FGV Annual Report 2013
STAtement on corporate governance Penyata Tadbir Urus Korporat The key responsibilities of the Remuneration Committees are as follows: (i) To review and make recommendations to the Board in relation to the remuneration policies for: a) Non-Executive Directors of FGV Group, to ensure that remuneration framework, policies and fee levels are adequate to attract, retain and motivate high calibre individuals as Directors; b) The Group President/CEO, Senior Executives and other executives who report directly to the Group President/CEO. (ii) To assess the effectiveness and relevance of the Remuneration Policy annually, and as and when the need arises. In particular, the Committee must be satisfied that: a) All applicable provisions regarding remuneration and its disclosure as set out in relevant laws and regulations are appropriately reflected in the Remuneration Policy. b) The Remuneration Policy encourages behaviour that supports FGV’s long-term financial soundness, growth and success within an appropriate risk management framework. c) The Remuneration Policy demonstrates a clear relationship between individual performance and remuneration. d) The Remuneration Policy, where appropriate, specifies an appropriate mix of remuneration, reflecting the short and long-term performance objectives appropriate to FGV’s circumstances and goals. (iii) To review and make recommendations to the Board annually on the entire specific contractual and remuneration arrangements for the Group President/CEO or Executive Director having regard to the Remuneration Policy, including : a) Fixed remuneration levels; b) Short and long term remuneration targets and outcomes (including performance targets); c) Any termination payments to be made; d) Retention and sign-on rewards; e) The development of any equity based plan to apply to the Group President/CEO; and f) Any other forms of remuneration. (iv) Determine and agree with the Board an appropriate Performance framework, endorse its application in setting performance targets for the remuneration of the Group President/CEO or Executive Director and assessing their performance against such targets, to determine resultant annual remuneration levels; Tanggungjawab utama Jawatankuasa Imbuhan adalah seperti berikut: (i) Untuk mengkaji dan membuat saranan kepada Lembaga Pengarah berhubung dasar-dasar imbuhan untuk: a) Pengarah Bukan Eksekutif Kumpulan FGV, untuk memastikan supaya rangka kerja, dasar dan tahap yuran imbuhan adalah mencukupi untuk menarik, mengekal dan mendorong individu berkaliber tinggi sebagai Pengarah; b) Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Eksekutif Kanan dan eksekutif lain yang melapor secara langsung kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. (ii) Untuk menilai keberkesanan dan keberkaitan Dasar Imbuhan pada setiap tahun, serta jika dan apabila diperlukan. Secara khususnya, Jawatankuasa hendaklah berpuas hati bahawa: a) Semua peruntukan berhubung imbuhan dan pendedahannya seperti yang ditetapkan dalam undang-undang dan peraturan berkaitan digambarkan dengan sewajarnya dalam Dasar Imbuhan. b) Dasar Imbuhan menggalakkan tingkah laku yang menyokong keteguhan kewangan, pertumbuhan dan kejayaan jangka panjang FGV dalam rangka kerja pengurusan risiko yang sesuai. c) Dasar Imbuhan menampilkan hubungan yang jelas antara prestasi individu dan imbuhan. d) Dasar Imbuhan, di mana sesuai, menyatakan gabungan imbuhan yang sesuai, yang menggambarkan objektif prestasi jangka pendek dan jangka panjang yang sesuai dengan keadaan dan matlamat FGV. (iii) Untuk mengkaji dan mengemukakan saranan kepada Lembaga Pengarah pada setiap tahun mengenai keseluruhan pengaturan berkontrak dan imbuhan khusus bagi Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan atau Pengarah Eksekutif dengan mengambil kira Dasar Imbuhan, termasuk: a) Tahap imbuhan tetap; b) Sasaran dan keputusan jangka pendek dan jangka panjang (termasuk sasaran prestasi); c) Sebarang pembayaran penamatan yang akan dibuat; d) Ganjaran pengekalan dan penyertaan; e) Pewujudan sebarang rancangan berasaskan ekuiti bagi digunakan untuk Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan; dan f) Sebarang bentuk imbuhan lain. (iv) Menentukan dan bersetuju bersama Lembaga Pengarah, satu rangka kerja Prestasi yang sesuai, mengesahkan pelaksanaannya dalam menetapkan sasaran prestasi bagi imbuhan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengarah Eksekutif, dan menilai prestasi mereka berbanding sasaran tersebut, bagi menentukan tahap imbuhan tahunan yang terhasil; Felda Global Ventures Holdings Berhad 130
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=