FGV Annual Report 2012

A n n u a l R e p o r t 2 0 1 2 L a p o r a n T a h u n a n 75 SATUWARISAN BERASASKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL Evolusi FGV berakar umbi daripada salah satu inisiatif pembangunan mampan paling unik di dunia – penubuhan FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) pada tahun 1956. FELDA telah ditubuhkan sebagai satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk menangani kemiskinan luar bandar dan memperkasa golongan miskin untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Ia telah berkembang menjadi salah satu projek pembangunan pertanian terbesar dan paling berjaya di dunia, memberi punca pendapatan berterusan kepada lebih satu juta orang, dan membawa kepada perubahan FGV – sebuah perniagaan bernilai satu bilion Ringgit dengan kehadiran global – dan Felda Holdings Bhd (FHB) yang muncul sebagai pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, yang menyumbang lapan peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia. Selaras dengan warisan ini, pada hari ini, dianggarkan bahawa jejak sosial FGV telah menjangkau kepada hampir dua juta orang. Ini terdiri daripada bukan sahaja 112,635 keluarga peneroka termasuk anak-anak dan cucu-cicit mereka, mereka yang berkaitan dengan tanah peneroka dan mereka yang tinggal di pekan-pekan dan kampung-kampung luar bandar yang memperoleh pendapatan daripada Kumpulan Felda tetapi juga ramai lagi rakyat Malaysia: 60,000 pemegang saham FGV, 23,000 kakitangan FELDA dan FGV, 50,000 pekerja serta ribuan vendor, pembekal, kontraktor dan rakan-rakan niaga berserta keluarga masing-masing. Selaras dengan misi penubuhannya, FGV terus mendokong prinsip-prinsip kemampanan dalam usaha mencapai matlamatnya dan dalam menjalankan perniagaannya.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=