FGV Annual Report 2013
The Board Governance & Risk Management Committee currently comprises three (3) Independent Non-Executive Directors and one (1) Non-Independent Executive Director, as follows : 1. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah Chairman of the Board Governance & Risk Management Committee (Independent Non-Executive Director) 2. Dato’ Yahaya Abd Jabar Member (Independent Non-Executive Director) 3. YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid Member (Independent Non-Executive Director) 4. Mohd Emir Mavani Abdullah Member (Non-Independent Executive Director) 5. Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob Member (Independent Non-Executive Director) (Appointed as Member on 8 April 2014) The Board Governance & Risk Management Committee’s responsibilities shall include the review of the following areas and report of the same to the Board: (i) Governance and ethics In relation to governance and ethics, to undertake the following: (a) To direct and oversee the formulation of the Group’s governance framework with a view to inculcate an ethical and governance climate consistent with the Board’s risks appetite, guided by the Recommendations of the Code. (b) To direct and oversee the formulation of the Group’s programs and policies to support the implementation of the Group’s governance framework and endorse the blueprints and policies for the Board’s approval. (c) To review reports on the status and availability of related procedures by the Group’s operations and subsidiaries to implement the Group’s policies. (d) To monitor the status and progress of formulation and implementation of the related governance framework, blueprints and policies; and accordingly report to the Board the status. (e) To recommend to the Board the approval of and/ or amendments to the Group governance framework, blueprints and policies. Jawatankuasa Tadbir Urus & Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah pada masa ini dianggotai oleh tiga (3) orang Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dan seorang (1) Pengarah Eksekutif Bukan bebas, seperti berikut : 1. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus & Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah (Pengarah Bukan Eksekutif Bebas) 2. Dato’ Yahaya Abd Jabar Ahli (Pengarah Bukan Eksekutif Bebas) 3. YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid Ahli (Pengarah Bukan Eksekutif Bebas) 4. Mohd Emir Mavani Abdullah Ahli (Pengarah Eksekutif Bukan Bebas) 5. Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob Ahli (pengarah Bukan Eksekutif Bebas) (Dilantik sebagai Ahli pada 8 April 2014) Tanggungjawab Jawatankuasa Tadbir Urus & Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah hendaklah meliputi kajian ke atas bidang-bidang berikut dan melaporkannya kepada Lembaga Pengarah: (i) Tadbir urus dan etika Menjalankan perkara-perkara berikut berkaitan tadbir urus dan etika: (a) Untuk mengarah dan mengawasi pembentukan rangka kerja tadbir urus Kumpulan dengan tujuan untuk menerapkan persekitaran beretika dan tadbir urus, sejajar dengan kesanggupan mengambil risiko Lembaga Pengarah dan berpandukan Saranan-saranan Kod. (b) Untuk mengarah dan mengawasi pembentukan program dan dasar Kumpulan bagi menyokong pelaksanaan rangka kerja tadbir urus Kumpulan dan mengesahkan pelan induk serta dasar-dasar untuk kelulusan Lembaga Pengarah. (c) Untuk mengkaji laporan berhubung status dan ketersediaan prosedur yang berkaitan oleh operasi dan anak-anak syarikat Kumpulan bagi melaksanakan dasar-dasar Kumpulan. (d) Untuk memantau status dan perkembangan perumusan dan pelaksanaan rangka kerja, pelan induk dan dasar tadbir urus berkaitan; dan seterusnya melaporkan statusnya kepada Lembaga Pengarah. (e) Untuk mengesyorkan kepada Lembaga kelulusan dan/atau pindaan kepada rangka kerja, pelan induk dan dasar tadbir urus Kumpulan. Felda Global Ventures Holdings Berhad 135
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=