FGV Annual Report 2013
TERMS OF REFERENCE OF THE AUDIT COMMITTEE 1. Purpose The purpose of the Audit Committee is to assist the Board in fulfilling the following key responsibilities: (i) Assessing the risks and control environment; (ii) Overseeing financial reporting; (iii) Evaluating the internal and external audit process; and (iv) Reviewing conflict of interest situations and related party transactions. 2. Composition (i) The Audit Committee members shall be appointed by and from the Board of FGV, and shall comprise of not less than three (3) members. (ii) All members of the Audit Committee shall be Non-Executive Directors with a majority being Independent Directors of FGV. An alternate Director cannot be appointed as a member of the Audit Committee. (iii) At least one member of the Audit Committee : a) mustbeamemberoftheMalaysianInstituteofAccountants; or b) if he is not a member of the Malaysian Institute of Accountants, he must have at least 3 years relevant working experience and : • he must have passed the examinations specified in Part I of the 1st Schedule of the Accountants Act 1967; or • he must be a member of one of the associations of accountants specified in Part II of the 1st Schedule of the Accountants Act 1967; or c) fulfills such other requirements as prescribed by the Bursa Malaysia. (iv) All members of the Audit Committee shall be financially literate. (v) In the event a member of the Audit Committee resigns, dies or for any other reason ceases to be a member with the result that 2(i), 2(ii) and 2(iii) is not complied with, the Board shall within three (3) months of that event appoint such number of new members as may be necessary to make up the requirements. (vi) The members of the Audit Committee shall elect a Chairman from among themselves, who shall be an Independent Director. TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT 1. Tujuan Tujuan penubuhan Jawatankuasa Audit adalah untuk membantu Lembaga Pengarah memenuhi tanggungjawab utama berikut: (i) Menilai risiko-risiko dan persekitaran kawalan; (ii) Memantau laporan kewangan; (iii) Menilai proses audit dalaman dan luar; dan (iv) Mengkaji keadaan percanggahan kepentingan dan urusniaga pihak berkaitan. 2. Komposisi (i) Ahli-ahli Jawatankuasa Audit hendaklah dilantik oleh dan daripada kalangan Lembaga Pengarah FGV, dan hendaklah terdiri tidak kurang daripada tiga (3) orang ahli. (ii) Semua ahli Jawatankuasa Audit hendaklah terdiri daripada Pengarah Bukan Eksekutif dengan majoriti daripada mereka merupakan Pengarah Bebas FGV. Pengarah gantian tidak boleh dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Audit. (iii) Sekurang-kurangnya seorang ahli Jawatankuasa Audit: a) mestilah merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia; atau b) jika beliau bukan ahli Institut Akauntan Malaysia, beliau mestilah mempunyai pengalaman bekerja sekurang- kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan dan: • beliau mestilah lulus peperiksaan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual 1 Akta Akauntan 1967; atau • beliau mestilah merupakan ahli salah sebuah persatuan akauntan yang dinyatakan dalamBahagian II Jadual 1 Akta Akauntan 1967; atau c) memenuhi keperluan lain yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia. (iv) Semua ahli Jawatankuasa Audit mestilah berpengetahuan dalam bidang kewangan. (v) Sekiranya seorang ahli Jawatankuasa Audit meletak jawatan, meninggal dunia atau atas sebarang sebab lain tidak lagi menjadi ahli dan menyebabkan ketidakpatuhan terhadap perkara 2(i), 2(ii) and 2(iii), Lembaga Pengarah hendaklah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada peristiwa tersebut, melantik bilangan ahli baru yang perlu untuk keperluan-keperluan tersebut (vi) Ahli-ahli Jawatankuasa Audit hendaklah melantik seorang Pengerusi dari kalangan mereka sendiri, yang merupakan seorang Pengarah Bebas. report on the audit committee Laporan Jawatankuasa Audit Felda Global Ventures Holdings Berhad 160
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=