FGV Annual Report 2012

A n n u a l R e p o r t 2 0 1 2 L a p o r a n T a h u n a n 47 Datuk Dr Omar Salim Non-Independent Non-Executive Director Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas Datuk Dr Omar Salim, aged 55, a Malaysian, was appointed to the Board as a Non-Independent Non-Executive Director on 27th September 2010. He is the Chairman of the Investment Committee and a member of the Audit Committee, Nomination Committee, Remuneration Committee and Board Steering Committee. He graduated with a Bachelor in Arts from the University of Malaya in 1981 and obtained his Diploma in Public Administration and Diploma in Management Science both from the National Institute of Public Administration (INTAN) in 1982 and 1990, respectively. He further pursued his Master of Business Administration from University of Birmingham, United Kingdom in 1995 and his Doctorate in Business Administration from Universiti Kebangsaan Malaysia in 2004. He started his career in 1983 with the Public Services Commission as Assistant Secretary. He then moved to the Prime Minister’s Office and was appointed as Assistant Director in Public Services Department. He was previously the Assistant Secretary at Kawal Selia Telekom, a Director of Malaysia Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU), the Deputy Secretary in the Finance Ministry and a Director in the Internal Audit and Inspection at Malaysia Maritime Enforcement Agency. He is currently the Head of Unit in Unit Kawal Selia FELDA of the Prime Minister’s Department. He is a director of Federal Land Development Authority (FELDA) and several companies within Felda Global Ventures Group of Companies. He attended all 24 Board Meetings held during the financial year under review. He has no conflict of interest with the Company and does not have any family relationship with any Director and/or major shareholder of the Company. He has not been convicted for any offences within the past ten years. Datuk Dr Omar Salim, berusia 55 tahun, warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas pada 27 September 2010. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan ahli Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pencalonan, Jawatankuasa Imbuhan dan Jawatankuasa Pemandu Lembaga Pengarah. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pada tahun 1981 dan memperoleh Diploma dalam Pentadbiran Awam dan Diploma Sains Pengurusan kedua-duanya dari Institut Tadbiran Awam (INTAN) masing-masing pada tahun 1982 dan 1990. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom pada tahun 1995 dan Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004. Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1983 dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebagai Penolong Setiausaha. Beliau kemudian berpindah ke Pejabat Perdana Menteri dan telah dilantik sebagai Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau sebelum ini adalah Penolong Setiausaha di Kawal Selia Telekom, Pengarah Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Timbalan Setiausaha di Kementerian Kewangan dan Pengarah Audit Dalaman dan Pemeriksaan di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Beliau kini merupakan Ketua Unit di Unit Kawal Selia FELDA Jabatan Perdana Menteri. Beliau merupakan seorang pengarah di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan beberapa syarikat di dalam Kumpulan Syarikat Felda Global Ventures. Beliau telah menghadiri kesemua 24 Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan sepanjang tahun kewangan di bawah tinjauan. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Syarikat dan tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah dan/atau pemegang saham utama Syarikat. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan sepanjang sepuluh tahun lepas.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=