FGV Annual Report 2013
Investor queries may be addressed to the unit through the following contact : Zaida Alia Shaari Head of Investor Relations Tel : +603 2692 8355 Email : zaida.s@feldaglobal.com Corporate Website FGV’s corporate website at www.feldaglobal.com provides quick access to information about the Group. The information on the website includes corporate profile, Board and key management profiles, announcements to Bursa Securities, press releases, share and dividend information, investor presentations, financial results, and corporate news. The Company’s website is updated periodically to provide current and comprehensive information about FGV Group. Annual Report FGV’s Annual Report 2013 is its second Annual Report produced since its listing on Bursa Securities on 28 June 2012. The Annual Report provides a comprehensive report on the Group’s operations and financial performance. The Annual Reports are also printed in summary form together with a digital version of the Annual Report in CD-ROM format. An online version of the Annual Report is also available on FGV’s corporate website. Media Coverage Media coverage on the Group and Senior Management, either through print media or television coverage, is also initiated proactively at regular intervals to provide wider publicity and improve the general understanding of the Group’s business among investors and the public. GENERAL MEETINGS The Group’s Extraordinary General Meetings (EGM) and AGM represent the primary platforms for direct two-way interaction between the shareholders, Board and Management of the Group. The Chairman, at the commencement of a general meeting, informs shareholders of their right to a vote by poll. The Company sends out the Notice of the AGM and related circulars to shareholders at least 21 days before the meeting as required under the Listing Requirements. FGV’s first AGM since its listing date was held on 26th June 2013, which acted as a principal forum for dialogue with all shareholders. All shareholders were encouraged and given sufficient opportunity to enquire about the Group’s activities and prospects as well as their expectations and concerns. Shareholders were encouraged to participate in the Question and Answer session on the resolutions to be proposed or about the Group’s operations in general. Shareholders who were unable to attend are allowed to appoint proxies in accordance with the Company’s Articles to attend and vote on their behalf. The Chairman and the Board members are in attendance to provide clarifications, if any, on shareholders’ queries. A press conference is held immediately after the AGM where the Chairman and Group President/Chief Executive Officer provide updates to the media representatives on matters pertaining to the Group. The outcome of the AGM is announced to Bursa Securities on the same day. Pertanyaan pelabur boleh dihantar ke unit tersebut melalui butiran perhubungan berikut : Zaida Alia Shaari Ketua Perhubungan Pelabur Tel : +603 2692 8355 Emael : zaida.s@feldaglobal.com Laman Sesawang Korporat Laman sesawang korporat FGV di www.feldaglobal.com memberikan akses pantas kepada maklumat mengenai Kumpulan. Maklumat di laman sesawang ini termasuk profil korporat, profil Lembaga Pengarah dan pengurusan utama, pengumuman kepada Bursa Securities, siaran akhbar, maklumat saham dan dividen, pembentangan pelabur, keputusan kewangan, dan berita korporat. Laman sesawang Syarikat dikemas kini secara berkala bagi memberikan maklumat terkini dan menyeluruh mengenai Kumpulan FGV. Laporan Tahunan Laporan Tahunan 2013 FGV adalah Laporan Tahunan yang kedua dihasilkan sejak penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012. Laporan Tahunan ini menyediakan laporan komprehensif mengenai operasi dan prestasi kewangan Kumpulan. Laporan Tahunan ini juga dicetak dalam bentuk ringkas berserta versi digital dalam format CD-ROM. Versi online Laporan Tahun ini juga boleh didapati di laman sesawang korporat FGV. Liputan Media Liputan media mengenai Kumpulan dan Pengurusan Kanan, sama ada menerusi media cetak atau liputan televisyen, juga telah dilaksanakan secara proaktif dari semasa ke semasa untuk memberi publisiti yang lebih luas dan meningkatkan pemahaman am mengenai perniagaan Kumpulan di kalangan pelabur dan orang ramai. MESYUARAT AGUNG Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dan AGM Kumpulan merupakan platform utama bagi interaksi dua hala antara pemegang saham, Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kumpulan. Sebaik sahaja mesyuarat agung dimulakan, Pengerusi akan memaklumkan para pemegang saham mengenai hak mereka untuk mengundi melalui pungutan suara. Syarikat mengedarkan Notis AGM dan pekeliling yang berkaitan kepada pemegang saham sekurang-kurangnya 21 hari sebelum mesyuarat sebagaimana yang dikehendaki di bawah Keperluan Penyenaraian. AGM pertama FGV sejak ia disenaraikan telah diadakan pada 26 Jun 2013, yang berperanan sebagai forum utama bagi dialog dengan semua pemegang saham. Semua pemegang saham digalakkan dan diberi peluang yang sewajarnya untuk membuat pertanyaan mengenai aktiviti dan prospek Kumpulan serta jangkaan dan kebimbangan mereka. Pemegang saham digalakkan untuk mengambil bahagian dalam sesi Soal Jawab mengenai resolusi yang akan dicadangkan atau mengenai operasi Kumpulan secara umum. Pemegang saham yang tidak dapat hadir dibenarkan melantik proksi menurut Tataurusan Syarikat untuk menghadiri dan mengundi bagi pihak mereka. Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah hadir untuk memberikan penjelasan terhadap pertanyaan para pemegang saham, jika ada. Sebuah sidang akhbar diadakan sebaik sahaja AGM tamat di mana Pengerusi dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan menyediakan kemas kini kepada wakil-wakil media berhubung perkara-perkara berkaitan Kumpulan. Keputusan AGMdiumumkan kepada Bursa Securities pada hari yang sama. Felda Global Ventures Holdings Berhad 141
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=