FGV Annual Report 2013

Felda Global Ventures Holdings Berhad 318 MAKLUMAT BERKANUN DALAM PENYATA KEWANGAN Sebelum penyata pendapatan komprehensif dan penyata kedudukan kewangan bagi Kumpulan dan Syarikat dibuat, para Pengarah telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk: (a) memastikan supaya langkah sewajarnya telah diambil berkaitan hapus kira hutang lapuk dan menyediakan peruntukan bagi hutang ragu dan berpuas hati bahawa semua hutang lapuk yang dikenal pasti telah dihapus kira dan peruntukan yang mencukupi telah disediakan bagi hutang ragu; dan (b) memastikan bahawa sebarang aset semasa, selain daripada hutang, yang tidak mungkin direalisasi dalam perjalanan perniagaan biasa, di mana nilainya seperti yang dibentangkan dalam rekod perakaunan Kumpulan dan Syarikat, telah diturun nilai kepada satu jumlah yang mungkin boleh direalisasi. Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak menyedari sebarang keadaan yang: (a) boleh menjadikan jumlah yang telah dihapus kira bagi hutang lapuk atau jumlah peruntukan hutang ragu dalam penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat tidak mencukupi sehingga ke satu tahap yang penting; atau (b) boleh menjadikan nilai-nilai daripada aset semasa dalam penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat mengelirukan; atau (c) telah timbul yang menyebabkan pematuhan kepada kaedah penilaian aset atau liabiliti Kumpulan dan Syarikat yang sedia ada mengelirukan atau tidak wajar. Tiada luarjangka atau liabiliti telah berkuatkuasa ataumungkin berkuatkuasa dalam tempoh dua belas (12) bulan selepas berakhirnya tahun kewangan yang mana pada pendapat para Pengarah, akan atau boleh menjejaskan kebolehan Kumpulan atau Syarikat dalammemenuhi tanggungjawab mereka apabila tiba masanya. Pada tarikh laporan ini, tidak wujud: (a) sebarang caj ke atas aset Kumpulan dan Syarikat yang telah timbul sejak berakhir tahun kewangan yang menjamin liabiliti mana-mana individu; atau (b) sebarang liabiliti luar jangka bagi Kumpulan dan Syarikat yang telah timbul sejak berakhirnya tahun kewangan. Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak menyedari sebarang keadaan yang tidak dibincangkan dalam laporan ini atau penyata kewangan yang boleh menyebabkan sebarang jumlah yang dinyatakan dalam penyata kewangan mengelirukan. Pada pendapat para Pengarah: (a) keputusan operasi Kumpulan dan Syarikat pada tahun kewangan tidak rosot nilai dengan ketara disebabkan oleh sebarang perkara, urusniaga atau peristiwa penting dan luarbiasa, selain daripada yang didedahkan dalam Nota 56 penyata kewangan; dan (b) tidak timbul dalam selang masa antara akhir tahun kewangan dan tarikh laporan ini sebarang perkara, urusniaga atau peristiwa penting dan luarbiasa yang berkemungkinan menjejaskan keputusan operasi Kumpulan dan Syarikat dengan ketara bagi tahun kewangan di mana laporan ini dibuat, selain daripada yang didedahkan dalam Nota 57 kepada penyata kewangan. JURUAUDIT Juruaudit, PricewaterhouseCoopers, telah menyatakan kesanggupan mereka untuk meneruskan khidmat. Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pengarah menurut resolusi bertarikh 29 April 2014. TAN SRI HAJI MOHD ISA DATO’ HJ ABDUL SAMAD MOHD EMIR MAVANI ABDULLAH PENGERUSI PENGARAH Kuala Lumpur LAPORAN PARA PENGARAH

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=