FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 334 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 2 ASAS PENYEDIAAN (Samb.) (i) Piawaian, pindaan kepada piawaian yang telah diterbitkan dan tafsiran yang diguna pakai oleh Kumpulan dan Syarikat pada 1 Januari 2013: (Samb.) • FRS 13 “Ukuran Nilai Saksama” bertujuan untuk menambah baik keselarasan dan mengurangkan kompleksiti dengan menyediakan pentakrifan yang tepat mengenai nilai saksama dan ukuran nilai saksama satu sumber serta keperluan pendedahan untuk digunakan di seluruh FRS. Keperluan ini tidak meluaskan penggunaan perakaunan nilai saksama, tetapi menyediakan panduan mengenai cara bagaimana ia diguna pakai di mana kegunaannya telah diperlukan atau dibenarkan oleh piawaian-piawaian lain. Keperluan pendedahan yang dipertingkatkan adalah serupa dengan keperluan dalam FRS 7 “Instrumen Kewangan: Pendedahan”, tetapi diguna pakai kepada semua aset dan liabiliti yang diukur pada nilai saksama, bukan hanya kewangan semata-mata. Penggunaan pakai piawaian, pindaan kepada piawaian yang telah diterbitkan dan tafsiran ini telah menghasilkan pendedahan tambahan dalam penyata kewangan. (ii) Pindaan kepada piawaian telah diterbitkan yang telah diguna pakai oleh Kumpulan dan Syarikat dan telah diguna pakai lebih awal: Pada tahun kewangan ini, Kumpulan dan Syarikat telah mengguna pakai lebih awal Pindaan kepada FRS 136 “Rosot Nilai Aset” (mulai 1 Januari 2014) dan telah mengguna pakai piawaian ini dari tahun kewangan bermula 1 Januari 2013. Pindaan kepada FRS 136 “Rosot Nilai Aset”mengeluarkan pendedahan tertentu bagi jumlah boleh diperoleh semula dalam unit-unit penjanaan tunai (“CGU”) yang telah dimasukkan ke dalam FRS 136 melalui penerbitan FRS 13. Kesan mengguna pakai lebih awal adalah tidak ketara kepada Kumpulan dan Syarikat. (iii) Piawaian, pindaan kepada piawaian yang telah diterbitkan dan tafsiran kepada piawaian sedia ada yang berkaitan dengan Kumpulan dan Syarikat, tetapi belum berkuatkuasa dan masih belum diguna pakai lebih awal: Berkuatkuasa mulai tempoh kewangan dari 1 Januari 2014 • Pindaan kepada FRS 132 “Instrumen Kewangan: Pembentangan” (mulai 1 Januari 2014) tidak mengubah model pengimbangan semasa dalam FRS 132. Ia menjelaskan makna mempunyai hak semasa untuk mengimbangi yang boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang bahawa hak untukmengimbangi harus tersedia pada hari ini (bukan bergantung pada peristiwamasa depan) dan boleh dikuatkuasakan secara undang-undang bagi pihak yang telibat dalam urusan lazim perniagaan. Ia menjelaskan bahawa sesetengah mekanisma penyelesaian secara kasar dengan ciri-ciri yang bersamaan dengan penyelesaian secara bersih akanmemenuhi keperluan kriteria imbangan FRS 132. • Pindaan kepada FRS 10, FRS 12 dan FRS 127 (mulai 1 Januari 2014) memperkenalkan pengecualian kepada penyatuan entiti-entiti pelaburan. Entiti-entiti pelaburan adalah entiti di mana tujuan perniagaan adalah untuk melabur dana semata-mata bagi mendapatkan pulangan daripada peningkatan modal, pendapatan pelaburan atau kedua-duanya dan menilai prestasi pelaburannya mengikut asas nilai saksama. Pindaan ini memerlukan entiti pelaburan mengukur anak-anak syarikat berkenaan pada nilai saksama, bukan menyatukannya. • Tafsiran IC 21 ‘Levi’ (mulai 1 Januari 2014) membentangkan perakaunan bagi obligasi untuk membayar levi yang bukan merupakan cukai pendapatan. Pentafsiran ini menjelaskan bahawa liabiliti untuk membayar levi diiktiraf apabila peristiwa obligasi berlaku. Peristiwa obligasi adalah peristiwa yang dikenalpasti oleh perundangan yang mencetuskan pembayaran levi. Kumpulan dan Syarikat akan mengguna pakai piawaian-piawaian di atas mulai tempoh kewangan bermula pada 1 Januari 2014. Kesan piawaian-piawaian di atas kini sedang dinilai oleh para Pengarah. Berkuatkuasa bagi tempoh tahunan mulai pada atau selepas 1 Julai 2014 di mana penggunaan lebih awal dibenarkan • Pindaan kepada FRS 2 “Bayaran Berasaskan Saham” (berkuatkuasa pada atau selepas 1 Julai 2014) menjelaskan takrif ‘syarat peletakan hak’ dengan mentakrif secara berasingan ‘syarat prestasi’ dan ‘syarat perkhidmatan’ bagi memastikan keselarasan syarat- syarat klasifikasi yang mengiringi bayaran berasaskan saham. • Pindaan kepada FRS 3 “Gabungan Perniagaan” (berkuatkuasa pada atau selepas 1 Julai 2014) menjelaskan bahawa apabila pertimbangan luar jangka memenuhi takrif instrumen kewangan, klasifikasi instrumen sebagai sebuah liabiliti atau ekuiti ditentukan melalui rujukan kepada FRS 132 “Instrumen Kewangan: Pembentangan”. Ia juga menjelaskan bahawa pertimbangan luar jangka yang diklasifikasi sebagai sebuah aset atau liabiliti akan selepas ini diukur pada nilai saksama pada setiap tarikh laporan dan perubahan nilai saksama akan diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=