FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 354 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 4 PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (Samb.) (a) Dasar-dasar pengurusan risiko kewangan (Samb.) Risiko pasaran (Samb.) (ii) Risiko harga (Samb.) Risiko harga komoditi Kumpulan terdedah kepada risiko harga komoditi kerana harga minyak sawit mentah (“MSM”), gula, kacang soya dan derivatif masing-masing tertakluk kepada turun naik akibat pelbagai faktor yang tidak boleh diramalkan seperti cuaca, perubahan permintaan global, pengeluaran global, harga minyak mentah dan pengeluaran global bagi tanaman seumpamanya dan saling melengkapi. Justeru, perolehan Kumpulan tertakluk kepada turun naik harga di pasaran komoditi. Kumpulan menggunakan kontrak derivatif bagi mengawal sebahagian daripada risiko sedemikian. Pada 31 Disember 2013, analisis sensitiviti telah dijalankan berasaskan kepada pendedahan Kumpulan kepada harga komoditi pada tarikh penyelesaian bagi liabiliti LLA dan portfolio derivatif komoditi Kumpulan. Pertambahan sebanyak 10% dalam indeks harga komoditi tertentu atau pertambahan sebanyak RM100 dalam harga MSM dilaksanakan untuk mengira liabiliti LLA, di mana semua pemboleh ubah lain kekal tidak berubah, ia akan meningkatkan atau mengurangkan keuntungan selepas cukai Kumpulan, mengikut jenis komoditi dan liabiliti kewangan, sebanyak kira-kira: 2013 2012 RM’000 RM’000 - Minyak sawit (8,163) (1,483) - Gula - 971 - Liabiliti LLA (181,000) (108,750) (189,163) (109,262) Pengurangan sebanyak10% dalam indeks harga komoditi tertentu atau pengurangan sebanyak RM100 dalam harga MSM yang digunakan untuk mengira liabiliti LLA, di mana semua pemboleh ubah lain kekal tidak berubah, ia akan meningkatkan atau mengurangkan keuntungan selepas cukai Kumpulan, mengikut jenis komoditi dan liabiliti kewangan, sebanyak kira-kira: 2013 2012 RM’000 RM’000 - Minyak sawit 8,163 1,483 - Gula - (971) - Liabiliti LLA 193,000 117,750 201,163 118,262

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=