FGV Annual Report 2013
STAtement on corporate governance Penyata Tadbir Urus Korporat With its diversity of skills, the Board has been able to provide clear and effective collective leadership to the Group, and has brought informed and independent judgment to the Group’s strategy and performance so as to ensure the highest standards of conduct and integrity are always at the core of the Group. A brief description of the background of each Director is contained in the “Board of Directors’ Profiles” section, set out on pages 70 to 83 of this Annual Report. Independent Non-Executive Directors The Board has undertaken an assessment of the Independent Non- Executive Directors, and has concluded that each of them continue to demonstrate behaviour that reflects their independence, which is in accordance with the definition under Paragraph 1.01 of the Listing Requirements on the definition of Independent Directors. The Board is satisfied that all its Independent Non-Executive Directors represent the interest of the minority shareholders by virtue of their roles and responsibilities. The Code’s Recommendation on reinforce independence, provides a limit of a cumulative term of nine (9) years as the tenure for an Independent Director, after which, the said Director may either seek shareholders approval to continue to remain on the Board or be re-designated to a Non-Independent Non-Executive Director. To date, the Independent Non-Executive Directors of FGV Board have served less than nine years and are therefore not subject to this Recommendation. Division of Roles and Responsibilities between the Chairman and Group President/CEO The Board appreciates the distinct roles and responsibilities of the Chairman of the Board and the Group President/CEO. This division ensures that there is a clear and proper balance of power and authority. As such, the role of the Chairman and Group President/CEO is separate. The Chairman’s main responsibility is to ensure effective conduct of the Board through the execution of the following key roles : (i) Building a high performance Board by leading the evaluation of the Board’s performance and ensuring that succession planning is considered on an on-going basis. (ii) Managing Board meetings to ensure robust decision making by ensuring the provision of accurate, timely and clear information to all Directors. The Chairman encourages participation and deliberation by Board members to tap the wisdom of all the Board members and to promote consensus building as much as possible. (iii) Facilitating the Board and Management interface by acting as the conduit between the two parties. (iv) Facilitating the selection and appointment of a successor to the Group President/CEO. (v) Acting as a spokesperson for the Board and the Group. Dengan kepelbagaian kemahirannya, Lembaga Pengarah telah berupaya menyediakan kepimpinan kolektif yang jelas dan berkesan kepada Kumpulan, dan telah membawa pertimbangan yang termaklum dan bebas untuk strategi dan prestasi Kumpulan bagi memastikan piawaian tatalaku dan integriti tertinggi sentiasa menjadi teras dalam Kumpulan. Penerangan ringkas mengenai latar belakang setiap Pengarah terkandung dalam bahagian “Profil Lembaga Pengarah” yang dibentangkan di muka surat 70 hingga 83 dalam Laporan Tahunan ini. Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Lembaga Pengarah telah menjalankan penilaian terhadap para Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dan menyimpulkan bahawa setiap daripada mereka terus menunjukkan tingkah laku yang mencerminkan pendirian bebas mereka, sejajar dengan takrifan di bawah Perenggan 1.01 Keperluan Penyenaraian berhubung takrifan Pengarah Bebas. Lembaga Pengarah berpuas hati bahawa semua Pengarah Bukan Eksekutif Bebas mewakili kepentingan pemegang saham minoriti menerusi peranan dan tanggungjawab mereka. Saranan Kod tentang kebebasan yang diperkukuh, menggariskan had tempoh terkumpul selama sembilan (9) tahun sebagai tempoh Pengarah Bebas memegang jawatan, di mana selepas itu, seseorang Pengarah boleh mendapatkan kelulusan para pemegang saham untuk terus kekal dalam Lembaga Pengarah atau ditukar ke jawatan Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas. Hingga kini, para Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dalam Lembaga Pengarah FGV telah berkhidmat kurang dari sembilan tahun, justeru, tidak tertakluk kepada Saranan ini. Pembahagian Peranan dan Tanggungjawab antara Pengerusi dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lembaga Pengarah menghargai peranan dan tanggungjawab berbeza antara Pengerusi Lembaga Pengarah dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Pembahagian ini memastikan supaya terdapat keseimbangan kuasa dan autoriti yang jelas dan sesuai. Oleh itu, peranan yang dimainkan oleh Pengerusi dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan adalah berasingan. Tanggungjawab utama Pengerusi adalah untuk memastikan tatacara Lembaga Pengarah yang berkesan menerusi pelaksanaan peranan-peranan utama seperti berikut: (i) Membina Lembaga Pengarah berprestasi tinggi dengan mengetuai penilaian prestasi Lembaga Pengarah dan memastikan rancangan penggantian dipertimbangkan secara berterusan. (ii) Menguruskan mesyuarat Lembaga Pengarah bagi memastikan proses membuat keputusan yang mantap dengan memastikan penyediaan maklumat yang tepat, kena pada masanya dan jelas kepada semua Pengarah. Pengerusi menggalakkan penyertaan dan perbincangan oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah untuk memanfaatkan kebijaksanaan semua ahli Lembaga Pengarah dan untuk menggalakkan pembinaan kesepakatan sejauh mungkin. (iii) Merapatkan jurang di antara Lembaga Pengarah dan Pengurusan dengan bertindak sebagai penghubung antara kedua-dua pihak. (iv) Membantu dalam pemilihan dan pelantikan pengganti kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. (v) Bertindak sebagai jurucakap bagi Lembaga Pengarah dan Kumpulan. Felda Global Ventures Holdings Berhad 114
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=