FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 321 TANGGUNGJAWAB LAPORAN YANG LAIN Maklumat tambahan yang dibentangkan dalam Nota 59 di muka surat 455 didedahkan bagi memenuhi kehendak Bursa Malaysia Securities Berhad dan bukan merupakan sebahagian daripada penyata kewangan. Para Pengarah bertanggungjawab menyiapkan maklumat tambahan tersebut sejajar dengan Panduan Berkaitan Perkara Khas No. 1, Penentuan Keuntungan atau Kerugian Yang Direalisasi dan Tidak Direalisasi dalam Konteks Pendedahan Menurut Kehendak-kehendak Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad, seperti yang dikeluarkan oleh Institut Akauntan Malaysia (Panduan MIA) dan arahan Bursa Malaysia Securities Berhad. Pada pendapat kami, maklumat tambahan tersebut telah disediakan, dalam semua aspek yang penting, menurut Garis Panduan MIA dan arahan Bursa Malaysia Securities Berhad. PERKARA-PERKARA LAIN Laporan ini dibuat hanya untuk ahli-ahli Syarikat sebagai sebuah badan, menurut Seksyen 174 Akta Syarikat, 1965 di Malaysia dan bukan untuk sebarang tujuan lain. Kami tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pihak untuk isi kandungan laporan ini. PRICEWATERHOUSECOOPERS THAYAPARAN A/L S. SANGARAPILLAI (No. AF: 1146) (No. 2085/09/14 (J)) Akauntan Bertauliah Akauntan Bertauliah Kuala Lumpur, Malaysia 29 April 2014
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=