FGV Annual Report 2012
A n n u a l R e p o r t 2 0 1 2 L a p o r a n T a h u n a n 51 Datuk Wira Jalilah Baba, a Malaysian, aged 59, was appointed as an Independent Non-Executive Director of FGV on 25th July 2012. She is also a Member of the Audit Committee, Remuneration Committee and Investment Committee. She holds a Bachelor of Arts (Economic) Honours from University of Malaya and is one of the top economists in the country with expertise in handling investment related matters especially attracting FDI (Foreign Direct Investment), tax matters, Industry and high impact incentives packages. She has been the chief negotiator in attracting and evaluating High Impact Projects for Malaysia. She is source of reference for economics and investment matters by the media. She is known as an articulate speaker with excellent public relation communication skills and has been the lead speaker for Malaysia at various national and international conferences. Datuk Wira Jalilah Baba retired from the Government service as the Director General and Chief Executive Officer of MIDA (Malaysian Investment Development Authority) in August 2011. She served MIDA for the past 30 years and has acquired knowledge on several specific industries in manufacturing and services such as, palm oil processing and downstream industries; oil and gas, renewable energy, green technology, advanced electronics, media and many others. She was part of the team in developing and implementing the Industrial Master Plan for Malaysia as well as placing Malaysia into the Global Supply Chain. Malaysia’s progress to date can be highly correlated with the various strategies employed by MIDA in investment matters. She spearheaded organisation’s re-engineering and transformation with focus on process improvements and documentation; issues related to international ISO certifications and privatisation and corporatisation, which was her latest assignment in MIDA. Currently she is the Chairman of PKT Logistics Group Sdn Bhd, Crewstone International Sdn Bhd and a Member of the International Advisory Panel of Labuan Financial Services Authority. She is also a Board Member of RHB Capital Berhad, KOMARKCorp Berhad and QL Resources Berhad. She attended four out of five Board Meetings of the Company held during the financial year under review since her appointment as Director. She has no conflict of interest with the Company and does not have any family relationship with any Director and/or major shareholder of the Company. She has not been convicted for any offences within the past ten years. Datuk Wira Jalilah Baba, warganegara Malaysia, berusia 59 tahun, telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas FGV pada 25 Julai 2012. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Imbuhan dan Jawatankuasa Pelaburan. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) Kepujian dari Universiti Malaya dan merupakan salah seorang ahli ekonomi utama di negara ini yang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaburan terutama dalam menarik FDI (Pelaburan Langsung Asing), perkara-perkara cukai, Industri dan pakej insentif berimpak tinggi. Beliau telah menjadi perunding utama dalam menarik dan menilai Projek Berimpak Tinggi untuk Malaysia. Beliau merupakan pusat rujukan utama bagi hal-hal ekonomi dan pelaburan oleh pihak media. Beliau dikenali sebagai seorang penceramah lantang dengan kemahiran komunikasi perhubungan awam yang baik dan telah menjadi penceramah utama bagi Malaysia di pelbagai persidangan kebangsaan dan antarabangsa. Datuk Wira Jalilah Baba bersara daripada perkhidmatan Kerajaan sebagai Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) pada Ogos 2011. Beliau telah berkhidmat dengan MIDA selama 30 tahun dan telah meraih kepakaran dalam beberapa industri khusus dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan seperti pemprosesan minyak sawit dan industri hiliran; minyak dan gas; tenaga boleh diperbaharui, teknologi hijau, elektronik moden, media dan pelbagai lagi. Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan yang membangun dan melaksanakan Pelan Induk Perindustrian untuk Malaysia serta meletakkan Malaysia dalam Rantaian Bekalan Global. Kemajuan Malaysia sehingga hari ini boleh dikait rapat dengan pelbagai strategi yang dilaksanakan oleh MIDA dalam hal-hal pelaburan. Beliau telah mengetuai kejuruteraan semula dan transformasi organisasi dengan tumpuan ke atas peningkatan proses dan dokumentasi; isu-isu berkaitan pensijilan ISO antarabangsa serta penswastaan dan pengkorporatan, yang mana merupakan tugasan terkini beliau di MIDA. Terkini, beliau merupakan Pengerusi PKT Logistics Group Sdn Bhd, Crewstone International Sdn Bhd dan Ahli di International Advisory Panel of Labuan Financial Services Authority. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah RHB Capital Berhad, KOMARKCorp Berhad dan QL Resources Berhad. Beliau telah menghadiri empat daripada lima Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat yang diadakan sepanjang tahun kewangan di bawah tinjauan sejak pelantikan beliau sebagai Pengarah. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Syarikat dan tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah dan/atau pemegang saham utama Syarikat. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan sepanjang sepuluh tahun lepas. Datuk Wira Jalilah Baba Independent Non-Executive Director Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=