FGV Annual Report 2012

52 Felda Global Ventures Holdings Berhad Board of Directors Lembaga Pengarah Dato’Sabri Ahmad, aged 65, a Malaysian, was appointed to the Board on 12th January 2010. He is a Non-Independent Executive Director and Group President and Chief Executive Officer of FGV. He is also a member of the Board Steering Committee. He graduated with a Bachelor in Science (Agriculture) from the University of Malaya and a Master of Science (Agricultural Economics) from University of London, England. He further pursued an Advanced Diploma in International Studies at Rhode Island University, United States of America in 1980 and an Advanced Diploma in Management at University of Oxford, England in 1996. He started his career in 1970 with the Ministry of Agriculture and later pursued his career with the Fisheries Development Authority as the Deputy Director General in 1973. He joined Harrisons Malaysia Plantations Berhad in 1985 until 1989 where he worked in various capacities. He became the Director in charge of marketing for Golden Hope Plantations Berhad in 1990 and was appointed its Group Chief Executive Officer and Director in 2004. He was the Chairman of Malaysian Palm Oil Board from 2007 to 2010. He is currently a Director of MSM Malaysia Holdings Berhad and the Managing Director of Felda Holdings Bhd. He is also a director of Federal Land Development Authority (FELDA) and several companies within Felda Global Ventures Group of Companies. He attended all 24 Board Meetings held during the financial year under review. He has no conflict of interest with the Company and does not have any family relationship with any Director and/or major shareholder of the Company. He has not been convicted for any offences within the past ten years. Dato’Sabri Ahmad, berusia 65 tahun, warganegara Malaysia, telah dilantik ke dalam Lembaga Pengarah pada 12 Januari 2010. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas serta Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Pemandu Lembaga Pengarah. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains (Pertanian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Sains (Ekonomi Pertanian) dari University of London, England. Beliau kemudian memperoleh Diploma Lanjutan Pengajian Antarabangsa di Rhode Island University, Amerika Syarikat pada tahun 1980 dan Diploma Lanjutan dalam Pengurusan di University of Oxford, England pada tahun 1996. Beliau memulakan kerjaya pada tahun 1970 dengan Kementerian Pertanian dan kemudiannya melanjutkan kerjaya dengan Lembaga Kemajuan Ikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah pada tahun 1973. Beliau menyertai Harrisons Malaysian Plantations Berhad pada tahun 1985 sehingga tahun 1989 di mana beliau telah memegang pelbagai jawatan. Beliau menjadi Pengarah yang bertanggungjawab ke atas pemasaran untuk Golden Hope Plantations Berhad pada tahun 1990 dan telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah pada tahun 2004 di syarikat tersebut. Beliau merupakan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia dari 2007 hingga 2010. Beliau kini merupakan Pengarah MSMMalaysia Holdings Berhad dan Pengarah Urusan Felda Holdings Bhd. Beliau juga merupakan pengarah di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan beberapa syarikat di dalam Kumpulan Syarikat Felda Global Ventures. Beliau telah menghadiri kesemua 24 Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan sepanjang tahun kewangan di bawah tinjauan. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Syarikat dan tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah dan/atau pemegang saham utama Syarikat. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan sepanjang sepuluh tahun lepas. Dato’ Sabri Ahmad Group President/Chief Executive Officer, Non-Independent Executive Director Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pengarah Eksekutif Bukan Bebas

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=