FGV Annual Report 2013
Steering Committee for Project MI The Steering Committee for Project MI was established on 16 July 2013 and mandated by FGV Board to manage and provide guidance to ensure successful execution of project MI which refers to the proposed acquisition of majority stake in Felda Holdings Bhd. Under its Terms of Reference, the Steering Committee for Project MI shall consist of members whom shall be appointed from amongst the Directors of FGV. The Steering Committee for Project MI comprises of three (3) Independent Non-Executive Directors and one (1) Non-Independent Executive Director, as follows: 1. Dato’ Yahaya Abd Jabar Chairman of the Steering Committee for Project MI (Independent Non-Executive Director) 2. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah Member (Independent Non-Executive Director) 3. Mohd Emir Mavani Abdullah Member (Non-Independent Executive Director) 4. Dato’ Paduka Ismee Ismail Member (Independent Non-Executive Director) (Appointed as Member on 9 December 2013) 5. Datuk Shahril Ridza Ridzuan Member (Independent Non-Executive Director) (Appointed as Member on 9 December 2013) (Resigned as director on 26 December 2013) The Steering Committee for Project MI’s responsibilities include the following : (i) Spearhead the negotiation and discussion with KPF on the terms and conditions and all other related matters pertaining to Project MI. (ii) Spearhead all engagement, negotiations and discussions with Due Diligence Working Group and other key stakeholders i.e. Felda, settlers community and authorities. (iii) Approve holding statements and investors relation materials for the press and analysts, press conferences and analyst briefings. (iv) Negotiate and finalise the terms of appointment of advisers such as investment banks, valuer, accountants, legal advisers, media consultant and other relevant professional advisers. Jawatankuasa Pemandu bagi Projek MI Jawatankuasa Pemandu bagi Projek MI ditubuhkan pada 16 Julai 2013 dan telah diberi mandat oleh Lembaga Pengarah FGV untuk mengurus dan memberi panduan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek MI yang merujuk kepada cadangan pengambilalihan kepentingan majoriti dalam Felda Holdings Bhd. Di bawah Terma Rujukannya, Jawatankuasa Pemandu bagi Projek MI hendaklah dianggotai oleh ahli-ahli yang hendaklah dilantik dari kalangan Pengarah FGV. Jawatankuasa Pemandu bagi Projek MI terdiri daripada tiga (3) orang Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dan seorang (1) Pengarah Eksekutif Bukan Bebas, seperti berikut: 1. Dato’ Yahaya Abd Jabar Pengerusi Jawatankuasa Pemandu bagi Projek MI (Pengarah Bukan Eksekutif Bebas) 2. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah Ahli (Pengarah Bukan Eksekutif Bebas) 3. Mohd Emir Mavani Abdullah Ahli (Pengarah Eksekutif Bukan Bebas) 4. Dato’ Paduka Ismee Ismail Ahli (Pengarah Bukan Eksekutif Bebas) (Dilantik sebagai Ahli pada 9 Disember 2013) 5. Datuk Shahril Ridza Ridzuan Ahli (Pengarah Bukan Eksekutif Bebas) (Dilantik sebagai Ahli pada 9 Disember 2013) (Meletak jawatan sebagai pengarah pada 26 Disember 2013) Tanggungjawab Jawatankuasa Pemandu bagi Projek MI meliputi seperti berikut : (i) Menerajui rundingan dan perbincangan dengan KPF berhubung terma dan syarat serta semua perkara berkaitan lain mengenai Projek MI. (ii) Menerajui semua tugasan, rundingan dan perbincangan dengan Kumpulan Kerja Usaha Wajar dan para pemegang kepentingan utama lain, iaitu Felda, komuniti peneroka dan pihak-pihak berkuasa. (iii) Meluluskan penyata pegangan dan bahan-bahan perhubungan pelabur untuk akhbar dan penganalisis, sidang akhbar dan taklimat penganalisis. (iv) Berunding dan memuktamadkan syarat-syarat pelantikan penasihat seperti bank-bak pelaburan, jurunilai, akauntan, penasihat undang- undang, perunding media dan para penasihat profesional yang berkaitan. Felda Global Ventures Holdings Berhad 137
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=