FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 335 2 ASAS PENYEDIAAN (Samb.) (iii) Piawaian, pindaan kepada piawaian yang telah diterbitkan dan tafsiran kepada piawaian sedia ada yang berkaitan dengan Kumpulan dan Syarikat, tetapi belum berkuatkuasa dan masih belum diguna pakai lebih awal: (Samb.) Berkuatkuasa bagi tempoh tahunan mulai pada atau selepas 1 Julai 2014 di mana penggunaan lebih awal dibenarkan (Samb.) • Pindaan kepada FRS 8 “Segmen Operasi” (berkuatkuasa pada atau selepas 1 Julai 2014) memerlukan pendedahan bagi pertimbangan dibuat dalam penggunaan kriteria agregat kepada segmen operasi. Ini meliputi penerangan ringkas mengenai segmen operasi yang telah diagregat dan petunjuk ekonomi yang telah dinilai bagi menentukan bahawa segmen operasi yang diagregat berkongsi ciri-ciri ekonomi yang sama. Ia juga menjelaskan bahawa penyesuaian jumlah aset segmen yang dilaporkan kepada aset entiti berkenaan diperlukan jika jumlah tersebut disediakan secara kerap kepada ketua pembuat keputusan operasi. • Pindaan kepada FRS 13 “UkuranNilai Saksama” (berkuatkuasa pada atau selepas 1 Julai 2014) berkaitan dengan Asas bagi Kesimpulan IASB yang bukan merupakan sebahagian daripada Piawaian tersebut. Asas bagi Kesimpulan tersebut menjelaskan bahawa apabila IASBmenerbitkan IFRS 13, ia tidak menghapuskan keupayaan praktikal untuk mengukur belum terima dan perlu bayar jangka pendek yang tidak dinyatakan kadar faedah pada jumlah invois tanpa pendiskaunan, jika kesan pendiskaunan tidak material. • Pindaan kepada FRS 116 “Hartanah, Loji dan Peralatan” (berkuatkuasa pada atau selepas 1 Julai 2014) menjelaskan perakaunan bagi susut nilai terkumpul apabila sesebuah aset dinilai semula. Ia menjelaskan bahawa nilai bawaan kasar dilaraskan dengan cara yang selaras dengan penilaian semula nilai bawaan aset tersebut dan susut nilai terkumpul dikira sebagai perbezaan antara nilai bawaan kasar dan nilai bawaan aset tersebut selepas mengambil kira kerugian rosot nilai terkumpul. • Pindaan kepada FRS 138 “Aset Tidak Nyata” (berkuatkuasa pada atau selepas 1 Julai 2014) menjelaskan perakaunan bagi pelunasan terkumpul apabila sesebuah aset dinilai semula. Ia menjelaskan bahawa nilai bawaan kasar dilaraskan dengan cara yang selaras dengan penilaian semula nilai bawaan aset tersebut dan pelunasan terkumpul dikira sebagai perbezaan antara nilai bawaan kasar dan nilai bawaan aset tersebut selepas mengambil kira kerugian rosot nilai terkumpul. • Pindaan kepada FRS 124 “Pendedahan Pihak Berkaitan” (berkuatkuasa pada atau selepas 1 Julai 2014) melanjutkan takrif ‘pihak berkaitan’ bagi memasukkan sebuah entiti, atau sebarang ahli sesebuah kumpulan di mana ia merupakan sebahagian daripadanya, yang menyediakan perkhidmatan kakitangan pengurusan utama kepada entiti dilapor atau kepada syarikat induk entiti dilapor. Kumpulan dan Syarikat akan mengguna pakai piawaian-piawaian di atas mulai tempoh kewangan bermula pada 1 Julai 2014. Kesan piawaian di atas kini sedang dinilai oleh para Pengarah. Tarikh berkuatkuasa masih belum ditentukan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia • FRS 9 “Instrumen Kewangan: Klasifikasi dan Ukuran Aset Kewangan dan Liabiliti Kewangan” (tarikh berkuatkuasa masih belum ditentukan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia) menggantikan bahagian FRS 139 yang berkaitan dengan klasifikasi dan ukuran instrumen kewangan. FRS 9 memerlukan aset kewangan diklasifikasi kepada dua kategori ukuran: aset yang diukur pada nilai saksama dan yang diukur pada kos dilunaskan. Penentuan dibuat pada pengiktirafan permulaan. Klasifikasi bergantung kepada model perniagaan entiti yang mengurus instrumen kewangan dan ciri-ciri aliran tunai kontrak aset-aset kewangan tersebut. Bagi liabiliti kewangan, piawaian mengekalkan kebanyakan keperluan FRS 139. Perubahan utama ialah dalam hal di mana opsyen nilai saksama diambil bagi liabiliti kewangan, bahagian perubahan nilai saksama akibat risiko kredit sesebuah entiti dicatatkan dalam lain- lain pendapatan komprehensif dan bukan penyata pendapatan, kecuali ia menimbulkan ketidakpadanan perakaunan. Kumpulan masih belum menilai kesan FRS 9 sepeuhnya. Kumpulan juga akan menimbangkan kesan fasa FRS 9 selebihnya selepas diselesaikan oleh Lembaga Piawaian. Kumpulan dan Syarikat akan mengguna pakai piawaian ini selepas ia ditentukan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia. Kesan piawaian di atas kini sedang dinilai oleh para Pengarah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=