atau debit yang terhasil diklasifikasikan sebagai rizab penyusunan semula. Sebarang premium saham, rizab penebusanmodal dan lain-lain rizab yang berkait denganmodal saham entiti-entiti yang digabungkan, setakat tahap yang ia tidak dipermodalkan oleh perbezaan debit, diklasifikasi dan dibentangkan sebagai pergerakan dalam lain-lain rizab modal. Urusniaga antara syarikat, baki dan keuntungan tidak direalisasi daripada urusniaga antara syarikat-syarikat Kumpulan dihapus kira, kerugian tidak direalisasi juga dihapuskan kecuali sekiranya kos tidak boleh diperoleh semula. Di mana perlu, pelarasan dibuat ke atas penyata kewangan anak-anak syarikat untuk memastikan keselarasan dengan dasar-dasar yang diterima pakai oleh Kumpulan. Kepentingan pihak tidakmengawal adalah ekuiti dalamanak-anak syarikat yang tidak boleh dikaitkan, secara langsung atau tidak langsung, kepada syarikat induk. Dalam pengambilalihan berasaskan dari satu pengambilalihan ke satu pengambilalihan, Kumpulan mengukur sebarang kepentingan pihak tidak mengawal dalam syarikat yang diambilalih mengikut bahagian berwajaran aset bersih syarikat yang diambilalih itu. Pada akhir tempoh laporan, kepentingan pihak tidakmengawal terdiri daripada jumlah yang dikira pada tarikh gabungan dan bahagiannya dalam perubahan ekuiti anak-anak syariikat sejak tarikh gabungan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=