FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 320 LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADAAHLI-AHLI FELDAGLOBAL VENTURESHOLDINGSBERHAD LAPORAN KE ATAS PENYATA KEWANGAN Kami telah mengaudit penyata kewangan Felda Global Ventures Holdings Berhad di muka surat 322 hingga 454, yang terdiri daripada penyata kedudukan kewangan bagi Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2013, dan penyata pendapatan komprehensif, penyata perubahan ekuiti dan penyata aliran tunai Kumpulan dan Syarikat bagi tahun kewangan yang telah berakhir, serta ringkasan dasar-dasar perakaunan penting dan nota-nota penjelasan yang lain, seperti yang dibentangkan dalam Nota 1 hingga 59. Tanggungjawab para Pengarah ke atas penyata kewangan Para Pengarah Syarikat bertanggungjawab untuk menyediakan penyata kewangan supaya ia memberikan gambaran yang benar dan saksama menurut Piawaian Laporan Kewangan dan keperluan Akta Syarikat, 1965 di Malaysia. Para Pengarah juga bertanggungjawab terhadap kawalan dalaman seperti yang mereka tentukan perlu bagi membolehkan penyediaan penyata kewangan yang bebas daripada salah nyata yang penting, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan. Tanggungjawab Juruaudit Tanggungjawab kami ialah untuk memberi pendapat tentang penyata kewangan ini berdasarkan audit kami. Kami telah menjalankan pengauditan menurut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut mengkehendaki kami mematuhi kehendak-kehendak etika serta merancang dan melaksanakan audit bagi mendapatkan jaminan munasabah bahawa penyata kewangan ini adalah bebas daripada salah nyata yang penting. Sesuatu audit melibatkan pelaksanaan prosedur bagi mendapatkan bukti audit mengenai jumlah dan pendedahan yang dinyata dalam penyata kewangan. Prosedur yang dipilih bergantung kepada pertimbangan kami, termasuk penilaian risiko akibat salah nyata yang penting dalam penyata kewangan, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan. Dalam membuat penilaian risiko tersebut, kami menilai kawalan dalaman entiti- entiti yang berkaitan dengan penyediaan penyata kewangan entiti berkenaan supaya memberi gambaran yang benar dan saksama bagi membentuk prosedur audit yang sesuai dengan keadaan tersebut, tetapi bukan bertujuan untuk memberi pendapat tentang keberkesanan kawalan dalaman entiti tersebut. Audit juga melibatkan penilaian kesesuaian dasar-dasar perakaunan yang digunakan dan kewajaran anggaran perakaunan yang dibuat oleh para pengarah, serta penilaian ke atas pembentangan keseluruhan penyata kewangan tersebut. Kami yakin bahawa bukti audit yang kami perolehi adalah mencukupi dan sesuai bagi menyediakan asas untuk pendapat audit kami. Pendapat Pada pendapat kami, penyata kewangan ini memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2013 serta prestasi kewangan dan aliran tunai masing-masing bagi tahun kewangan yang telah berakhir mematuhi Piawaian Laporan Kewangan dan keperluan Akta Syarikat, 1965 di Malaysia. LAPORAN KEHENDAK-KEHENDAK PERUNDANGAN DAN PERATURAN LAIN Menurut keperluan Akta Syarikat, 1965 di Malaysia, kami juga melaporkan yang berikut: (a) Pada pendapat kami, rekod perakaunan dan rekod-rekod lain serta senarai daftar yang perlu disimpan mengikut kehendak Akta telah disimpan dengan sempurna menurut Akta tersebut oleh Syarikat dan anak-anak syarikatnya yang mana kami bertindak sebagai juruaudit. (b) Kami telah mengambilkira penyata kewangan dan laporan juruaudit ke atas semua anak syarikat yang mana kami tidak bertindak sebagai juruaudit, seperti yang dinyatakan dalam Nota 22 kepada penyata kewangan. (c) Kami berpuas hati bahawa penyata kewangan anak-anak syarikat yang telah disatukan dengan penyata kewangan Syarikat adalah lengkap dan kandungannya wajar dan sesuai untuk tujuan penyediaan penyata kewangan Kumpulan dan kami telah menerima maklumat dan penjelasan yang memuaskan untuk tujuan tersebut. (d) Laporan audit ke atas penyata kewangan anak-anak syarikat tidak mengandungi sebarang kelayakan atau komen tidak memuaskan yang dibuat di bawah Seksyen 174 (3) Akta tersebut.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=