FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 333 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 1 MAKLUMAT UMUM Syarikat secara asas merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan pelaburan utama dalam perladangan kelapa sawit dan pelbagai kegiatan hiliran yang berkaitan, penapisan gula, perkilangan, logistik dan lain-lain. Kegiatan utama anak-anak syarikat dinyatakan dalam Nota 22 kepada penyata kewangan. Tiada perubahan ketara berlaku dalam kegiatan-kegiatan Kumpulan dan Syarikat sepanjang tahun kewangan selain daripada yang dinyatakan dalam Nota 56 kepada penyata kewangan. Syarikat diperbadankan di Malaysia dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. Pejabat berdaftar dan tempat utama perniagaan Syarikat terletak di Aras 42, Menara Felda, Platinum Park, No.11 Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur. 2 ASAS PENYEDIAAN Penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat telah disediakan menurut Piawaian Laporan Kewangan (“FRS”) dan keperluan Akta Syarikat 1965 di Malaysia. Kumpulan meliputi entiti-entiti peralihan dan telah memilih untuk terus mengguna pakai FRS pada tahun kewangan ini. FRS akan terus diguna pakai oleh Kumpulan pada tahun kewangan akan datang. Kumpulan akan mengguna pakai rangka kerja mematuhi IFRS yang baharu, iaitu Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (“MFRS”) apabila Rangka Kerja MFRS diberi mandat oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (“MASB”). Bagi melaksanakan rangka kerja baharu ini, Kumpulan akan mengguna pakai MFRS 1 “Guna Pakai MFRS Kali Pertama”. Penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat telah disediakan di bawah konvensyen kos sejarah, kecuali dinyatakan sebaliknya dalam penyata dasar individu dalam Nota 3 kepada penyata kewangan. Penyediaan penyata kewangan yang mematuhi FRS memerlukan penggunaan anggaran dan andaian perakaunan kritikal tertentu. Ia memerlukan para Pengarah membuat anggaran dan andaian yang memberi kesan kepada jumlah aset dan liabiliti yang dilaporkan dan pendedahan aset dan liabiliti luar jangka pada tarikh penyata kewangan dan jumlah perolehan dan perbelanjaan yang dilaporkan pada tempoh laporan. Keputusan sebenar mungkin berbeza daripada semua anggaran tersebut. Ia juga memerlukan pengurusan supaya melaksanakan pertimbangan dalam proses mengguna pakai dasar-dasar perakaunan Kumpulan dan Syarikat. Bahagian-bahagian yang melibatkan tahap pertimbangan dan kompleksiti yang lebih tinggi atau bahagian-bahagian di mana andaian dan anggaran penting kepada penyata kewangan dinyatakan dalam Nota 5. (i) Piawaian, pindaan kepada piawaian yang telah diterbitkan dan tafsiran yang diguna pakai oleh Kumpulan dan Syarikat pada 1 Januari 2013: • FRS 10 “Penyata Kewangan Disatukan” • FRS 11 “Urus Janji Bersama” • FRS 12 “Pendedahan Kepentingan dalam Entiti-entiti Lain” • FRS 13 “Ukuran Nilai Saksama” • Semakan FRS 127 “Penyata Kewangan Berasingan” • Semakan FRS 128 “Pelaburan dalam Syarikat-syarikat Bersekutu dan Syarikat-syarikat Usahasama” • Pindaan kepada FRS 101 “Pembentangan Item dalam Lain-lain Pendapatan Komprehensif” • Pindaan kepada FRS 7 “Instrumen Kewangan: Pendedahan” • Pindaan kepada FRS 10, 11 & 12 “Penyata Kewangan Disatukan, Urus Janji Bersama dan Pendedahan Kepentingan dalam Entiti- entiti Lain: Panduan Peralihan” Penggunaan pakai piawaian, pindaan kepada piawaian yang telah diterbitkan dan tafsiran di atas tidak memberi kesan kewangan yang ketara kepada Kumpulan dan Syarikat dan tidak menyebabkan perubahan besar kepada dasar-dasar perakaunan Kumpulan, kecuali piawaian berikut yang memberi kesan kepada Kumpulan dan Syarikat: • Pindaan kepada FRS 101 ‘Pembentangan Item dalam Lain-lain Pendapatan Komprehensif’ memerlukan entiti mengasingkan item- item yang dibentangkan dalam ‘Lain-lain Pendapatan Komprehensif’ (OCI) dalam penyata pendapatan komprehensif kepada dua kumpulan, berasaskan kepada, sama ada ia boleh dikitar semula atau tidak, kepada keuntungan atau kerugian pada masa depan. • FRS 12 “Pendedahan Kepentingan dalam Entiti-entiti Lain” membentangkan pendedahan yang diperlukan bagi semua bentuk kepentingan dalam entiti-entiti lain, termasuk urus janji bersama, syarikat-syarikat bersekutu, entiti-entiti berstruktur dan lain- lain instrumen luar kunci kira-kira. Ia memerlukan entiti-entiti mendedahkan maklumat yang membantu para pembaca penyata kewangan menilai bentuk, risiko dan kesan kewangan berkaitan dengan kepentingan entiti berkenaan dalam anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu, urus janji bersama dan entiti-entiti berstruktur yang tidak disatukan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=