FGV Annual Report 2012

50 Felda Global Ventures Holdings Berhad Board of Directors Lembaga Pengarah Dato’ Paduka Ismee Ismail, aged 48, a Malaysian, was appointed as a Non-Independent Non-Executive Director of FGV on 25th July 2012 and was re-designated as Independent Non-Executive Director on 24th April 2013. He is also a Member of the Audit Commitee. He is a Fellow Member of the Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) and a member of the Malaysian Institute of Accountants (MIA). He began his career as a Management Accountant in Arab Malaysian Development Berhad in 1987. Subsequently, he joined Shell Group of Companies Malaysia and held various positions including as the Head of Forex and Banking of Shell Malaysia Ltd. and the Group Accountant of Shell Malaysia Trading Sdn Bhd. He then returned to Arab Malaysian Development Berhad as the General Manager, before joining Pengurusan Danaharta Nasional Berhad as its Chief Accountant/Treasurer. He also held various positions including as Senior Vice-President, Medical Online (M) Sdn Bhd; Senior General Manager (Finance), Lembaga Tabung Haji and Chief Executive Officer, ECM Libra Securities Sdn Bhd. Currently, he is the Group Managing Director and Chief Executive Officer of Lembaga Tabung Haji. He is also the Chairman of Syarikat Takaful Malaysia Berhad and a director of BIMB Holdings Berhad, TH Plantations Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad and 1Malaysia Development Berhad. He attended all five BoardMeetings of the Company held during the financial year under review since his appointment as Director. He has no conflict of interest with the Company and does not have any family relationship with any Director and/or major shareholder of the Company. He has not been convicted for any offences within the past ten years. Dato’ Paduka Ismee Ismail, berusia 48 tahun, warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas FGV pada 25 Julai 2012 dan telah dilantik semula sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas pada 24 April 2013. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Audit. Beliau adalah Ahli Fellow Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA). Beliau memulakan kerjaya sebagai Akauntan Pengurusan di Arab Malaysian Development Berhad pada tahun 1987. Selepas itu, beliau menyertai Shell Group of Companies Malaysia dan memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Ketua Forex dan Perbankan Shell Malaysia Bhd dan Akauntan Kumpulan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd. Beliau kemudian kembali ke Arab Malaysian Development Berhad sebagai Pengurus Besar, sebelum menyertai Pengurusan Danaharta Nasional Berhad sebagai Ketua Akauntan/Bendahari. Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Naib Presiden Kanan, Medical Online (M) Sdn Bhd; Pengurus Besar Kanan (Kewangan), Lembaga Tabung Haji dan Ketua Pegawai Eksekutif, ECM Libra Securities Sdn Bhd. Pada masa ini, beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji. Beliau juga adalah Pengerusi Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan seorang pengarah di BIMB Holdings Berhad, TH Plantations Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad dan 1Malaysia Development Berhad. Beliau telah menghadiri kesemua lima Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat yang diadakan sepanjang tahun kewangan di bawah tinjauan sejak pelantikan beliau sebagai Pengarah. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Syarikat dan tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah dan/atau pemegang saham utama Syarikat. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan sepanjang sepuluh tahun lepas. Dato’ Paduka Ismee Ismail Independent Non-Executive Director Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=