FGV Annual Report 2013
The Directors continue to adhere to the highest standards of ethical behaviour as stated in the Board Charter. The Board also supports and encourages policies within FGV Group which require Directors and employees to observe high standards of personal integrity and display honesty in their dealings. The Board appoints members to sit on subsidiary boards, in particular the cluster boards, namely Felda Global Ventures Plantations Sdn Bhd, Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd, Felda Global Ventures Sugar Sdn Bhd and Felda Holdings Bhd, to maintain oversight and ensure the operations of the respective subsidiaries are aligned with the Group’s strategies and objectives. Board Balance and Composition Under the Company’s Articles of Association, the number of Directors shall not be less than two (2) and not more than twelve (12). As at the date of this Statement, there are twelve (12) members of the Board, comprising seven (7) Independent Non-Executive Directors, four (4) Non-Independent Non-Executive Directors and one (1) Non- Independent Executive Director (Group President/Chief Executive Officer (CEO)), the composition of which is in compliancewith paragraph 15.02 of the Bursa Securities Listing Requirements. The composition of the Board fairly reflects the interest of the significant shareholders, without compromising the interest of the minority shareholders. The Independent Non-Executive Directors on the Board act as caretakers of the minority shareholders and their views carry significant weight in the Board’s decision-making process. The presence of Independent Non-Executive Directors fulfils a pivotal role in corporate accountability. Although all the Directors have equal responsibility at the Board level, the roles of these Independent Non-Executive Directors are particularly important as they provide unbiased and independent views, advice as well as judgement to take account of the interests, not only of the Group, but also that of minority shareholders, employees, customers, suppliers and the many communities within which the Group conducts its business. The Board places great importance on the balance of its Independent Non-Executive Directors since they serve as an essential source of impartial and professional guidance to protect the interest of the shareholders. The Board regularly reviews the composition of the Board and its Committees to ensure appropriate balance and a good mix of skills and experience. The Boardmembers comprise high calibre individuals with diverse professional backgrounds, skills and extensive experience and knowledge in their respective fields. Together, the Directors with their wide range of competencies, capabilities, technical skills and relevant business experience add value in governing the strategic direction of the Group. The Board encourages female candidates to take up board positions. On 25 July 2012 and 16 July 2013, Datuk Wira Jalilah Baba and Datuk Nozirah Bahari were appointed as directors respectively. However, Datuk Wira Jalilah Baba resigned on 19 August 2013. Datuk Dr. Salmiah Ahmad was then appointed as director on 15 March 2014. The Board will continue to seek to appoint capable and competent Directors in order to reach at least 30 % female representation on the Board in the near term. Para Pengarah terus mematuhi piawaian tingkah laku beretika seperti yang dinyatakan dalam Piagam Lembaga. Lembaga Pengarah turut menyokong dan menggalakkan dasar-dasar dalam Kumpulan FGV yang memerlukan para Pengarah dan kakitangan mematuhi piawaian integriti peribadi tertinggi dan menampilkan kejujuran dalam urusan mereka. Lembaga Pengarah melantik ahli-ahlinya untuk menganggotai lembaga pengarah anak-anak syarikat, khususnya lembaga pengarah kelompok yang terdiri daripada Felda Global Ventures Plantations Sdn Bhd, Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd, Felda Global Ventures Sugar Sdn Bhd dan Felda Holdings Bhd, untuk mengekalkan pengawasan dan memastikan supaya operasi setiap anak syarikat sejajar dengan strategi dan objektif Kumpulan. Keseimbangan dan Komposisi Lembaga Pengarah Di bawah Tataurusan Pertubuhan Syarikat, bilangan Pengarah hendaklah tidak kurang daripada dua (2) orang dan tidak lebih daripada dua belas (12) orang. Pada tarikh Penyata ini, Lembaga Pengarah dianggotai oleh dua belas (12) orang ahli yang terdiri daripada tujuh (7) orang Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, empat (4) orang Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan seorang (1) Pengarah Eksekutif Bukan Bebas (Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO)). Komposisi ini mematuhi perenggan 15.02 Keperluan Penyenaraian Bursa Securities. Komposisi LembagaPengarah inimenggambarkan kepentingan pemegang saham utama, tanpa menjejaskan kepentingan para pemegang saham minoriti. Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dalam Lembaga Pengarah bertindak sebagai penjaga kepentingan pemegang saham minoriti dan pandangan mereka membawa kesan penting dalam proses pembuatan keputusan Lembaga Pengarah. Kehadiran Pengarah Bukan Eksekutif Bebasmemenuhi peranan penting dalamkebertanggungjawaban korporat. Walaupun para Pengarah mempunyai tanggungjawab yang setara di peringkat Lembaga Pengarah, peranan para Pengarah Bukan Eksekutif Bebas adalah sangat penting kerana mereka memberikan pandangan yang tidak berat sebelah dan bebas, nasihat dan pertimbangan yang mengambil kira kepentingan, iaitu bukan sahaja kepentingan Kumpulan, tetapi juga kepentingan pemegang saham minoriti, kakitangan, pelanggan, pembekal dan komuniti di mana Kumpulan menjalankan perniagaannya. Lembaga Pengarah meletakkan kepentingan yang tinggi ke atas keseimbangan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas kerana mereka bertindak sebagai sumber penting dalam memberi panduan yang adil dan profesional demi melindungi kepentingan para pemegang saham. Lembaga Pengarah mengkaji komposisi Lembaga Pengarah dan Jawatankuasanya secara kerap untuk memastikan keseimbangan yang sesuai dan gabungan kemahiran serta pengalaman yang wajar. Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada individu-individu yang berkaliber tinggi dengan latar belakang profesional yang berpelbagai, berkemahiran serta berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang masing- masing. Secara bersama, para Pengarah dengan daya saing, keupayaan, kemahiran teknikal dan pengalaman perniagaan yang berkaitan memberi nilai tambah dalam tadbir urus hala tuju strategik Kumpulan. Lembaga Pengarah menggalakkan calon-calon wanita untuk menyertai Lembaga Pengarah. Pada 25 Julai 2012 dan 16 Januari 2013, Datuk Wira Jalilah Baba dan Datuk Nozirah Bahari masing-masing telah dilantik sebagai Pengarah. Walau bagaimanapun, Datuk Wira Jalilah Baba telah meletak jawatan pada 19 Ogos 2013. Kemudian, Datuk Dr. Salmiah Ahmad telah dilantik sebagai pengarah pada 15 Mac 2014. Lembaga Pengarah akan terus berusaha melantik para Pengarah yang berkebolehan dan berwibawa untuk mencapai sekurang-kurangnya 30% perwakilan wanita dalam Lembaga Pengarah dalam tempoh terdekat. Felda Global Ventures Holdings Berhad 113
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=