FGV Annual Report 2013
Felda Global Ventures Holdings Berhad 319 PENYATA PARA PENGARAH MENURUT SEKSYEN 169(15) AKTA SYARIKAT, 1965 AKUAN BERKANUN MENURUT SEKSYEN 169(16) AKTA SYARIKAT, 1965 Kami, Tan Sri Haji Mohd Isa Dato’ Hj Abdul Samad dan Mohd Emir Mavani Abdullah, dua daripada Pengarah Felda Global Ventures Holdings Berhad, menyatakan bahawa menurut pendapat para Pengarah, penyata kewangan yang dibentangkan dari muka surat 322 hingga 454 telah dibuat bagi memberi pandangan yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2013 serta prestasi kewangan dan aliran tunai Kumpulan dan Syarikat bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut sejajar dengan peruntukan Akta Syarikat, 1965 dan Piawaian Laporan Kewangan di Malaysia. Maklumat tambahan yang di bentangkan dalam Nota 59 di muka surat 455 telah disediakan menurut Panduan Perkara Khas No. 1, Penentuan Keuntungan atau Kerugian Direalisasi dan Tidak Direalisasi dalam Konteks Pendedahan Menurut Kehendak Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad, seperti yang dikeluarkan oleh Institut Akauntan Malaysia. Di tandatangani bagi pihak Lembaga Pengarah sejajar dengan resolusi bertarikh 29 April 2014. TAN SRI HAJI MOHD ISA DATO’ HJ ABDUL SAMAD MOHD EMIR MAVANI ABDULLAH PENGERUSI PENGARAH Kuala Lumpur Saya, Ahmad Tifli Dato’ Mohd Talha, Pegawai yang bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan Felda Global Ventures Holdings Berhad, dengan ini sesungguhnya dan sebenarnya mengakui bahawa penyata kewangan yang dibentangkan di muka surat 322 hingga 454 adalah menurut pendapat saya betul, dan saya membuat perakuan ini dengan sepenuh kepercayaan bahawa ia adalah benar dan memenuhi peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960. AHMAD TIFLI DATO’ MOHD TALHA Diperakui dengan sesungguhnya dan sebenarnya oleh penama di atas Ahmad Tifli Dato’ Mohd Talha di Kuala Lumpur pada 29 April 2014, di hadapan saya. PESURUHJAYA SUMPAH
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=